|

PENDAKWA ILMU MAHDI & DAJAL

Barang siapa mendakwa tahu perkara ghaib maka dia jatuh kufur menurut ijmak kesepakatan ulama Islam.

Tidak kira sama ada dia menggelar dirinya bomoh, dukun, pawang, tukang tilik, tukang ramal, ahli sihir, pempengaruh, ustaz, syeikh dan sebagainya.

Kerana tiada sesiapa yang tahu perkara ghaib kecuali Allah.

Firman Allah ﷻ:

قُل لَّا يَعۡلَمُ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ ٱلۡغَيۡبَ إِلَّا ٱللَّهُ

“Katakanlah: Tiada sesiapa di langit dan bumi yang tahu perkara ghaib melainkan Allah!”

[Al-Quran, al-Naml, 27:65]

Turut diancam mereka yang mengikuti berita-berita yang disampaikan oleh golongan pendakwa ilmu ghaib ini di media sosial termasuklah dengan meletakkan tanda isyarat ‘like’ di samping ‘forward’ berita-berita ini kepada orang lain.

Kerana ia termasuk dalam sabda Nabi ﷺ:

مَنْ ‌أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ ‌كَفَرَ ‌بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ.

“Barang siapa mendatangi tukang ramal lalu dia mempercayai apa yang disampaikannya maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan ke atas Muhammad.”

[Sahih. Riwayat al-Bazzar]

Tukang ramal ialah orang yang mengatakan mengenai sesuatu yang akan berlaku pada masa hadapan.

Nabi ﷺ turut menegaskan:

مَنْ ‌أَتَى ‌عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً.

“Barang siapa mendatangi tukang ramal lalu dia menanyakannya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Hadis pertama di atas menjelaskan kufurnya percaya kepada apa yang diceritakan oleh para tukang ramal mengenai apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Sedangkan hadis kedua pula menjelaskan bahawa perbuatan mendatangi golongan ini untuk bertanya sahaja sudah dikira dosa besar walaupun tidak mempercayai apa yang disampaikan oleh mereka, manakala hukuman tidak diterima solat selama 40 hari sama sekali tidak bermaksud bahawa orangnya tidak perlu solat sepanjang tempoh itu, sebaliknya ia bermaksud tegahan dan ancaman supaya segera bertaubat.

Ramai seronok bercerita dan mengikuti info-info mengenai Imam Mahdi dan Dajal dengan pelbagai dakwaan dan ramalan sedangkan ia termasuk dalam ancaman hadis-hadis di atas.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Jamadilawal 1445H
24 November 2023

Similar Posts

  • | | | |

    MALAM 27 RAMADAN: 17 April 2023

    Malam 27 Ramadan merupakan malam yang paling diharapkan berlakunya lailatulqadar, malam yang ganjaran pahala beramal padanya lebih baik daripada seribu bulan kerana ia termasuk dalam malam-malam ganjil, dan termasuk dalam sepuluh, tujuh malah lima malam terakhir Ramadan. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ…

  • |

    ‘BILIK KULIAH’ KERETA KANCIL

    Kereta Kancil saya ini banyak nostalgia dan kenangan manisnya. Saya menggunakan kereta ini sejak awal bekerja di Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur sampai berhenti. Saban hari berulang alik dari Kajang ke Kuala Lumpur menaikinya dari tahun 2003 sampai 2014. Segala apa yang Allah ﷻ takdirkan ada hikmahnya. Alhamdulillah, saya…

  • |

    MATI ATAS AL-SUNAH

    Kata al-Marrudzi (wafat 275H): “Aku bertanya kepada Abu Abdillah (Imam Ahmad): Adakah orang yang mati atas Islam dan al-Sunah mati dalam keadaan yang baik?” Imam Ahmad menjawab: “Diam engkau! Bahkan dia telah mati dalam keadaan yang terbaik.” [al-Siyar oleh al-Dzahabi, 11/296] Dr. Idris bin SulaimanKajang27 Rabiulawal 1445H13 Oktober 2023

  • | |

    USTAZ: TAHLIL BUKAN BIDAAH BAHKAN ADA ASALNYA DALAM AGAMA!

    – Cara, cara & cara pelaksanaan – Ustaz menokok tambah lafaz hadis Demikian menurut seorang ustaz yang cuba mempertahankan amalan tahlil yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat. Ucapan ‘lailahaillallah’ dalam tahlil sememangnya bagus, disyariatkan dan adalah sebaik-baik zikir sebagaimana sabda Nabi ﷺ. Tetapi apa yang perlu diberi perhatian di sini ialah…

  • |

    PERMOHONAN MAAF

    Beberapa hari lepas sebuah video bertajuk ‘Imam Shafie Akui Tidak Menguasai Ilmu Hadis’ telah dimuat naik di laman Facebook Dr Idris Sulaiman yang mengundang pelbagai reaksi warga maya. Sebahagian mengkritik tajuknya dan menganggapnya biadap terhadap tokoh besar Islam ini manakala sebahagian lain menginterpretasikan isi videonya bermaksud saya mengatakan Imam al-Syafie…