|

NON MUSLIM atau KAFIR?

NON MUSLIM atau KAFIR?
.
.
.

Ramai mungkin lebih selesa menggunakan perkataan ‘non Muslim’ / ‘bukan Islam’ kerana menganggap perkataan kafir terlalu KERAS dan TIDAK SESUAI.
.
.
.

Sedar atau tidak, setiap perkataan memberi makna dan kesan, termasuklah perkataan ‘non Muslim’.
.
.
.

Kini ada yang MERAGUI kekufuran golongan ‘non Muslim’ sehingga ada yang menganggap bahawa mereka juga BERIMAN kerana mereka turut percaya kepada Tuhan.
.
.
.

Tahukah kita, MERAGUI KEKUFURAN orang kafir akan MEMBATALKAN KEISLAMAN dan menyebabkan orangnya murtad terkeluar daripada Islam.
.
.
.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa istilah kafir tidak sesuai pada zaman sekarang, lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat majmuk. Menurut mereka, kini orang Islam dan orang kafir dipanggil warganegara.
.
.
.

Kita katakan, Maha Suci Allah, adakah kita lebih faham dan lebih tahu daripada Allah dan RasulNya?
.
.
.

Yang pastinya, istilah kafir datangnya daripada Al-Quran dan Hadis.
.
.
.

Lihat firman Allah dalam surah Al-Kafirun:
.
.
.

قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُونَ (1) لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (2) وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (3) وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (4) وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (5) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (6)
.
.
.

“Wahai ORANG-ORANG KAFIR! Aku tidak sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak sembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan sesekali sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu pula tidak mahu sembah mengikut apa yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama aku.”
.
.
.

Surah Al-Kafirun, 1-6.
.
.
.

Mahu atau tidak, inilah firman Allah atas orang-orang kafir untuk dibaca oleh umat Islam sehinggalah ke Hari Kiamat.
.
.
.

Yang pastinya, sebahagian umat Islam pada hari ini benar-benar telah keliru dengan istilah ‘non Muslim’ sehingga ke tahap akidah mereka terpesong. Ini sangat bahaya dan membimbangkan.
.
.
.

Kesimpulannya, wajarlah kita kembali ke pangkal jalan. Itulah jalan selamat.
.
.
.

Tinggalkanlah istilah-istilah yang mengelirukan seperti bunga, gosip, non Muslim / bukan Islam dan seumpamanya. Gunakan istilah yang betul dan tepat iaitu riba, mengumpat dan orang kafir.
.
.
.

Ini penting supaya perkataan kita jelas difahami dan tidak mengelirukan.
.
.
.

Ketahuilah bahawa apabila kita BERSIKAP LEMAH dalam menegakkan Agama Allah sehingga kita sanggup BERKOMPROMI dalam HAL-HAL AKIDAH atas pelbagai alasan dan syubhah, akhirnya Allah akan menimpakan KEHINAAN dan BALA MUSIBAH atas kita sebagai balasan perbuatan kita.
.
.
.

AGAMA ISLAM yang kita anuti WAJIB DIJUNJUNG dan DIPERTAHANKAN, antaranya dengan kita jelas dalam erti KUFUR dan ORANG KAFIR.
.
.
.

Ingatlah kata-kata Khalifah Omar bin Al-Khattab radhillahu anhu:
.
.
.

نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِالإسْلاَمِ فَمَهْمَا ابْتَغَيْنَا العِزَّةَ مِنْ دُونِهِ أَذَلَّنَا اللهُ

.
.
.

“Kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam. Sebanyak mana kita cuba mendapatkan KEMULIAAN daripada selainnya maka ALLAH akan HINA kita.”
.
.
.

Sekian.

Idris bin Sulaiman
Kajang

Similar Posts

  • |

    PENGHARGAAN

    Tiga tahun lalu pihak TheNoor telah meminta supaya saya sediakan audio bacaan hadis-hadis buku Hadis 40 karangan Imam al-Nawawi dalam bahasa Arab, Melayu dan Inggeris. Alhamdulillah kini buku syarahnya pula telah berjaya diterbitkan sebagai pelengkap buat audio bacaan hadis-hadis ini. Sambil mendengar bacaan hadisnya melalui aplikasi TheNoor pengguna boleh melihat…

  • |

    HUBUNGAN HAMAS-IRAN

    Pemimpin Hãmãs, Ismail Haniyeh, menjelaskan bahawa perang antara Hãmãs dan Israel antara lain bertujuan untuk melemahkan Israel dan mengalihkan perhatiannya. Ia bagi mengelakkan pertembungan langsung antara Israel dan Iran, kata beliau. (Lihat video di lampiran) Dalam perkembangan lain, jurucakap Pengawal Revolusi Iran, Ramadan Syarif mendedahkan bahawa Taufan al-Aqsa yang dilancarkan…

  • |

    AMALAN MERENJIS TEPUNG AIR TAWAR

    AMALAN MERENJIS TEPUNG AIR TAWAR Amalan merenjis tepung air tawar atau apa jua jenis air tidak pernah dicontohkan oleh Nabi ﷺ ataupun diamalkan oleh para Sahabat yang mulia. Sedangkan sabda Nabi ﷺ: مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ. “Barang siapa mengada-adakan SESUATU YANG BAHARU dalam urusan…

  • |

    UCAPAN KUFUR: ANAK-ANAK TAK MINTA DILAHIRKAN

    “Anak-anak tak minta dilahirkan. Ibu dan ayahlah yang memilih untuk melahirkan mereka. Jadi jangan nak ungkit tentang penat lelah mengandung dan sakit payah melahirkan.” Demikian kenyataan tular di media sosial daripada sebahagian pihak yang meluahkan perasaan tentang masalah keluarga yang dihadapi. Perlu ditegaskan bahawa perkataan sebegini tidak wajar kerana bertentangan…

  • |

    PENTING IKUT SUNAH NABI

    Beramal ibadah menurut petunjuk Sunah Nabi ﷺ merupakan suatu kewajipan yang amat penting, kerana hanya amalan yang bertepatan dengan ajaran Baginda ﷺ akan diterima di sisi Allah. Ibadah bukan sekadar niat yang baik atau semangat yang tinggi, bahkan ia mestilah dibina atas dasar wahyu dan contoh yang sahih daripada Rasulullah…