SELEPAS KUIL TOKONG PULA

SELEPAS KUIL TOKONG PULA

Sangat tidak wajar.

Jangan sampai hilang pedoman Agama rebah dek syubhah toleransi.

Apakah sudah tiada lagi masjid untuk dibersihkan?

Apakah sudah tiada lagi rumah sesama saudara Muslim yang belum dihilangkan sisa lumpur banjir besar yang berlaku baru-baru ini?

Membersihkan rumah-rumah ibadat orang kafir ini bertentangan sama sekali dengan tuntutan tauhid yang dibawa oleh Islam serta kewajipan berlepas diri daripada segala hal syirik dan maksiat.

Sedangkan Allah ﷻ berfirman:

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam hal kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam hal dosa.”

[al-Ma’idah, 05:02]

Jika mengimarahkan masjid termasuk dalam erti kebaikan dan takwa bagaimana pula dengan mengimarahkan rumah-rumah ibadat orang kafir?

Tak mungkin sama.

Sedar atau tidak ini merupakan diayah pluralis semua agama sama yang mahu diketengahkan kepada masyarakat secara halus.

Walhal Allah ﷻ berfirman:

“Sesungguhnya agama (yang benar) di sisi Allah (hanyalah) Islam.”

[Aali Imran, 03:19]

Ingatlah kata-kata Omar al-Khattab:

“Kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam maka sekiranya kita berusaha untuk mendapatkan kemuliaan itu dengan selainnya maka Allah akan menghina kita.”

Acara membersihkan kuil selepas banjir besar baru-baru ini:

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10223508259486462/

Parti Pluralis?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223514521403006&id=1588241794

Daripada Allah ﷻ jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
27 Jamadilawal 1443H /
01 Januari 2022

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • MAULID NABI MEMBUKA PINTU SEMBAH BERHALA?

    MAULID NABI MEMBUKA PINTU SEMBAH BERHALA? Sambutan Maulid Nabi tidak pernah diajar oleh Nabi ﷺ ataupun disambut oleh para Sahabat dan para Tabi’in. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223114724528334&id=1588241794 Justeru bagi mereka yang menyambutnya, kita mendapati bahawa mereka tidak sepakat dalam caranya. Maka sambutnya dilakukan dengan pelbagai cara dan rupa antaranya dengan berarak, berselawat beramai-ramai,…

  • KENALI ISTILAH-ISTILAH SYIAH

    KENALI ISTILAH-ISTILAH SYIAH Ali Karramallahu wajhah Ali Alaihi as-Salam Imam Ali Maklum bahawa golongan SYIAH mendewa-dewakan SAYYIDINA ALI, dan kerana itu mereka mengkhususkan untuk beliau istilah-istilah di atas dan mengecualikan SAHABAT-SAHABAT yang lain. Justeru istilah-istilah di atas PERLU DIJAUHI kerana ia merupakan istilah-istilah SYIAH yang MENYALAHI kesepakatan ulama Ahli Sunah…

  • BILAKAH KORONAVIRUS AKAN HILANG?

    BILAKAH KORONAVIRUS AKAN HILANG? Berlegar di media sosial video sebahagian yang menukilkan sebuah hadis dengan lafaz: “JIKA TERBIT BINTANG MAKA AKAN DIANGKAT PENYAKIT DARIPADA PENDUDUK SEMUA NEGERI.” Untuk makluman, hadis ini DAIF. Perbahasan Tentang Perawi & Lafaz Hadis: Lafaz hadis: إذَا طَلَعَ النَّجْمُ رُفِعَت العَاهَة عَنْ أهْلِ كُلِّ بَلَدٍ. “Jika…

  • TIDAK BOLEH MENUKIL / MENDAKWA SEBARANGAN

    TIDAK BOLEH MENUKIL / MENDAKWA SEBARANGAN # Kaedah-Kaedah Ilmiah # Kaedah 1 Jika anda menukil sesuatu maka anda perlu pastikan nukilan itu tepat dan betul. Jika anda mendakwa sesuatu maka anda perlu mengemukakan dalil dan buktinya. # Kaedah-Kaedah Pendalilan Di sisi Ahli Sunah Wal Jemaah # al-Mausu’ah al-Aqadiyyah ad-Durar as-Saniyyah…

  • DR MAZA & KETELUSAN

    DR MAZA & KETELUSAN . . Beliau berpandangan bahawa pihak yang mengatakan tiada jihad di Palestin & memboikot barangan yahudi satu kebodohan sebagai: . ‘syaitan Israel yang muncul di tengah-tengah Umat ini’. . Demikian ‘posting’ beliau pada 11 July 2014 di FB. . . Kini, 11 Ogos 2017, setelah tiga…

  • BANK RIBA vs ISLAMIC BANKING

    BANK RIBA vs ISLAMIC BANKING Situasi pertama: A menawarkan pinjaman RM50,000 kepada B dengan persetujuan B membayar semula kepada A sebanyak RM100,000 secara ansuran = BANK RIBA = HARAM. Situasi kedua: A menawarkan untuk membeli kereta dengan harga RM50,000 kepada B dengan persetujuan B membayar semula kepada A sebanyak RM100,000…