GOTONG-ROYONG BERSIH KUIL: UMAT ISLAM DILARANG TERLIBAT

Umat Islam dilarang terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kuil atau rumah ibadat lain.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, baru-baru ini.

Alhamdulillah, syukur dengan kenyataan tegas ini demi menjaga akidah umat Islam.

Isu ini kecoh beberapa tahun lalu sehingga ada seorang ‘Ustaz’ dipanggil ke Bukit Aman memberi kenyataan.

Sebahagian masyarakat waktu itu keliru antara boleh atau tidak terlibat dengan aktiviti membersihkan kuil atau rumah ibadat lain susulan banjir lumpur yang berlaku.

Perkara ini bukan perkara yang boleh dipandang kecil atau remeh, kerana ia melibatkan isu menjaga akidah umat Islam.

Semoga dengan kenyataan jelas dari pihak berkuasa agama perkara ini dapat dijadikan panduan dan rujukan buat umat Islam di negara ini.

Similar Posts