TARAF HADIS:
TARAF HADIS:
“BARANGSIAPA INGIN MENASIHATI SEORANG PEMERINTAH MAKA JANGANLAH DIA MELAKUKANNYA SECARA TERBUKA …”
Tidak dinafikan adanya perbincangan antara mereka yang mensahihkan hadis ini dan mereka yang mendaifkannya.
Apapun perlu diperhalusi hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak. Bagi mereka yang berkemampuan.
Ini satu perkara.
Dalam masa yang sama, jika pihak yang MENDAIFKAN hadis ini membuat kesimpulan bahawa ini menunjukkan bahawa DIHARUSKAN mengingkari pemerintah SECARA TERBUKA, maka ini adalah kesimpulan melulu yang menunjukkan bahawa orangnya pengekor hawa nafsu.
Bicara tentang kedudukan taraf hadis ini adalah satu perkara manakala bicara tentang cara menegur pemerintah adalah satu perkara yang berbeza.
Kita perlu menghayati metode MANHAJ SALAF AS-SOLEH dalam permasalahan ini.
Bukan metode golongan Khawarij dan golongan harakiyyin yang bergerak atas nama tajdid pembaharuan dan sebagainya.
Ternyata bahawa Manhaj Salaf mengambil berat tentang cara menasihati pemerintah.
Ia tidak sama seperti menasihati orang awam, memandangkan bahawa ia melibatkan isu yang besar, isu masyarakat hormat dan patuh kepada pemerintah tersebut.
Silap langkah, perbuatan menegur secara terbuka di hadapan khalayak boleh menyebabkan maruah pemerintah itu tercalar, jatuh air mukanya sampai dianggap lekeh lalu dia tidak lagi dihormati.
Lalu ketika itu, pintu kerosakan akan terbuka buat golongan perosak mengambil kesempatan untuk menjatuhkan pemerintah tersebut memandangkan pemerintah tersebut tidak lagi mendapat sokongan sesudah rasa hormat masyarakat terhadapnya hilang.
Dan apabila gerakan menjatuhkan pemerintah tersebut bermula maka berlakulah pergolakan dan perbalahan dalam negara sehingga kemuncaknya mengakibatkan pertumpahan darah.
Lihat betapa buruknya natijahnya akibat tidak meraikan metodologi yang betul dalam menasihati pemerintah oleh golongan jahil dan pengikut hawa nafsu.
Kerana itu apabila dikatakan kepada USAMAH BIN ZAID radiallahu anhu tentang mengapa beliau tidak menasihati Khalifah Uthman bin Affan radhiallahu anhu, beliau berkata:
“Apakah kalian melihat setiap kali aku masuk menasihatinya maka aku perlu memperdengarkannya kepada kalian. Demi Allah, aku telah berbicara dengannya ANTARA AKU DAN DIA tanpa aku membuka sesuatu yang aku tidak mahu menjadi orang pertama yang membukanya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Kata IMAM AL-NAWAWI dalam Syarah Sahih Muslim:
“Yakni mengingkari pemerintah secara terbuka di hadapan khalayak.”
Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathulbari menukilkan kata Al-KADHI IYADH:
“Maksud USAMAH ialah beliau tidak mahu membuka pintu mengingkari pemerintah secara terbuka kerana khuatir akan akibat buruknya. Sebaliknya, dia mahu berlembut dan MENASIHATINYA SECARA TERTUTUP kerana cara demikian akan lebih mudah untuk diterima (oleh pemerintah tersebut).
Lihat bagaimana amalan Salaf As-Soleh dan penjelasan para Ulama Ar-Rabbaniyyin yang cukup mendalam dan bijaksana dalam menilai sesuatu isu dengan melihat jauh implikasi sesuatu perbuatan dengan memikirkan maslahat mudarat sesuatu perbuatan itu.
Bukan semberono dengan hawa nafsu amarah dan syubhat-syubhat lemah dan tujuan-tujuan rosak yang membawa bencana musibah atas Ummah.
Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang menghayati Manhaj Salaf As-Soleh dalam setiap tindakan dan perbuatan kita.
Barakallahu fikum.
– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
————————-
Sertai channel Telegram iSDC. Klik telegram.me/ilmusalafdotcom
[ Admin ]