| | | |

TARAWIH 8 RAKAAT BIDAAH?

Sungguh menghairankan apabila ada yang mendakwa bahawa pelaksanaan solat Tarawih sebanyak 8 rakaat (11 rakaat termasuk 3 rakaat Witir) merupakan suatu perkara baharu dalam agama, iaitu bidaah.

Sedangkan amalan ini jelas sabit dalam hadis Nabi ﷺ sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman, beliau menceritakan:

أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ : كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللهِ ﷺ فِي رَمَضَانَ؟ فَقَالَتْ: مَا كَانَ رَسُولُ اللهِ ﷺ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى ‌إِحْدَى ‌عَشْرَةَ ‌رَكْعَةً.

Sesungguhnya beliau pernah bertanya kepada Aisyah radiallahuanha “Bagaimana solat Rasulullah ﷺ pada bulan Ramadan?” Aisyah menjawab “Rasulullah ﷺ tidak pernah solat pada bulan Ramadan atau bulan yang lain melebihi sebelas rakaat.”

[Hadis sahih. Riwayat Bukhari, no. 1147 dan Muslim, no. 738]

Kedua-dua Imam al-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar menegaskan hal ini dalam kitab syarah masing-masing.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Ramadan 1447H
19 Februari 2026
https://idrissulaiman.com/shop

Similar Posts