WALI ALLAH?

WALI ALLAH?

Syukur atas nikmat ISLAM dan SUNAH.

Sabda Nabi ﷺ:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ رَسُولِهِ.

“Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan Sunah RasulNya”.

Hadis hasan. Riwayat Imam Malik.

WALI ALLAH ialah mereka yang BERIMAN dan BERTAKWA.

Firman ALLAH:

أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ . الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ.

“Sesungguhnya WALI ALLAH tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka yang BERIMAN dan sentiasa BERTAKWA”.

Surah Yunus; 10:62-63.

TAKWA dicapai dengan melaksanakan perintah ALLAH dan menjauhi laranganNya.

Antara perintahNya ialah supaya melazimi SUNAH NABI dan tidak mengada-adakan perkara baharu yang direka-reka dalam Agama.

Malangnya sebahagian kaum Muslimin cenderung untuk melakukan tokok-tambah dalam Agama dengan mengada-adakan amalan-amalan ibadah baharu, lalu kemuncaknya mereka mengangkat orang yang tidak siuman (semoga ALLAH memelihara akal kewarasan kita semua) sebagai tokoh yang dihormati dan dikagumi.

Mengapa mereka berbuat demikian?

Kerana menurut mereka orang tidak siuman itu hakikatnya ialah WALI ALLAH yang telah sampai ke makam paling tinggi iaitu makam MAKRIFAT sehingga membolehkannya bersama dengan ALLAH. Justeru dia terlepas daripada semua hukum syariat dan bebas untuk berbuat apa sahaja. Itu fahaman mereka.

Subhanallah.

Persoalannya, adakah RASULULLAH ﷺ dan para SAHABAT telah sampai ke makam WALI ALLAH? Tentu sahaja.

RASULULLAH Wali Allah, Abu Bakar as-Siddiq Wali Allah, Omar al-Khattab Wali Allah, Othman al-Affan Wali Allah, Ali bin Abi Talib Wali Allah.

Mereka semua wali Allah dan dalam masa yang sama mereka tetap istiqamah melazimi SUNAH NABI dan terus beramal soleh hingga akhir hayat.

Justeru apa yang ditunjukkan oleh para SAHABAT itulah makna sebenar WALI ALLAH sebagaimana mafhum ayat di atas dan bukan seperti mana yang sebahagian pihak faham.

Mereka yang mengangkat orang tidak siuman sebagai WALI ALLAH jelas telah jauh terpesong dan terjebak dengan tipu daya syaitan.

Daripada Allah jua kita memohon pertolongan dan perlindungan.

1 Zulkaedah 1441H / 22 Jun 2020
Kajang
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • ORANG BERTAKLID

    ORANG BERTAKLID HANYA MENUKIL PENDAPAT ATAU BOLEH BERBAHAS? Hujah dalam perbahasan Agama ialah nas dan ijmak di samping dalil yang diistinbatkan daripadanya mengikut kaedah-kaedah syarak. Adapun pendapat ulama atau mazhab bukanlah hujah. Ini kerana pendapat-pendapat ulama atau mazhab perlu disokong dengan dalil-dalil syarak, dan bukan dijadikan sebagai dalil yang mengatasi…

  • SYIAH SANG DURJANA

    SYIAH SANG DURJANA Lihat apa yang tertera pada kalung tulisan dua lelaki ini. ‘AISYAH DALAM API NERAKA’!!? Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq r.a. isteri tercinta junjungan besar kita Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasallam, yang baginda wafat pada pangkuannya dan dikebumikan di dalam bilik tidurnya – tempat makam Nabi pada hari…

  • BEZA TAKBUR & UJUB

    BEZA TAKBUR & UJUB Takbur: Memandang rendah terhadap orang lain. Ujub: Melihat diri ada kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Ibnu Mubarak “Aku tidak melihat sesuatu yang lebih merbahaya bagi orang yang solat berbanding ujub”. [Siyar A’laam an-Nubala’, 8/407]

  • WARNA MERAH PERCAYA KEPADA TUAH

    WARNA MERAH PERCAYA KEPADA TUAH – SAMBUTAN TAHUN BARU CINA Adalah merisaukan apabila melihat sebahagian masyarakat lebih-lebih lagi Agamawan yang memilih untuk mengucapkan tahniah dan memberi hadiah sempena perayaan orang kafir. Ada yang turut memakai pakaian yang sinonim dengan perayaan mereka seperti berpakaian merah sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina….