(3) FITNAH & CELAAN USTAZ MOHIB KHOULI KE ATAS ARAB SAUDI

(3) FITNAH & CELAAN USTAZ MOHIB KHOULI KE ATAS ARAB SAUDI

Berikut antara fitnah serta celaan UMK ke atas negara Arab Saudi:

– Memerangi Agama dan para pendakwah;

– Negara tempat akan berlaku jahiliah;

– Azan tidak lagi berkumandang;

– Melemparkan tuduhan zina dan menimbulkan persepsi bahawa bumi suci Madinah kini menjadi tempat perzinaan;

– Perzinaan berlaku di Arab Saudi tanpa ada sesiapa yang mahu menegurnya;

– Arab Saudi tidak lagi boleh dianggap sebagai negara tauhid atau bumi yang menegakkan as-Sunah;

– Menteri Agamanya mengatakan suara azan menyebabkan orang tua dan kanak-kanak terganggu;

– Muftinya mengatakan Rasulullah ﷺ tidak menggalakkan para Sahabat mengumandangkan azan;

– Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar (Badan Pencegah Maksiat) telah dibubarkan;

– Para ulamanya tidak lagi menegakkan kebenaran;

– Para ulamanya tidak amanah memegang jawatan;

– Para ulamanya telah menjual agama mereka;

– Para ulamanya telah mengkhianati ilmu kerana tidak menyuarakan kebenaran termasuklah Mufti Besarnya Syeikh Abdul Aziz Aal ash-Shaikh dan anggota Badan Kibar Ulama Syeikh Saleh al-Fauzan;

– Arab Saudi malu melaungkan ‘Allahu Akbar’;

– Arab Saudi akan menjadi contoh kehancuran negara Islam;

– Mekah dan Madinah paling ramai munafik.

Rakaman penuh UMK tentang Arab Saudi:

https://fb.watch/6aEwJRA66c/

Artikel-artikel lepas:

(1) Ustaz Mohib Khouli Memburuk-Burukkan Arab Saudi:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222486815671005&id=1588241794

(2) Ustaz Mohib Khouli Membawa Pemikiran Ekstrem:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222492434091462&id=1588241794

Daripada Allah jua kita memohon perlindungan dan petunjuk.

Idris bin Sulaiman
Kajang
7 Dhul Qaidah 1442H /
18 Jun 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • MENORMALISASIKAN’ BUDAYA KAFIR BARAT

    MENORMALISASIKAN’ BUDAYA KAFIR BARAT Kini ada usaha sesetengah pihak untuk ‘menormalisasikan’ budaya kafir Barat dalam kalangan masyarakat Islam; untuk ‘desensitise’; supaya masyarakat Muslim tidak lagi merasa sensitif atau janggal terhadap budaya-budaya kafir ini. Bermula dengan budaya LGBT, perkahwinan sejenis dan memelihara anjing dalam rumah. Awas! Jangan pandang mudah rancangan halus…

  • HAMAS

    HAMAS Berbekalkan senjata canggih yang disediakann oleh Syiah Iran, mereka melakukan serangan ke atas bangsa yang dimurkai Allah, Yahudi, lalu serangan ini dijadikan alasan untuk menyerang penduduk Islam Palestin sehingga menyebabkan terkorbannya ramai nyawa yang tidak berdosa serta berlakunya banyak kerosakan. Adakah perbuatan HAMAS ini wajar? Atau ia merupakan pengkhianatan…

  • BERZIKIR MENGHADAP BERHALA

    Sangat tidak wajar. Tempat-tempat sebegini sewajarnya dihindari oleh umat Islam kerana ia dimurkai Allah ﷻ. Apatah lagi mendatanginya untuk bermajlis zikir. Teramat tidak wajar. Adakah mereka melihat bahawa tempat-tempat sebegini sama seperti masjid untuk beribadah dan berzikir? Jika demikian maka itulah fahaman sesat pluralisme yang menganggap bahawa semua agama sama…

  • GAMBAR KEMALANGAN UNTUK MENCARI WARIS

    GAMBAR KEMALANGAN UNTUK MENCARI WARIS Saya berpandangan bahawa perbuatan sebahagian netizen menyebarkan gambar-gambar kemalangan berserta identiti mangsa sewajarnya dielakkan. Bukan kerana ngeri semata-mata sebaliknya kerana sebab yang lebih besar iaitu: MENJAGA AIB sesama saudara MUSLIM. Sabda Nabi, “Barangsiapa menutup aib seorang Muslim nescaya Allah akan menutup aibnya pada Hari Kiamat.”…

  • TALAK TIGA SATU LAFAZ HANYA JATUH SATU

    TALAK TIGA SATU LAFAZ HANYA JATUH SATU Jika si suami melafazkan talak tiga sekali gus maka ia hanya jatuh satu. Allah ﷻ berfirman: ٱلطَّلَٰقُ مَرَّتَانِ. “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:229] Yakni talak dalam dua waktu yang berbeza. Si suami talak kemudian rujuk. Talak…

  • BERGAMBAR DENGAN GOLONGAN PONDAN / TRANSGENDER

    BERGAMBAR DENGAN GOLONGAN PONDAN / TRANSGENDER Kebelakangan ini tersebar gambar-gambar foto agamawan-agamawan yang bergambar dengan golongan PONDAN / TRANSGENDER dalam suasana ramah mesra. Saya rasa kurang senang. Saya khuatir kita sedang memberi PERSEPSI yang SALAH kepada masyarakat, menimbulkan tanggapan bahawa golongan PONDAN / TRANSGENDER ini tidak apa-apa dan boleh diterima…