| |

‘SALAFIYYAH JIHADIYYAH’: USTAZ MENANGGUK DI AIR KERUH

Berita kejadian dua anggota polis terkorban dalam serangan atas sebuah balai polis semalam oleh suspek dipercayai anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) mendukacitakan umat Islam.

Takziah buat semua ahli keluarga mangsa.

Tidak kurang mendukacitakan apabila seorang ustaz bertindak mengambil kesempatan mengaitkan suspek kejadian dengan ideologi yang beliau namakan sebagai ‘Salafiyyah Jihadiyah’.

https://www.facebook.com/share/p/CMCwiQFG8XbWjNo4/?mibextid=oFDknk

Tindakan buruk dan licik.

Kerana istilah ‘Salafiyyah Jihadiyyah’ tidak wujud sebenarnya.

Tiada mana-mana ulama Salafi yang mengakui istilah ini.

Istilah sebetulnya ialah Khawarij, golongan pelampau yang membawa ideologi radikal, mengkafirkan umat Islam, mengangkat senjata menggulingkan pemerintah Muslim yang sah atas alasan tidak berhukum dengan syariat dan tidak melaksanakan hudud, muncul sejak zaman Khalifah Ali bin Abi Talib yang bertindak tegas memerangi mereka manakala ideologi mereka kekal sampai hari ini atas pelbagai nama seperti Al-Qaedah, Isis, Usama bin Laden, Abu Sayyaf, Al-Maunah, Jemaah Islamiyyah (JI) dan lain.

Dakwah Salaf berlepas diri dari semua ideologi dan kumpulan Khawarij ini.

Sedangkan istilah ‘Salafiyyah Jihadiyyah’ ialah nisbah kepada ‘Salaf’ dan ‘Jihad’.

‘Salaf’ bermaksud apa yang terdahulu, nisbah kepada generasi umat Islam terawal, zaman Rasulullah ﷺ dan Sahabat, generasi mulia yang juga disebut Salaf al-Soleh.

‘Jihad’ pula ialah sebahagian daripada tuntutan syariat untuk menegakkan Kalimah Allah di atas muka bumi dengan balasan syurga yang dijanjikan Allah ﷻ.

Oleh itu istilah ‘Salafiyyah Jihadiyyah’ sebenarnya lebih membawa konotasi negatif kepada asas ajaran Islam itu sendiri.

Ini tidak wajar.

Tambahan pula, dakwah Salaf menegaskan kewajipan taat kepada pemerintah Muslim dalam hal makruf serta larangan mengangkat senjata menumpahkan darah sesama saudara seagama.

Selari dengan firman Allah ﷻ:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ

“Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah serta Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu.”

[Al-Quran, al-Nisaa’, 4:59]

Jihad pula hanya disyariatkan di bawah panji pemerintah yang sah sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

مَنْ قَاتَلَ ‌تَحْتَ ‌رَايَةٍ ‌عِمِّيَّةٍ يَغْضَبُ لِعَصَبَةٍ، أَوْ يَدْعُو إِلَى عَصَبَةٍ، أَوْ يَنْصُرُ عَصَبَةً، فَقُتِلَ، فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ.

“Barang siapa berperang di bawah panji buta (bukan panji pemerintah), dia marah kerana taasub kesukuan, menyeru kepadanya dan mempertahankannya, kemudian dia mati terkorban maka demikian ialah kematian jahiliah.”

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 1848]

Mengkafirkan sesama Muslim secara semberono pula dilarang keras agama sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

أَيَّمَا رَجُلٍ قَالَ لأخِيهِ: يا كَافِر، فَقَدْ بَاءَ بِهَا أحَدَهُمَا إنْ كَانَ كَمَا قَالَ، وَإلا رَجَعَتْ عَلَيْه.

“Barang siapa berkata kepada saudaranya ‘wahai kafir’ maka pengkafiran itu akan pergi kepada salah seorang daripada mereka; sama ada ucapannya itu benar atau ia kembali kepadanya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 6103, Muslim, no. 60]

Firman Allah ﷻ “Jangan kerana kebencian kamu terhadap sesebuah kaum mendorong kamu sehingga tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa.” [05:08]

Perbahasan agama harus diurus dengan ilmu dan adab, bukan tuduhan melulu tidak berasas dan ketidakjujuran.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
09 Zulkaedah 1445H
18 Mei 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    AHLI SUNAH WAL JAMAAH

    Pihak yang membawa dalil Al-Quran dan al-Sunah dicela dengan gelaran Wahabi. Pihak yang gemar membawa kisah-kisah karut dan berhujah dengan hadis-hadis lemah dan palsu pula dipanggil Ahli Sunah. Ini realiti pemikiran sebahagian pihak. Baru-baru ini pula penceramah jemputan mereka secara terang-terangan menolak dan mengetepikan hadis yang disepakati kesahihannya dalam kitab…

  • KEPERCAYAAN MUSLIM

    Akidah kepercayaan Muslim bukanlah apa yang mengikut kehendaknya atau kehendak gurunya sebaliknya mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah ﷻ, Rasulullah ﷺ dan ijmak kesepakatan Salaf generasi pendahulu umat Islam. Berdasarkan apa yang terdapat dalam Kitab Allah Al-Quran, hadis-hadis dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan yang lain, sebagaimana sabit dalam hadis-hadis…

  • | |

    KHAWARIJ AL-QAIDIYYAH

    Salah satu cabang kumpulan Khawarij yang bergerak menghasut pemikiran masyarakat Muslim supaya membenci pemerintah negara, menolak dan melawannya. Mengkritik untuk menjatuhkan, tidak pernah mahu membina. Jauh daripada sikap sabar dan bersyukur. Kumpulan perosak, gunting dalam lipatan kaum Muslimin. Semoga Allah ﷻ pelihara kita dan anak-anak kita daripada pemikiran Khawarij yang…

  • |

    TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH

    – Syeikh Nazim al-Haqqani – Dulu sesat kini mahu dibenarkan pula Pada tahun 2002, Tarekat ini difatwakan sesat oleh Kerajaan Malaysia kerana membawa fahaman yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah. https://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/da96060caee058985ac7487ba5d90141 (PDF) Fatwa Wilayah – Tariqat Naqsyabandiah AlAliyyah Pimpinan Syeikh Nazim Antara fahaman sesat Tarekat ini ialah: Fahaman…

  • | |

    KAMI MEMANG PENYEMBAH KUBUR!

    Pengakuan terus terang bahawa mereka benar-benar penyembah kubur. Tinggal lagi mereka mahu membezakan antara kubur dan makam. Kubur atau Makam? https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10224777357613122 Kononnya makam wali boleh disembah kerana ia mendekatkan diri kepada Allah ﷻ. Tidak seperti kubur-kubur lain. Kebatilan yang jelas. Sedangkan itulah alasan yang dikemukakan oleh kaum musyrikin Mekah. Firman…