Left or right?

ZIKIR KANAN ATAU KIRI?

Ada yang mendakwa “Kita kena ikut faham guru kita” bahkan “sesat jika langsung ikut Nabi!”

Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:

“Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepada kedua-duanya; kitab Allah dan Sunah NabiNya.”

[Sahih. Riwayat Imam Malik]

Sabda Nabi ﷺ:

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (agama) maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sabdanya ﷺ:

“Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Kata guru Imam asy-Syafie, Imam Malik bin Anas:

“as-Sunah itu umpama bahtera Nabi Nuh, barang siapa menaikinya akan selamat dan barang siapa meninggalkannya akan tenggelam.”

[Dham al-Kalam oleh al-Harawi, 5/81]

Berpegang teguh kepada as-Sunah merupakan jalan selamat.

Bagaimana pula seseorang itu hendak selamat sekiranya dia telah meninggalkan jalan selamat itu lalu dia menempuh jalan kebinasaan dengan mengabaikan sunah Nabi ﷺ dan mengikuti jalan-jalan selainnya. Ini jelas bahaya dan tidak wajar.

Idris bin Sulaiman
Kajang
11 Rejab 1443H /
13 Februari 2022

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • KAFIR BARAT

    KAFIR BARAT # Mencela Nabi ﷺ # Muslim pemuja Barat Mereka mencela Nabi Muhammad ﷺ kerana berkahwin dengan Aishah pada usia muda sedangkan dalam masa yang sama mereka membiarkan anak-anak gadis mereka mencari pasangan di kelab-kelab malam yang merupakan seburuk-buruk tempat. Kesudahannya pelacuran dan zina berleluasa di sana pada tahap…

  • Merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut.

    “Merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut”. Kenyataan ini sewajarnya diperbetulkan kerana ajal setiap manusia telah pun ditetapkan dan tiada sesiapa pun yang dapat mempercepatkannya ataupun menangguhkannya. Allah ﷻ berfirman: وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلࣱۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ لَا یَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةࣰ وَلَا یَسۡتَقۡدِمُونَ. “Dan bagi setiap umat ada tempoh (yang telah…

  • I Follow Jesus???

    “I Follow Jesus”??? . . . Adakah seorang Muslim boleh mengucapkan perkataan-perkataan seperti ini? . . . Sekiranya diamati, kita tidak akan dapat lari daripada membuat kesimpulan bahawa perkataan ini adalah salah, atau paling tidak, seeloknya dielakkan kerana ia mengelirukan. . . . Ini kerana dalam sebuah peristiwa ketika mana…

  • Kotak Capal

    Kotak Capal # Pentaksub Capal # Kotak pun jangan dibuang Lihat bagaimana isu capal ini terus berkembang dan terus bertambah sulit. Bermula dengan simbol capal dikeramatkan dan yang terkini kotak produknya pun hendak dijadikan begitu. Tidak hairan sekiranya hal-hal seperti ini lebih disukai syaitan berbanding maksiat-maksiat yang jelas. Kebiasaannya maksiat…

  • MENGKERAMATKAN KUBUR

    MENGKERAMATKAN KUBUR # Zikir, berdoa, bertawassul di perkuburan Zikir dan berdoa memang disyariatkan tetapi berzikir atau berdoa di perkuburan meminta untuk selain daripada kesejahteraan si mati adalah dilarang. Muslim ditegah berdoa meminta daripada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا. “Dan sesungguhnya masjid-masjid…