USTAZ RASUL DAHRI

USTAZ RASUL DAHRI

Ustaz Rasul Dahri hafizahullah adalah guru kita yang banyak berjasa dalam dakwah Salaf di Malaysia.

Beliau di antara guru yang sedikit, tidak ramai sepertinya yang menghabiskan masa dan tenaga untuk dakwah semata-mata.

Kita memujinya dan tiada yang lebih layak dipuji melebihi ALLAH.

Adapun mereka yang mentahzir beliau daripada kalangan pengikut Sunnah, mereka terdiri daripada golongan muda yang kurang ilmu dan kurang kebijaksanaan.

Seorang mereka berkata:

“Aku bab Manhaj dah faham dah!”

Sungguh angkuh dan sombong.

Jelas mereka bangga seolah-olah segala ilmu agama sudah terhimpun di dada.

Realitinya, banyak lagi yang mereka perlu belajar.

Buktinya, permasalahan yang ulama kibar pun berselisih, seperti Syeikh Bin Baz, Albani dan Uthaimin rahimahullah;

datang golongan ini mahukan penuntut ilmu memilih satu pendapat sahaja. Mereka meng ‘hizbikan’ pengikut pendapat lain.

Seperti permasalahan menyokong pemerintah dalam sistem demokrasi dan penggunaan gambar fotografi.

Syeikh Albani membolehkan masyarakat Islam memilih calon yang hampir dengan Islam ketika pilihanraya.

Syeikh Uthaimin mengharuskan gambar fotografi dengan menekankan penggunaannya untuk tujuan-tujuan yang baik.

Apakah ini menjadikan mereka Sururi dan hizbi???

Mereka tuntut asatizah Sunnah mengadakan hubungan dengan kibar ulama. Kita katakan hal ini benar. Cuma ikut kemampuan.

“Allah tidak membebankan hambanya kecuali dengan apa yang dia mampu.”

Tidakkah merujuk fatwa kibar ulama, mensyarah kitab mereka dan mengajak masyarakat mengambil ilmu daripada mereka termasuk dalam erti ini?

Jangan terkejut di kalangan golongan dangkal fikiran ini yang menuntut lebih daripada itu.

Jika tidak, awas! Anta hizbi!

Ana gusar mereka sendiri tidak memahami erti Sururi atau hizbi. Seperti masyarakat awam yang me’wahabikan’ pengikut Sunnah.

Awasi golongan ini. Mereka menambahkan pancaroba kita dalam menuntut ilmu yang benar dan meniti di atas Manhaj Salaf Al-Soleh.

Mereka adalah duri dalam daging dalam Dakwah Sunnah di Malaysia.

– Ustaz Idris Sulaiman (hafidzahullah) –

=======

P/S: Mari bersama-sama membantu URD mengikut kemampuan masing-masing.. PM Admin untuk maklumat lanjut.

Similar Posts

  • |

    NAMA URD DIBERSIHKAN DARIPADA TOHMAHAN FAHAMAN RADIKAL

    Ucapan takziah YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tempoh hari atas pemergian Allahyarham Ustaz Rasul Dahri secara tidak langsungnya membersihkan nama Allahyarham daripada segala tohmahan yang dilemparkan ke atas Allahyarham kononnya beliau membawa fahaman radikal dan keganasan. Sudah bertahun-tahun tohmahan ini dijaja oleh sesetengah pihak sedangkan Allahyarham hanya bersabar…

  • |

    ALLAHYARHAM USTAZ RASUL DAHRI

    Ramai terkejut mendapat khabar duka petang semalam. Allahyarham Ustaz Rasul bin Dahri, guru yang banyak berjasa lebih tiga dekad, tokoh pejuang al-Sunah yang gigih menyampaikan dakwah Salaf al-Soleh di Malaysia sudah pergi menghadap Ilahi. Sudah beberapa tahun beliau kurang sihat tetapi tiada sesiapa menyangka bahawa beliau akan pergi begitu cepat…

  • |

    URD DALAM KENANGAN

    Allahyarham Ustaz Rasul Dahri sudah pun pergi. Beliau istiqamah berdakwah sampai hari terakhir. Mahu membantu agama Allah atau memilih jalan menyimpang adalah pilihan masing-masing. Allah ﷻ berfirman: وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَا “Dan katakanlah: Kebenaran itu ialah yang…