|

RAMBUT & BARANG PENINGGALAN RASULULLAH

RAMBUT & BARANG PENINGGALAN RASULULLAH

Kebelakangan ini kita melihat terdapat banyak barang-barang yang dikatakan milik Rasulullah sallalahu alaihi wassalam yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Sama ada rambut, capal, serban, pedang dan sebagainya.

Supaya jangan keliru, perlu ditegaskan bahawa KEMULIAAN dan KEBERKATAN NABI adalah satu perkara, manakala MEMBUKTIKAN bahawa sesuatu BARANGAN itu MILIK NABI adalah satu perkara yang lain.

Jangan keliru antara kedua-duanya.

AGAMA ISLAM sentiasa menekankan aspek DALIL dan BUKTI dalam setiap satu perkara yang dikemukakan.

Sama sekali ISLAM bukan agama kepercayaan KARUT MARUT yang bersandarkan kepada dakwaan, andaian dan cakap-cakap KOSONG.

Sabda Nabi:

البينة على المدعي

“Orang yang MENDAKWA perlu mengemukakan BUKTI.”

Sahih. Riwayat Al-Baihaqi.

Maka bagi mereka yang MENDAKWA memiliki barang kepunyaan Nabi, dikatakan kepadanya:

“Apa buktinya?”

Mungkin ada yang bertanya, bukti bagaimana yang perlu dikemukakan?

Jawapannya, tidak ada selain daripada bukti ISNAD (jalan riwayat) oleh PERAWI-PERAWI THIQAH yang dipercayai, bermula daripada pihak yang mendakwa pada hari ini sehinggalah ke Sahabat Nabi radhiallahu anhu.

SANADNYA perlu jelas dan bersambung dari mula sampai habis.

Sama seperti riwayat hadis.

Sebagaimana sabda Nabi perlu dibuktikan kesahihannya dengan jalan ISNAD oleh perawi-perawi yang THIQAH dan RIWAYAT yang BERSAMBUNG, demikian jugalah sebarang apa yang didakwa kepunyaan Nabi sallalahu alaihi wassalam.

Inilah hakikatnya. Tiada jalan pintas.

Kata Abdullah bin Al-Mubarak (wafat 181H):

إن الإسناد من الدين، ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء

“Sesungguhnya ISNAD (jalan riwayat) adalah sebahagian daripada AGAMA, jika bukan kerana ISNAD nescaya sesiapa sahaja boleh MENDAKWA apa sahaja.”

Ya, sesiapa sahaja boleh mendakwa memiliki rambut Nabi, capal, serban, pedang dan sebagainya.

Tetapi persoalan utamanya:

APA BUKTINYA?

MANA ISNAD (JALAN RIWAYATNYA)?

BUKTIKAN bahawa barang ini kepunyaan NABI, kerana sesiapa sahaja boleh mendakwa memiliki ini dan itu.

Realitinya, hal ini MUSTAHIL DIBUKTIKAN.

Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.

Akhirnya, segala apa yang didakwa pada hari ini barang milik Nabi hanyalah DAKWAAN SEMATA-MATA TANPA BUKTI.

Lebih buruk lagi, terdapat golongan PENUNGGANG AGAMA yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan dunia, mengambil kesempatan atas kejahilan masyarakat tentang hal ini.

Buat mereka, kita sebutkan sabda Nabi:

“Barangsiapa BERBOHONG atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia bersedia untuk mendapatkan tempatnya dalam API NERAKA.”

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wallahul musta’an.

Idris bin Sulaiman
Kajang
22.07.1440
29.03.2019

Similar Posts

  • |

    “ADUH, DUNIA SUDAH TERBALIK!”?

    “ADUH, DUNIA SUDAH TERBALIK!”? # Menjauhi perkataan yang dilarang # Jangan bersikap negatif Perkataan seperti ini ditegah oleh Syariat. Ini kerana Nabi ﷺ bersabda: إِذَا قَالَ الرَّجُلُ: ‌هَلَكَ ‌النَّاسُ فَهُوَ أَهْلَكُهُمْ (وَفي رِوَايَةٍ: أهْلَكَهُمْ). “Jika seorang berkata: Manusia telah binasa maka dia yang paling binasa (dalam riwayat lain: Dialah yang…

  • |

    MADINAH TETAP BUMI SUCI

    MADINAH TETAP BUMI SUCI Ada yang berkongsi berita bahawa Pertubuhan Kesihan Sedunia (WHO) memperakui bumi Madinah Nabi ﷺ sebagai antara bandar paling sihat di dunia. Sumber: https://origin.bharian.com.my/dunia/asia/2021/01/779344/madinah-antara-bandar-paling-sihat-di-dunia Seolah-olah ia satu kebanggaan buat Muslim apabila bumi Nabi ﷺ ini diiktiraf oleh Pertubuhan dunia ini. Musykil. Sebagai seorang Muslim seharusnya kelebihan dan…

  • |

    SYEIKH UBAID AL-JABIRI RAHIMAHULLAH

    Syeikh Ubaid al-Jabiri terdiri daripada kalangan ulama besar Salafi yang gigih mengajar dan menyampaikan ilmu. Beliau antara bekas pengajar di Universiti Islam Madinah. Antara kenangan manis sewaktu saya belajar di sana semasa tahun akhir kuliah pada tahun 2002, usai mendengar tausiah Syeikh Rabi bin Hadi al-Madkhali hafizahullah dalam sebuah pertemuan…

  • | |

    SEDEKAH PERLU SECARA ZAHIR ATAU SEMBUNYI?

    SEDEKAH PERLU SECARA ZAHIR ATAU SEMBUNYI? Tidak dinafikan bahawa MENYEMBUNYIKAN SEDEKAH lebih afdal sebagaimana dalam hadis 7 golongan yang bernaung di bawah bayang-bayang Arasy di Padang Mahsyar lalu disebutkan antaranya ialah orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya. Hadisnya sahih dalam Bukhari dan…

  • |

    JANGAN DUDUK DENGAN PEROKOK

    Duduk bersama orang yang sedang merokok adalah haram. Wajib ‘mufaraqah’ dan meninggalkannya kerana jika tidak maka perbuatan duduk bersamanya dikira sebagai sokongan dan perakuan terhadap perbuatan haram yang dilakukan. Rokok adalah haram berdasarkan dalil-dalil yang melarangnya. Justeru jika ada orang yang hendak merokok maka sebaiknya dia dinasihati terlebih dahulu secara…