ZIKIR PAGI NABI ﷺ

– Hidupkan as-Sunah, tinggalkan tokok tambah

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ للهِ وَالْحَمْدُ للهِ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، ربِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوءِ الكِبَرِ، رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ.

“Kami telah memasuki waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji hanya milik Allah. Tiada sembahan kecuali Allah, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya pujian. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Wahai Tuhanku, aku memohon kebaikan pada hari ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada kemalasan dan keburukan di hari tua. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada seksaan neraka dan seksaan kubur.”

[Hadis sahih. Riwayat Muslim. No. 2723]

Zikir pagi di atas afdalnya dibaca pada waktu solat Subuh sebelum matahari terbit. Sekiranya waktu tersebut terlepas maka boleh sahaja ia dibaca pada bila-bila masa sepanjang waktu pagi sebelum tamat waktu duha iaitu selang beberapa masa sebelum masuk waktu Zuhur.

—————-

Adapun amalan-amalan yang disarankan dengan lafaz-lafaz dan bilangan-bilangan tertentu yang tiada nas dalilnya daripada Al-Quran mahupun hadis sahih maka selayaknya dijauhi dan ditinggalkan.

Sabda Nabi ﷺ:

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (agama) maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sabdanya ﷺ:

“Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Tertolak ertinya tidak diterima Allah ﷻ, terbatal dan tidak mendapat apa-apa ganjaran.

Bahkan orangnya layak mendapat dosa dan kemurkaan Allah ﷻ kerana tidak patuh Sunah Nabi ﷺ dalam beramal ibadah.

Sedangkan Allah ﷻ berfirman.

“Dan apa yang dibawakan oleh Rasulullah maka terimalah ia, dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi”.

[Al-Quran, al-Hasyr, 59:7]

Nabi ﷺ telah membawa Sunah dan menegah tokok tambah.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
09 Rejab 1443H /
11 Februari 2022

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un

    Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un Semalam mendapat berita duka perginya seorang kenalan di alam maya, saudara Muhamad Az (https://www.facebook.com/muhamad.az.1675) atau nama penuh beliau Mohd Azhari bin Ramlee akibat kemalangan jalanraya. Walaupun tidak pernah bersemuka tetapi beliau selalu mengikuti pengajian khususnya kuliah atas talian yang diadakan semenjak bermulanya PKP pada…

  • GOLONGAN ANTI HADIS / QURANIYYUUN

    GOLONGAN ANTI HADIS / QURANIYYUUN . Ustaz Idris bin Sulaiman . Meninggalkan Sunnah Nabi dan tidak berpegang dengan athar-athar Salaf As-Soleh dengan dakwaan HANYA berpegang kepada Al-Quran kerana ia sudah memadai. . Ini adalah di antara ciri-ciri kebanyakan PENGIKUT HAWA NAFSU yang berhujah demikian ketika mana asas-asas pegangan mereka berlawanan…

  • MAJLIS BUKA PUASA DI ‘PUB’ ARAK??

    MAJLIS BUKA PUASA DI ‘PUB’ ARAK?? Bagaimana agaknya sekiranya ada yang ingin mengadakan jemputan ke majlis berbuka puasa di pub kedai minuman arak? Syukur alhamdulillah, masyarakat Islam negara belum terpesong rosak ke tahap itu. Jelas ia tidak wajar, malah ia mungkar tercela apabila tempat-tempat maksiat sedemikian dikunjungi dan dipilih sebagai…

  • MENYEMBUNYIKAN DALIL

    MENYEMBUNYIKAN DALIL # Ahli bidaah # Ikut Sunah Tidak ada ahli bidaah melainkan dia cenderung kepada menyembunyikan nas-nas Al-Quran dan hadis yang menyalahi iktikad dan amalannya di samping benci untuk menzahirkannya. – Syeikhul Islam Ibnu Taimiah rahimahullah, Majmuk Fatawa, 20/161. Tuntutan Ikut Sunah: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208408009909660&id=1588241794 Daripada Allah jua kita memohon petunjuk…

  • MENURUT ARAB SAUDI

    MENURUT ARAB SAUDI Apabila dikatakan kepada mereka: Firman ALLAH dan RasulNYA serta fatwa Ulama Rabbaniyyin.. Mereka berdalih seraya memberi alasan mengatakan: “Tetapi ARAB SAUDI kata BOLEH?!?” Untuk kesekelian kalinya, dikatakan kepada mereka: Arab Saudi BUKAN sumber hukum pensyariatan! Wallahul musta’an – Ustaz Idris Sulaiman (hafizahullah) – ========== . SHARE ….