SAHABAT NABI ﷺ

SAHABAT NABI ﷺ

Sesudah Al-Quran dan hadis, para Sahabat Nabi ﷺ merupakan rujukan dalam segala ilmu Islam, kebaikan dan petunjuk.

Mereka adalah sebaik-baik umat ini.

Generasi yang paling tinggi ilmu agamanya, paling faham Al-Quran serta perkataan, perbuatan serta perakuan Nabi ﷺ.

Ini kerana mereka adalah satu-satunya generasi manusia yang telah dipilih oleh Allah ﷻ untuk hidup bersama Nabi-Nya dan beriman dengan risalah yang dibawanya ﷺ.

Hanya para Sahabat yang layak digelar sebagai murid-murid Rasulullah ﷺ.

Mereka telah berdamping dengan baginda ﷺ tatkala wahyu diturunkan, membantu dalam dakwah serta memelihara Agama dengan meriwayatkannya kepada generasi umat Islam yang datang sesudah mereka tanpa sebarang penambahan atau pengurangan.

Tiadalah Al-Quran dan hadis yang dibaca oleh umat Islam pada hari ini melainkan ia adalah hasil daripada kegigihan para Sahabat Nabi ﷺ menjaga dan memeliharanya.

Para Sahabat bukan sahaja telah meriwayatkan Al-Quran dan hadis dengan lafaz dan hurufnya malah berserta kefahaman dan amalannya.

Justeru sewajarnya umat Islam bukan sahaja menerima periwayatan mereka malah kefahaman dan amalan mereka.

Siapakah ulama Islam terulung?

Beliau adalah Abu Bakar as-Siddiq – radiallahuanhu – diikuti baki Khulafa ar-Rasyidin.

CATATAN

Rata-rata aliran dalam Islam hanya mengambil periwayatan Al-Quran dan hadis daripada para Sahabat tetapi secara langsung atau tidak mengetepikan kefahaman dan amalan para Sahabat Nabi ﷺ.

Bukan sahaja tidak wajar malah ini adalah kesesatan.

Pentingnya memahami Al-Quran dan hadis mengikut kefahaman para Sahabat Nabi ﷺ.

Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Rabiulawal 1443H /
05 November 2021

Similar Posts

  • PESANAN HUKAMA

    PESANAN HUKAMA Seorang lelaki bertanya kepada seorang hukama: “Sebanyak manakah harusnya aku makan?” Dia menjawab “Sekadar untuk menghilangkan lapar dan jangan sampai rasa kenyang.” “Sebanyak manakah harusnya aku ketawa?” Dia menjawab “Sehingga wajahmu menjadi ceria tetapi jangan sampai suaramu meninggi.” “Sebanyak manakah harusnya aku menangis?” Dia menjawab “Jangan engkau pernah…

  • “KENAPA MALU SANGAT?”

    “KENAPA MALU SANGAT?” # Pentingnya rasa malu Barangkali kita biasa dengar soalan seperti ini. Tahukah anda bahawa Nabi ﷺ pernah menegur seorang lelaki yang berkata sedemikian kepada saudaranya? Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Omar radiallahuanhu, bahawasanya Nabi ﷺ melewati seorang lelaki yang sedang menegur saudaranya kerana sifat malunya….

  • MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN

    MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN Hadis Ibnu Abbas RA, katanya: كَانَ رسول الله ﷺ أَجْوَدَ بِالخَيْرِ مِنَ ‌الرِّيحِ ‌المُرْسَلَةِ. “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ lebih pantas mengerjakan kebaikan berbanding angin yang bertiup.” Hadis sahih. Riwayat Bukhari. INFO GAMBAR: Tertera tulisan “Beg plastik ini diagih-agihkan di sekitar jalan raya Arab Saudi ketika hampir…

  • TASYBIK DILARANG SECARA MUTLAK KERANA MENYERUPAI ORANG KRISTIAN?

    TASYBIK DILARANG SECARA MUTLAK KERANA MENYERUPAI ORANG KRISTIAN? . . . Dalam permasalahan tasybik, perlu dibezakan antara: 1. Menyilang jari secara umum; 2. Menyilang jari dalam kedudukan seperti meminta dan berharap (berdoa) secara khusus. . . . Keadaan yang pertama tidak boleh dikatakan seperti keadaan yang kedua memandangkan bahawa perbezaannya…

  • ZINA & PLURALISME

    ZINA & PLURALISME (Rentetan peristiwa program pelajar Melayu Muslim di kuil) 1. PLURALISME ialah fahaman menyamakan SEMUA AGAMA dalam erti KEBENARAN ada dalam SEMUA AGAMA, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi MANA-MANA AGAMA. Tuhan adalah satu, hanya istilah NAMA SAHAJA BERBEZA (Allah, Jehovah, Jesus, Brahma dll.). Menggalakkan kerjasama dan DIALOG…