TERSILAP BERBUKA PUASA SEBELUM MASUK WAKTU

TERSILAP BERBUKA PUASA SEBELUM MASUK WAKTU

# Makan atau minum secara tidak sengaja atau meyakini sudah masuk waktu tetapi ternyata belum

Puasa sah; tidak terbatal.

Ini berdasarkan dua bentuk dalil.

Bentuk dalil pertama:

Dalil-dalil umum yang menjelaskan bahawa sesuatu yang dilakukan secara tidak sengaja dimaafkan oleh Syariat.

1. Firman Allah:

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami bersalah jika kami lupa atau kami tersilap.”

[Surah al-Baqarah; 2:286]

Dalam riwayat Muslim, Allah membalas “Aku telah memperkenankannya.”

2. Sabda Nabi ﷺ:

إِنَّ اللهَ ‌تَجَاوَزَ ‌لِي ‌عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوَا عَلَيْهِ.

“Sesungguhnya Allah telah mengampunkan buatku untuk umatku apa yang tidak disengajakan, lupa dan dipaksa.”

[Hadis sahih. Riwayat Baihaqi]

3. Dalam peristiwa Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami RA solat berjemaah bersama Rasulullah ﷺ lalu dia berkata kepada seorang jemaah yang bersin “Yarhamukallah (semoga Allah merahmatimu)”, selepas selesai solat Rasulullah ﷺ menegur perbuatannya bercakap dalam solat tetapi tidak pula memerintahkannya supaya mengulangi solatnya.

Ini kerana Muawiyah tersilap dan tidak tahu (waktu itu) tentang larangan bercakap dalam solat sedangkan maklum bahawa perbuatan sedemikian jika dilakukan secara sengaja dalam keadaan tahu akan membatalkan solat.

Bentuk dalil kedua:

Dalil-dalil khusus tentang orang yang berbuka puasa secara tidak sengaja.

4. Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ ‌نَسِيَ ‌وَهُوَ ‌صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ، فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ، فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللهُ وَسَقَاهُ.

“Barang siapa lupa ketika berpuasa lalu dia makan atau minum maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya Allah telah memberinya makan dan minum.”

[Hadis sahih. Riwayat Ahmad]

Kata Imam an-Nawawi RH:

فِيهِ دَلَالَةٌ لِمَذْهَبِ الْأَكْثَرِينَ أَنَّ ‌الصَّائِمَ ‌إِذَا ‌أَكَلَ ‌أَوْ ‌شَرِبَ ‌أَوْ ‌جَامَعَ ‌نَاسِيًا ‌لَا ‌يُفْطِرُ وَمِمَّنْ قَالَ بِهَذَا الشَّافِعِيُّ وَأَبُو حَنِيفَةَ وَدَاوُدُ وَآخَرُونَ.

“Terdapat dalil buat mazhab majoriti bahawa orang yang berpuasa sekiranya dia makan, minum atau jimak kerana lupa maka puasanya tidak batal. Dan antara mereka yang berkata sedemikian ialah asy-Syafii, Abu Hanifah, Daud (az-Zahiri) dan yang lain.”

[Syarah Muslim oleh an-Nawawi; 8:35]

5. Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ ‌أَفْطَرَ ‌فِي ‌شَهْرِ رَمَضَانَ نَاسِيًا فلَا قَضَاءَ عَلَيْهِ وَلَا كَفَّارَةَ.

“Barang siapa lupa lalu dia berbuka puasa di bulan Ramadan maka tidak ada qada ataupun kafarah atasnya.”

[Hadis hasan. Riwayat Ibnu Khuzaimah]

Dalam hal ini Imam asy-Syafii RH berkata:

وَإِذَا ‌أَكَلَ ‌الصَّائِمُ ‌أَوْ ‌شَرِبَ فِي رَمَضَانَ … نَاسِيًا، فَصَوْمُهُ تَامٌّ وَلَا قَضَاءَ عَلَيْهِ.

“Sekiranya orang yang berpuasa makan atau minum di bulan Ramadan… kerana lupa maka puasanya sempurna dan tidak ada qada baginya.”

[al-Umm oleh Imam asy-Syafii; 2:284]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Ramadan 1442H /
22 April 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • PERDAGANGAN AGAMA

    PERDAGANGAN AGAMA # Air Mineral dijampi dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran? Sekalipun para ulama sepakat mengharuskan ruqyah, doa perlindungan melalui bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tetapi adakah wajar air ruqyah diperluaskan, dikomersialkan dan dikeluarkan secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak mutakhir ini? Tidak dan tidak sama sekali. Bukan sahaja…

  • KRITIKAN KE ATAS BÍLL PAGAR TIDAK DIBENARKAN

    KRITIKAN KE ATAS BÍLL PAGAR TIDAK DIBENARKAN Baru mendapat amaran daripada Mukabuku kerana tulisan pagi tadi berkenaan ramalan Bĩll Pagar tentang pandemik cacar. Tulisan tersebut dipadamkan oleh Mukabuka kerana ia menyalahi standard komuniti tentang maklumat salah (Community Standards on misinformation). Sekadar mempersoalkan ramalan beliau dan mengkritiknya sudah dikira menyebarkan maklumat…

  • WABAK PENYAKIT

    WABAK PENYAKIT Semua penyakit barangkali boleh diambil mudah melainkan PENYAKIT SYIRIK. Firman ALLAH ﷻ: إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ . “Sesungguhnya perbuatan SYIRIK merupakan kezaliman yang BESAR.” [Surah Luqman, ayat 13] Kata Ibnu Kathir: “Yakni kezaliman yang PALING BESAR.” CATATAN: Kini keadaan menjadi sebaliknya. Idris bin Sulaiman Kajang 25 Zulhijah 1442H…

  • SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI MASJID?

    SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI MASJID? Barangkali ini antara tanda-tanda akhir zaman. Apabila perayaan-perayaan orang kafir di adakan di masjid rumah ibadat Umat Islam. Sedangkan MENJAGA KESUCIAN MASJID daripada perkara-perkara maksiat, apatah lagi hal-hal khurafat dan kufur menjadi tanggungjawab setiap seorang MUSLIM. . . Firman Allah: إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ…

  • MUNAFIK

    MUNAFIK Sifat buruk yang disembunyikan tetapi ada kalanya tersingkap jua. BENCI kepada ORANG ISLAM lebih-lebih lagi orang-orang yang berjubah dan berjanggut. Dalam masa yang sama GEMBIRA dengan ORANG KAFIR, memuji dan melihat mereka sebagai orang yang hebat. BENCI kepada NEGARA ISLAM, melihatnya buruk dan mundur, apatah lagi kalau Negara Dua…

  • NEGARA DIANCAM KUFFAR 2

    NEGARA DIANCAM KUFFAR 2 Hampir sahaja keadaan negara pada hari ini seperti yang disabdakan oleh Nabi salllalahu alaihi wasallam, يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ الْأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى الْقَوْمُ إِلَى قَصْعَتِهِمْ. قَالَ: قِيلَ: مِنْ قِلَّةٍ؟ قَالَ: بَلْ أنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ المَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ…