| |

Kerajaan Britain Pernah Meminta Syria Menghantar 30 Ulama bagi Menangani Dakwah Salafi

Seorang pendakwah Syria (aliran tasawuf Asyairah) dalam sebuah video yang tular mendakwa bahawa kerajaan Britain pernah meminta bantuan kerajaan Syria di bawah pemerintahan Bashar al-Assad sekitar tahun 2009 atau 2010 untuk menghantar kira-kira 30 orang ulama ke Britain bagi mengadakan program dakwah selama sebulan.

Menurut beliau, satu perjanjian bersama antara Syria dan Britain telah ditandatangani bagi mengatur penghantaran para ulama tersebut untuk mengadakan kursus dan seminar dakwah sepanjang tempoh mereka berada di Britain.

Langkah berkenaan, menurutnya, bertujuan menangani penyebaran pemikiran Salafi di Britain yang semakin meluas melalui kegiatan para pendakwah, khususnya yang datang dari negara-negara Teluk dan Algeria.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai bukti bahawa pihak Britain mengiktiraf pendekatan Islam yang diamalkan secara rasmi di Syria, yang menurutnya berasaskan akidah yang benar dan penghayatan Islam yang baik.

CATATAN

  • Kerjasama antara pengikut aliran tasawuf Asyairah dengan kerajaan Britain untuk menangani dakwah Salafi yang semakin tersebar di UK.
  • Pengiktirafan Britain bahawa aliran tasawuf Asyairah adalah aliran Islam yang benar?
  • Dakwah Salafi sering ditohmah berkomplot dengan Barat, tetapi pengakuan ini menunjukkan sebaliknya.

Allah jua pemberi taufik.

Similar Posts

  • WAJIB IKUT MANHAJ SALAF

    Muslim wajib ikut Salaf dalam akidah, ibadah dan manhaj. Manhaj Salaf merujuk kepada praktik para Sahabat Nabi ﷺ dalam beragama. Ini kerana para Sahabat adalah kaum manusia yang dipuji oleh Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Firman Allah ﷻ: كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi…

  • |

    “SALAH KE KALAU TAMBAH? BUKAN HARAM PUN!”

    Apabila berbicara tentang keperluan berpegang teguh dengan Sunah Nabi ﷺ serta larangan berpaling daripadanya dengan melakukan perubahan, tokok tambah dan seumpamanya, pasti ada yang tidak bersetuju lalu menolak secara sinis dengan berkata: “Alah, ini perkara kecil sahaja, cabang dan ranting. Bukan perkara pokok. Salah ke kalau nak tambah? Benda baik,…

  • |

    BUAT BIDAAH BERDOSA?

    – “Takkan Allah akan mengazab aku kerana berzikir dan berdoa?!” Dalam Musannaf Abdul Razak, ulama besar Tabiin, Saeed bin al-Musayyib melihat seorang lelaki memperbanyakkan solat sunat selepas terbit fajar maka beliau menegurnya. ——————- Tegahan Solat Sunat Lebih Dua Rakaat Sebelum Fardu Subuh: SOLAT SUNAT DUA RAKAAT SUBUH ——————- Lelaki itu…

  • | |

    ILMU HAKIKAT, ILMU MAKRIFAT, ILMU BATIN, ILMU LADUNI

    – Ilmu-ilmu tarekat sufi Istilah-istilah ini banyak digunakan dalam kalangan sebahagian pengikut ajaran tarekat sufi. Perlu ditegaskan bahawa kesemuanya tiada asasnya dalam Al-Quran mahupun al-Sunah. Tidak ada dalam Islam apa yang dinamakan sebagai ilmu hakikat (ilmu makrifat) dan ilmu batin yang diada-adakan oleh sebahagian pengikut ajaran tarekat Sufi yang membahagikan…

  • JALAN NABI & SAHABAT: SEBAIK-BAIK IBADAH

    Sebaik-baik ibadah ialah apa yang menepati cara Nabi ﷺ dan cara para Sahabat. Kerana merekalah pendahulu umat Islam yang terpuji. Sabda Nabi ﷺ: فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، ‌وَخَيْرُ ‌الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ. “Sebaik-baik perkataan ialah Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad manakala…

  • |

    MAULIDUR RASUL

    – Empat Soalan – Definisi Sambutan – Jalur keras Dalam Islam terdapat hanya dua perayaan, dan sambutan tahunan Maulidur Rasul bukan salah satu daripadanya. Buktinya ialah para Sahabat Nabi ﷺ. Mereka adalah golongan manusia yang paling arif tentang agama; Mereka adalah golongan manusia yang paling ke hadapan melakukan kebaikan; Mereka…