PEHA BUKAN AURAT?

PEHA BUKAN AURAT?

Buat mereka yang mengatakan bahawa dibolehkan mendedahkan peha ketika solat, satu aspek yang mungkin mereka tidak sedar ialah:

Memandangkan anda mendahulukan perbuatan Nabi menampakkan pehanya;

(jangan lupa dalam sesetengah riwayat mengatakan “tersingkap peha Nabi” – riwayat ini dengan sendirinya menolak pendapat mereka yang mengharuskan),

timbul persoalan:

Adakah NABI pernah solat dalam keadaan mendedahkan pehanya??

Atau paling tidak, apakah pernah ada SAHABAT yang memakai kain sependek itu sampaikan menampakkan pehanya??

Jawapannya tidak dan tidak pernah walaupun sekali.

Mengapa???

Di sini pentingnya apabila membincangkan suatu perkara, perlu kita lihat semua nas-nas yang berkaitan. Jangan dilihat dari satu sudut lalu dibuat satu kesimpulan umum begitu.

Nabi sallalahu alaihi wassalam bersabda:

إزرة المؤمن إلى نصف الساق و لا جناح عليه فيما بينه و بين الكعبين

“Kain seorang lelaki mukmin adalah sampai setengah betisnya; dan tiada halangan baginya untuk dipanjangkan antaranya dan kedua buku lalinya.”

Sahih. Riwayat Ahmad dan yang lain.

Ternyata Nabi menetapkan kain para lelaki (ketika keluar rumah) sampai ke setengah betis.

Mengapa sampai ke setengah betis dan bukan ke lutut, sedangkan auratnya dari pusat ke lutut?

Ini yang dikatakan, sebagai langkah berjaga-jaga untuk elak jatuh dalam yang haram lalu mendedahkan auratnya.

Maka dilebihkan kain sampai ke setengah betis agar tidak tersingkap menampakkan bahagian atas lutut ketika rukuk dan sujud.

Hadis Nabi ini dengan sendirinya menolak pandangan mereka yang berhujah dengan PERBUATAN NABI menampakkan pehanya. Kerana Nabi menetapkan bahawa kain kaum lelaki perlu sampai ke setengah betis. Walhal jika peha bukan aurat, tiada keperluan untuk Nabi berkata demikian.

Apakah mereka yang kata harus, bererti cukup sahaja memakai seluar dalam???

Kekeliruan yang perlu diuruskan.

Barakallahu fikum.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
————————-
Sertai channel Telegram iSDC. Klik telegram.me/ilmusalafdotcom

[ Admin ]