|

DR MAZA & KETELUSAN

DR MAZA & KETELUSAN
.
.
Beliau berpandangan bahawa pihak yang mengatakan tiada jihad di Palestin & memboikot barangan yahudi satu kebodohan sebagai:
.
‘syaitan Israel yang muncul di tengah-tengah Umat ini’.
.
Demikian ‘posting’ beliau pada 11 July 2014 di FB.
.
.
Kini, 11 Ogos 2017, setelah tiga tahun berlalu:
.
Beliau perlu bersikap telus menjelaskan pendirian terkini beliau dalam dua isu ini:
.
.
1. Adakah beliau masih berpendirian ada JIHAD sedang berlangsung di Palestin?
.
Jika ada, mengapa setelah tiga tahun berlalu, beliau masih belum pergi berjihad di sana?
.
Jika beliau mengatakan bahawa beliau tiada persediaan, kelengkapan dan kekuatan, apakah wajar untuk beliau ‘memaksa’ rakyat marhaen Palestin untuk berjihad sedangkan mereka jauh lebih tidak bersedia?
.
2. Adakah beliau masih berpendirian bahawa barangan Yahudi seperti Restoran McDonald’s perlu diboikot?
.
Adakah kempen boikot McDonald’s masih berjalan?
.
Atau adakah beliau sudah menarik pendirian awalnya kerana ternyata bahawa ia tidak memberi kesan yang sepatutnya, sebaliknya lebih memudaratkan masyarakat Islam sendiri yang bergantung kepada perniagaan ini sebagai sumber pendapatan mereka.
.
Harap beliau dapat memberi respon kerana khuatir label ‘syaitan Israel’ akan kembali kepadanya sendiri.
.
# Berilmu sebelum beramal, bukan mempermainkan sentimen emosi rakyat marhaen.
.
Wallahul musta’an
.
– Ustaz Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
.
=======
.
Sertai soal jawab di group whatsapp bersama Ustaz Idris Sulaiman & Ustaz Huzaifah Hadis
.
Klik di sini untuk info lanjut: http://bit.ly/2tBdGsO
.
[ ADMIN ]

Similar Posts

  • | |

    UJIAN PENGAJIAN HADIS SYEIKH ABDUL RAZZAQ BIN ABDUL MUHSIN AL-BADR

    UJIAN PENGAJIAN HADIS SYEIKH ABDUL RAZZAQ BIN ABDUL MUHSIN AL-BADR Kini sedang berlangsung ujian Pengajian Hadis Syeikh Abdul Razzaq bin Abdul Muhsin Al-Badr حفظه الله ورعاه secara atas talian melalui aplikasi Telegram. Tempoh masa menjawab soalan-soalan ujian dari 16 Februari hingga 22 Februari 2021. Bagi mereka yang sudah menjawab diucapkan…

  • |

    PELANTIKAN ORANG KAFIR ATAS ORANG ISLAM

    PELANTIKAN ORANG KAFIR ATAS ORANG ISLAM Firman Allah: وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا (Dan Allah tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman) [Surah An-Nisa’, ayat 141] قال القاضي ابن العربيِّ: “إنَّ الله سبحانه لا يَجعل للكافرين على المؤمنين سبيلاً بالشَّرع، فإن وجد فبِخلاف…

  • |

    TADARUS MENGKHATAMKAN AL-QURAN

    TADARUS MENGKHATAMKAN AL-QURAN # Meluruskan salah faham Sekiranya setiap ahli tadarus membaca seluruh 30 juzuk Al-Quran maka benar setiap mereka telah mengkhatamkan bacaan Al-Quran. Adapun sekiranya setiap ahli hanya membaca bahagian tertentu daripada Al-Quran lalu mereka menganggap diri mereka telah mengkhatamkan bacaannya maka hakikatnya ini sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan. Adalah…

  • |

    MEMBUAT TOKOK TAMBAH DALAM AGAMA

    Mendakwa Nabi ﷺ telah khianat Agama Islam telah sempurna Orang yang membuat tokok tambah dan mengada-adakan rekaan amalan baharu dalam agama pada hakikatnya mempertikaikan apa yang telah disyariatkan oleh Allah ﷻ. Barangkali bukan dengan lisannya tetapi perbuatannya seperti mengatakan bahawa syariat terlepas pandang ‘kebaikan’ yang diada-adakannya itu. Sedangkan tidaklah Nabi…

  • |

    BAHANA TAKSUB

    Dakwah Salaf mengajak umat Islam supaya kembali menghayati kedua-dua al-Qurandan al-Sunah mengikut fahaman para Sahabat dan Salaf al-Soleh. Inilah ajaran Islam sebenar yang suci lagi murni. Para ulama muktabar memang perlu dihormati dan dimuliakan, tetapi tanpa taksub. Sedangkan erti taksub termasuklah dengan memaksakan umat Islam supaya mengikut fahaman tokoh ulama…