|

ULAMA TAK BERSUARA?

Antara fitnah akhir zaman serta kekacauan dan kecelaruan yang menimpa atas umat Islam ialah ketika mana timbulnya golongan awam dan jahil yang mengedepankan diri mereka dengan pandangan dan saranan buat seantero masyarakat.

Golongan ini memberi pendapat dan komen malah mungkin sampai berfatwa secara melulu dan membuta sedangkan mereka tidak pernah pun dikenali dengan ilmu atau kebijaksanaan.

Hanya berbekalkan semangat dan emosi kosong.

Semangat ini mendorong mereka ke hadapan untuk membuat ketetapan bagi orang ramai lalu menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Sedangkan keadaan ini kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah (meninggal 728):

‌وَالْفِتْنَةُ ‌إِذَا ‌وَقَعَتْ عَجَزَ الْعُقَلَاءُ فِيهَا عَنْ دَفْعِ السُّفَهَاءِ.

“Jika kekacauan dan kecelaruan sudah berlaku maka ketika itu orang-orang berakal tidak lagi mampu menahan keliaran orang-orang jahil.”

[Minhaj al-Sunah, 4/343]

Yakni hampir sahaja para ulama tidak lagi dapat berbuat apa-apa kerana orang ramai ketika itu sudah tidak lagi mempedulikan nasihat mereka.

Walhal para ulama Rabbani senantiasa memberi teguran dan peringatan.

Hanya sahaja bunyi hingar bingar boleh menenggelamkannya.

Ini menunjukkan bahayanya fitnah akhir zaman, pentingnya berilmu dan berdamping dengan ulama di samping menghayati nasihat mereka serta berhati-hati dengan kejahilan supaya jangan sampai terkail dengan semangat emosi kosong melulu.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
24 Rabiulakhir 1445H
08 November 2023

Similar Posts

  • |

    VALENSTINE’S DAY – HARI KEKASIH

    Kasih sayang bukan perayaan. Suatu perayaan itu datang dan pergi sedangkan kasih sayang yang benar akan terus kekal. Sebagai kaedah, apa jua perayaan selain Aidilfitri dan Aidiladha dikategorikan dalam syariat sebagai perayaan jahiliah. Hari Kekasih termasuk dalam perayaan jahiliah. Semoga kita dan keluarga kita sentiasa dilindungi Allah. Dr. Idris bin…

  • |

    KEMUNGKARAN SEMASA PENGURUSAN JENAZAH vs WALIMATULURUS

    Jangan terus pulang jika melihat kemungkaran semasa hadir pengurusan jenazah. Berbeza dengan kemungkaran dalam walimatulurus, tetamu boleh patah balik dan pulang. Imam Ahmad menegaskan bahawa jika seseorang itu melihat kemungkaran yang tidak dapat dicegahnya berlaku sewaktu menghadiri pengurusan jenazah maka hendaklah dia terus tetap di situ sehingga jenazah selesai ditanam….

  • |

    KETURUNAN NABI ﷺ

    – Cara betul menilai seseorang Baru-baru ini ada yang bertanya tentang sejauh mana kebenaran dakwaan yang mengatakan bahawa individu dalam gambar yang dilampirkan merupakan keturunan Rasulullah ﷺ daripada susur jalur zuriat Syeikh Abdul Qodir al-Jailani (ulama mazhab Hanbali, wafat 561H). Saya berpandangan bahawa memastikan kebenaran dakwaan ini tidak penting kerana…

  • |

    SABAR HADAPI DUGAAN DUNIA

    Mukmin perlu sabar dalam menghadapi dugaan di dunia sebesar mana pun ia datang menguji kerana apa yang pasti di sebalik setiap ujian akan datang kesenangan dan di sebalik setiap kepayahan akan datang kemudahan, sedangkan azab dunia jauh lebih ringan dan tidak terbanding dengan azab akhirat. Firman Allah ﷻ: فَإِنَّ مَعَ…

  • |

    MALAIKAT

    Malaikat merupakan makhluk Allah ﷻ yang sangat taat. Saiz rupa para malaikat pula tersangatlah besar dan menakjubkan. Sabda Nabi ﷺ: أُذِنَ لي أنْ أُحَدِّثَ عن مَلَك مِن ملائكة الله مِن حَمَلَةِ العَرْش، إنَّ ما بين شَحْمةِ أُذُنِه إلى عاتِقِه مَسِيرةُ سبعِمائة عام. “Aku diizinkan berbicara tentang salah satu daripada para…

  • |

    PERBAHASAN ILMU

    Tiada mana-mana pendirian manusia yang maksum sama ada dalam penetapan hukum ataupun dalam penerimaan atau penolakan seseorang tokoh. Setiap seorang itu diterima dan ditolak pendapatnya kecuali Nabi ﷺ. Maka setiap pendirian perlu dilihat pada dalil dan hujahnya, bukan sekadar pada orangnya. Kerana kebenaran tidak diukur dengan orang. Sebaliknya kebenaran ialah…