WANITA BERTELEKUNG KETIKA SOLAT DI MASJID

WANITA BERTELEKUNG KETIKA SOLAT DI MASJID

Mungkin ada yang tertanya-tanya asal-usul wanita Nusantara memakai telekung ketika hendak solat, termasuk ketika hadir ke masjid atau surau.

Mengapa sebahagian wanita sampai membawa telekung ketika keluar rumah, lalu ketika hendak solat, mereka menyarung telekung tersebut.

Jawapannya mudah, ia untuk memastikan pakaian mereka menepati ketetapan Syarak.

Asalnya, tiada beza antara pakaian ketika keluar rumah, dengan pakaian untuk solat daripada sudut ketetapan Syarak.

Cuma pada hari ini, seakan-akan para wanita sama ada sedar atau tidak, mereka mengakui bahawa pakaian mereka ketika keluar rumah TIDAK MENEPATI SYARAK.

Untuk itu mereka membawa bersama telekung untuk digunakan ketika hendak solat.

Di sini kita katakan, sepatutnya pakaian keluar rumah itu yang perlu diperbetulkan. Bukan dengan hanya membawa telekung.

Daripada rupa bentuk telekung itu dapat dirumuskan bahawa, syarat pakaian wanita ketika keluar rumah dan juga ketika hendak solat, hendaklah ia menepati perkara-perkara berikut:

1. MENUTUP AURAT; iaitu seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua telapak tangan.

KEDUA KAKI juga adalah aurat yang perlu ditutup, dan tidak cukup dengan hanya memakai stokin!

Kerana stokin itu bersifat ketat menampakkan rupa bentuk kaki.

Maka hendaklah dilabuhkan kain sehingga sampai ke lantai / tanah supaya kaki tidak kelihatan.

Ramai wanita kain mereka singkat di atas buku lali, sehingga menampakkan kaki mereka, sedangkan kaki itu aurat.

(Berbeza pula dengan lelaki yang memilih untuk ‘isbal’ melabuhkan seluar mereka bawah buku lali sampai ke lantai! Walhal perbuatan tersebut ditegah Syarak)

2. Pakaian itu hendaklah TIDAK JARANG menampakkan kulit.

Apa gunanya memakai pakaian yang ‘kononnya’ menutup aurat tetapi dalamnya masih kelihatan; apatah lagi jika ia tali pakaian dalam!

Sangat memalukan sebenarnya.

Tetapi hari ini, ramai wanita hilang sifat malu kerana berlumba-lumba meniru orang KAFIR BARAT yang memang tiada malu!

3. Pakaian hendaklah TIDAK KETAT menampakkan bentuk badan.

Lebih-lebih lagi bahagian-bahagian sulit!

4. TIDAK menyerupai pakaian WANITA KAFIR.

Kerana ancaman Nabi:

“Dan barangsiapa menyerupai sesebuah kaum maka dia tergolong dalam kalangan mereka!”

(Sahih. Riwayat Imam Ahmad)

5. BUKAN pakaian SYUHRAH.

Iaitu pakaian yang lain daripada lain, yang menarik perhatian orang di sekeliling khususnya lelaki ajnabi.

Sabda Nabi:

“Barangsiapa memakai pakaian ‘syuhrah’, Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada Hari Kiamat, kemudian ia dibakar api.”

(Sahih. Riwayat Abu Daud)

Barakallahu fikum.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
————————-
Sertai channel Telegram iSDC. Klik telegram.me/ilmusalafdotcom

[ Admin ]