PERBEZAAN ANTARA GANDAAN BALASAN PAHALA & DOSA

PERBEZAAN ANTARA GANDAAN BALASAN PAHALA & DOSA

GANDAAN BALASAN MALAM LAILATULQADAR

SOALAN:
Adakah perbuatan maksiat pada malam Lailatulqadar dikira sebagai lebih buruk daripada seribu bulan?

JAWAPAN:
Ulama menjelaskan bahawa gandaan balasan PAHALA KEBAIKAN adalah secara BILANGAN (10, 20, 30 kali ganda dan seumpamanya) dan dari sudut BENTUKNYA (ganjaran pahala yang besar, lumayan dan seumpamanya).

Adapun gandaan balasan DOSA KEJAHATAN adalah dari sudut BENTUKNYA sahaja, iaitu pelakunya dibalas dengan azab pedih, perit dan seumpamanya.

Firman Allah:

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

“Sesiapa yang membawa AMAL KEBAIKAN, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa AMAL KEJAHATAN, maka ia tidak dibalas melainkan dengan (kejahatan) YANG SAMA dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

[Surah Al-An’am, 160]

Dalam ayat di atas, berbeza dengan amal kebaikan, sesuatu amal kejahatan hanya akan dicatatkan sebagai SATU DOSA; yakni tidak akan dilipat gandakan jumlahnya.

Hanya sahaja sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama, barangkali CARA BAGAIMANA pelakunya diazab mungkin digandakan dari sudut pedih dan perit azab tersebut kerana perbuatannya menodai kemuliaan dan kehormatan sesuatu tempat (seperti Tanah Suci dan masjid) dan masa (seperti di bulan Ramadan).

Adapun gandaan balasan kerana MALAM LAILATULQADAR, tidak dinafikan bahawa perbuatan dosa pada bulan Ramadan secara amnya tidak seperti perbuatan dosa di luar bulan Ramadan.

Hanya sahaja sepertimana dalam penjelasan di atas, gandaan balasan dosa di bulan Ramadan adalah dari sudut BENTUKNYA, dan bukan secara BILANGAN 10 kali ganda, 1000 kali ganda dan seumpamanya.

Wallahul muwaffaq.

Ustaz Idris bin Sulaiman
Kajang
Waktu hampir Zohor
22 Ramadan 1440H bersamaan 27 Mei 2019

Similar Posts

  • NON MUSLIM atau KAFIR?

    NON MUSLIM atau KAFIR? . . . Ramai mungkin lebih selesa menggunakan perkataan ‘non Muslim’ / ‘bukan Islam’ kerana menganggap perkataan kafir terlalu KERAS dan TIDAK SESUAI. . . . Sedar atau tidak, setiap perkataan memberi makna dan kesan, termasuklah perkataan ‘non Muslim’. . . . Kini ada yang MERAGUI…

  • MAJLIS ILMU

    MAJLIS ILMU Majlis ilmu ialah majlis para malaikat manakala majlis kelalaian ialah majlis syaitan. Manusia akan duduk bersama dengan orang yang sepertinya. Dan setiap manusia itu akan cenderung kepada apa yang sesuai dengan jiwanya. ——————- Sabda Nabi ﷺ: “Agama seseorang itu bergantung kepada agama temannya. Maka lihatlah dengan siapa kamu…

  • IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI

    IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI . Menjawab Syubhat Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai Khuruj Melawan Pemerintah . . Telah tersebar syubhat yang menyatakan kononnya Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai rahimahullah telah khuruj terhadap pemerintah. . Ada pelbagai versi yang berlegar dan antara versi yang dipopularkan oleh sebahagian kelompok adalah versi…

  • AKAUN FB

    AKAUN FB Assalamualaikum ikhwah yang dikasihi. Ini akaun FB ana yang baharu. Akaun asal masih digunakan. Akaun FB yang baharu ini diwujudkan sebagai ‘backup’ memandangkan akaun asal dikenakan sekatan-sekatan tertentu oleh pengurusan FB. Ikhwah yang sudi boleh ‘follow’ dan ‘add friend request’ akaun FB baharu ini. Semoga Allah permudahkan. Jazakumullahu…

  • CARA ANDA BERFIKIR

    CARA ANDA BERFIKIR Kehidupan anda sesuai dengan cara anda berfikir. Sekiranya cara anda berfikir membawa manfaat kepada agama dan dunia maka kehidupan anda akan menjadi baik dan bagus. Jika tidak maka keadaan akan menjadi sebaliknya. – Syeikh Abdul Rahman as-Saadi Idris bin Sulaiman Kajang 26 Zulkaedah 1442H / 07 Julai…