PUJIAN PARA ULAMA TERHADAP SYEIKH RABI’ BIN HADI AL-MADKHALI

PUJIAN PARA ULAMA TERHADAP SYEIKH RABI’ BIN HADI AL-MADKHALI

Pujian Al-Allamah Ubaidillah Ar-Rahmani Al-Mubarakfuri rahimahullah (wafat 1414H):

“Aku mendapati bahawa beliau seorang yang mempunyai ilmu yang banyak, kelebihan besar, mempunyai pegangan yang selamat, sifat yang lurus, berdiri di atas metodologi Salaf As-Soleh – radhillahu anhum – dalam pegangan dan amalan, mengikuti Al-Quran dan Sunah dan sentiasa mempertahankan dan memelihara kedua-duanya, bersikap keras terhadap golongan ahli bidaah dan hawa nafsu, dan menyanggah golongan pentaklid yang rata-rata usaha mereka membaca hadis dan membacakannya kepada orang ramai hanyalah untuk menyesuaikannya dengan mazhab imam mereka.

Semoga Allah memberkati ilmunya dan memberi kenikmatan buat orang-orang Islam dengan panjangnya umur beliau.”

Pujian Al-Allamah Samahat As-Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah (wafat 1420H):

“Tentang kedua-dua Sahib Al-Fadhilah Syeikh Muhammad Aman Al-Jami dan Syeikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali; kedua-dua mereka terdiri daripada kalangan Ahli Sunah, dan kedua mereka terkenal di sisiku dengan ilmu, kelebihan serta akidah yang selamat…aku berwasiat supaya mengambil faedah daripada kitab-kitab mereka.”

Pujian Syeikh Al-Allamah Al-Muhaddith Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah (wafat 1420H):

“Perbuatan memperkecilkan kedua-dua Syeikh ini; Syeikh Rabi’ dan Syeikh Muqbil yang terdiri daripada kalangan pendakwah Al-Quran dan Sunah mengikut pegangan Salaf As-Soleh dan memerangi golongan yang menyelisihi Manhaj yang benar; seperti mana yang tidak diragui buat semua; ia hanya dilakukan oleh antara dua jenis orang: Sama ada orang jahil atau pengikut hawa nafsu…

Sekiranya orang jahil maka dia perlu diajar.

Adapun pengikut hawa nafsu maka hendaklah kita berlindung dengan Allah daripada kejahatannya dan kita meminta daripada Allah– azzawajalla – sama ada memberi hidayah kepadanya atau mematahkan tulang belakangnya.”

Kata Syeikh Al-Albani lagi:

“Sesungguhnya pemegang panji Al-Jarah Wa At-Ta’dil pada zaman sekarang dengan erti kata yang sebenar ialah Saudara kami Dr. Rabi’.

Adapun mereka yang menyanggah beliau, mereka tidak menyanggahnya dengan ilmu sama sekali, sedangkan ilmu (hujah) bersama beliau.”

Pujian Al-Allamah Muhammad bin Saleh bin Uthaimin rahimahullah (wafat 1421H):

“Adapun tentang Syeikh Rabi’, aku hanya mengetahui yang baik-baik tentang beliau, dan beliau seorang pengikut Sunah dan ahli hadis.”

Kata Syeikh Uthaimin lagi:

“Dan Saudara kami Syeikh Rabi’ Al-Madkhali telah menulis sanggahan-sanggahan terhadap Sayid Qutub dalam Kitab Tafsirnya dan yang lain.

Maka sesiapa yang ingin membacanya bolehlah dia merujuknya.”

Pujian Al-Allamah Saleh bin Fauzan bin Al-Fauzan hafizahullah:

“Demikian di antara para ulama yang menonjol yang mempunyai pengalaman dalam dakwah ialah Fadhilat Asy-Syeikh Abdul Muhsin Al-Abbd, Fadhilat Asy-Syeikh Rabi’ Hadi.

Demikian juga Fadhilat Asy-Syeikh Saleh As-Suhaimi dan juga Fadhilat Asy-Syeikh Muhammad Aman Al-Jami.

Mereka semua mempunyai usaha dalam berdakwah dengan ikhlas, di samping menyanggah golongan yang ingin mengalihkan dakwah daripada arahnya yang benar; sama ada secara sengaja atau tidak.

Maka para ulama ini mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang pandangan-pandangan yang benar dan yang salah.

Oleh yang demikian, hendaklah disebarkan kaset-kaset dan pengajian-pengajian mereka serta dimanfaatkan kerana ia mengandungi faedah yang cukup besar buat orang-orang Islam.”

Kata Imam Abu Hatim Ar-Razi (wafat 277H):

“Tanda Ahli Bidaah ialah mencela Ahli Sunah.”

Kata Imam Abu Othman As-Sabuni (wafat 449H):

“Dan tanda-tanda ahli bidaah adalah jelas dan zahir; dan tanda yang paling tampak pada mereka ialah kebencian mereka yang teramat terhadap para pendukung Sunah Nabi sallalahualaihiwasallam, menghina dan memperlekeh mereka.”

Rujukan: Ath-Thanaa’ Al-Badi’ min Al-Ulama ‘Ala As-Syrikh Rabi’ oleh: Khalid bin Dhahwi Adh-Dhufairi

Klik LIKE & SHARE.

[ Admin ]