|

PENDIRIAN ULAMA ASYAIRAH FAKHRUDDIN AL-RAZI MENGENAI KEDUDUKAN AL-QURAN & AL-SUNAH

Fakhruddin Muhammad bin Omar al-Razi (wafat 606H) merupakan antara ilmuwan Asyairah besar terkenal yang menjadi rujukan pengikut-pengikut mazhab Asyairah.

Berikut ialah sebahagian pendirian beliau mengenai kedudukan Al-Quran dan al-Sunah:

  1. Akal ialah penentu manakala dalil Al-Quran dan hadis berperanan sebagai membantu.

Kata al-Razi:

الدَّلائِلُ العقليَّةُ إذا دلَّت على صِحَّةِ قولِنا ثمَّ رأينا أنَّ ظواهِرَ القُرآنِ والأخبارِ تؤكِّدُ تلك العَقليَّاتِ قَوِيَ اليقينُ وزالت الشُّبُهات.

“Sekiranya dalil akal membuktikan kesahihan sesuatu pendapat lalu didapati zahir Al-Quran dan hadis menyokong pendapat tersebut maka ia akan menguatkan keyakinan di samping menghilangkan syubhah-syubhah.”

[al-Matalib al-Aaliyah, 9/214]

  1. Akal didahulukan manakala dalil naqli (Al-Quran dan al-Sunah) hanya diterima jika tidak bertentangan dengan akal.

Jika tidak maka ia perlu ditakwilkan mengikut apa yang bersesuaian dengan akal.

Tegas beliau:

شَرطُ التَّمسُّكِ بالدَّلائلِ النَّقليَّةِ عدَمُ المُعارِضِ العقليِّ القاطِعِ لأنَّ بتقديرِ وجودِه يجِبُ صَرفُ الظَّاهِرِ السَّمعيِّ إلى التَّأويلِ.

“Syarat untuk berpegang kepada dalil-dalil naqli hendaklah dengan tiada dalil akal qatie (pasti) yang bertembung dengannya. Kerana andainya ada maka wajib ditakwilkan (makna) zahir nas berkenaan.”

[al-Arbaiin Fi Usul al-Din, 2/253]

  1. Dalil akal bersifat pasti (qatie) manakala Al-Quran dan al-Sunah bersifat sangkaan (zanni).

Jelas al-Razi:

الدَّلائِلَ النَّقليَّةَ ظنِّيَّةٌ، وأنَّ العقليَّةَ قَطعيَّةٌ، والظَّنُّ لا يُعارِضُ القَطعَ.

“Dalil-dalil naqli (Al-Quran dan al-Sunah) bersifat sangkaan (zanni) manakala dalil akal bersifat pasti (qatie). Apa yang bersifat sangkaan tidak boleh menyanggah apa yang bersifat pasti.”

[Maalim Usul al-Din, hlm. 25]

  1. Hadis ahad tidak boleh dijadikan sebagai asas pegangan dalam permasalahan akidah.

Kata beliau:

لا يجوزُ التمَسُّكُ في أصلِ الدِّينِ بأخبارِ الآحادِ.

“Tidak boleh berpegang kepada hadis-hadis ahad dalam perkara-perkara asas agama (akidah).”

[Asas al-Taqdis, hlm. 129]

Wallahul mustaan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
25 Syawal 1445H
04 Mei 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    HUKUM ISTIGHATHAH DI KUBURAN

    (Video: Amalan Istighathah di Kuburan Minta Tolong dari Orang Mati) Istighathah di kuburan ialah perbuatan meminta tolong daripada orang mati. Ia adalah perbuatan syirik besar. Ini kerana Muslim diperintahkan supaya hanya meminta tolong di alam ghaib daripada Allah ﷻ, berdoa dan bergantung harap kepadaNya semata-mata. Selari dengan firman Allah ﷻ:…

  • |

    IJAB KABUL NIKAH

    Antara syarat sah nikah ialah ijab kabul di samping adanya suami, isteri, wali dan dua orang saksi. Ijab ialah penawaran manakala kabul ialah penerimaan. Jika wali perempuan kata “Aku nikahkan fulanah” dan calon suami kata “Aku terima” maka selesailah akad nikah itu. Jika kelima-lima syarat di atas dipenuhi maka nikah…

  • HADIS JARI-JEMARI ALLAH ﷻ

    Sifat jari-jemari Allah ﷻ sabit dalam hadis sahih. Dalam sebuah hadis, Abdullah bin Masud radiallahuanhu berkata: جَاءَ حَبْرٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، إِنَّ اللَّهَ يَضَعُ السَّمَاءَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالأَرْضَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالجِبَالَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَالشَّجَرَ وَالأَنْهَارَ عَلَى إِصْبَعٍ، وَسَائِرَ الخَلْقِ عَلَى إِصْبَعٍ، ثُمَّ يَقُولُ…

  • ASYA’IRAH: AKIDAH SEBENAR AHLI SUNNAH WAL JEMAAH?

    Asya’irah adalah nisbah kepada Abu al-Hasan al-Asy’ari, wafat tahun 324H. Jika akidah Asya’irah dikatakan sebagai akidah sebenar Ahli Sunah Wal Jemaah, timbul persoalan tentang status akidah para alim ulama sebelum zaman Abu al-Hasan al-Asy’ari. Bagaimana pula dengan status akidah Imam Ahmad (wafat 241H), murid kepada Imam Asy-Syafie, yang diberi gelaran…

  • |

    JANGAN UNDANG MURKA ALLAH

    – Acara doa dengan iringan muzik tamborin dalam masjid Tular rakaman video acara berdoa beramai-ramai sambil berdiri dengan iringan muzik tamborin dalam sebuah masjid di ibu kota. Amat tidak wajar masjid rumah Allah ﷻ dicemari dengan bunyi-bunyi alatan muzik syaitan. Walhal para ulama sejak dahulu telah sepakat secara ijmak mengharamkan…