| |

SYIAH PEMUJA KUBUR


Berdepan tekanan geopolitik dan ancaman perang dengan Amerika, tular rakaman menunjukkan pimpinan tertinggi negara Syiah, Iran, menziarahi pusara Khomeini.

Video tersebut memaparkan binaan besar dan megah didirikan di atas kuburan bekas pemimpin Syiah itu. Malah, di salah satu bahagian sisinya turut disediakan tempat khas untuk solat dan beribadah.

Perbuatan menjadikan kuburan sebagai tempat ibadah adalah perkara yang dilarang keras dalam Islam, kerana ia membuka pintu kepada pengagungan kubur dan boleh membawa kepada syirik.

Sabda Nabi ﷺ:

“Laknat Allah ke atas orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan kuburan nabi-nabi mereka sebagai masjid.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjadi peringatan tegas agar umat Islam tidak meniru amalan tersebut.

Islam memerintahkan supaya menjaga tauhid serta menutup segala jalan yang boleh membawa kepada pemujaan kubur dan pengagungan melampau terhadap manusia.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Syaaban 1447H
01 Februari

Similar Posts

  • |

    SYAHWAT TAKFIR

    Takfir bererti menghukum kafir seseorang Muslim. ‘Wahai kafir!’… ‘wahai musyrik!’ Ini adalah antara ucapan takfir yang jelas jika diucapkan kepada Muslim. Implikasi takfir adalah besar kerana orangnya akan hilang hak-haknya sebagai Muslim dengan tidak diberi salam, tidak boleh jadi wali pernikahan anaknya, isteri Muslimnya tercerai, jenazahnya tidak wajib dimandikan, tidak…

  • |

    BUKTI ‘ALLAH DI ATAS’ DALAM BAHASA MELAYU

    Biasa digunakan ayat “Panjatkan doa kepada Allah.” Pernahkah anda bertanya mengapa digunakan istilah ‘panjatkan’? Mengapa tidak digunakan istilah ‘kedepankan’ atau ‘turunkan’ doa itu? Sedangkan ‘panjat’ menurut Kamus Dewan ialah ‘naik ke atas’. Ini hanya contoh mudah. Sedangkan dalil-dalil menunjukkan ‘Allah di atas’ terlalu banyak dalam Al-Quran dan al-Sunah. CATATAN Adakah…

  • |

    TABARUK DI GUNUNG JERAI

    Tabaruk bermaksud mencari berkat. Perlu ditegaskan bahawa mengkhususkan sesebuah tempat secara umum atau spesifik untuk mencari berkat tanpa sebarang dalil syarak yang menganjurkan sedemikian merupakan satu kemungkaran tidak kira sama ada tempat tersebut ialah pokok, mata air, sungai, bukit, gunung atau gua, dan sama ada tempat itu didatangi untuk mandi,…

  • | | |

    KUBURIYYUN

    Golongan penyembah kubur atas nama Islam. Dibuat binaan atas kubur kemudian kubur itu dijadikan sebagai tempat ibadah memuja si mati meminta tolong daripadanya atas nama tawassul dan syafaat. Inilah amalan syirik di kubur yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah sejak dahulu sampai hari ini. Dukacitanya sebahagian kaum Muslimin pun terjebak dalam…

  • |

    PENTINGNYA TAUHID

    # Syarat masuk syurga # Elak kekal dalam api neraka Tauhid mengesakan ALLAH ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik menyekutukan ALLAH ﷻ merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman ALLAH ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ…

  • | |

    KHAWARIJ AL-QAIDIYYAH

    Salah satu cabang kumpulan Khawarij yang bergerak menghasut pemikiran masyarakat Muslim supaya membenci pemerintah negara, menolak dan melawannya. Mengkritik untuk menjatuhkan, tidak pernah mahu membina. Jauh daripada sikap sabar dan bersyukur. Kumpulan perosak, gunting dalam lipatan kaum Muslimin. Semoga Allah ﷻ pelihara kita dan anak-anak kita daripada pemikiran Khawarij yang…