NEGARA DIANCAM KUFFAR 2

NEGARA DIANCAM KUFFAR 2

Hampir sahaja keadaan negara pada hari ini seperti yang disabdakan oleh Nabi salllalahu alaihi wasallam,

يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ الْأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى الْقَوْمُ إِلَى قَصْعَتِهِمْ. قَالَ: قِيلَ: مِنْ قِلَّةٍ؟ قَالَ: بَلْ أنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ المَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللهُ فِي قُلُوبِكُمْ الوَهْنَ. فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَا الوَهْنُ. قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةَ المَوْتِ

“Hampir sahaja KAMU AKAN DIKELILINGI OLEH UMAT-UMAT (KAFIR) seperti mana orang-orang berkerumun di sekeliling makanan.” Baginda ditanya, “Adakah kerana kita sedikit?” Kata Baginda, “Tidak. KAMU RAMAI tetapi SEPERTI BUIH AIR BANJIR. Allah akan mencabut dari dada musuh kamu rasa takut terhadap kamu, dan Allah mencampakkan dalam hati jantung kamu AL-WAHN.” Seorang bertanya, “Wahai Rasulullah, apa itu AL-WAHN?” Jawab Baginda, “Cinta dunia dan takut mati.” (Riwayat Abu Daud)

Benar sabda Baginda. Musuh-musuh Islam telah sepakat antara sesama mereka untuk melaksanakan agenda mereka menjatuhkan pemerintah Muslim negara.

‘Change & Clean Malaysia’ kata mereka.

Dukacitanya ramai yang mungkin lalai dan tidak sedar. Lebih mendukacitakan sebahagian agamawan pun turut sama menjadi agen-agen ‘perubahan’ ini.

Kita kata, taat dan pertahan!

Mereka kata, lawan dan tukar!

Tepuk dada, anda mahu bersama siapa sebenarnya?

Similar Posts

  • AL JAZEERA – QATAR

    AL JAZEERA – QATAR Saluran berita AL JAZEERA yang berpangkalan di QATAR baru-baru ini membuat laporan memburuk-burukkan Malaysia kononnya tidak berperi kemanusiaan terhadap pendatang asing. https://www.facebook.com/115795798453909/posts/3333853379981452/?vh=e&d=n Tuduhan ini berat dan boleh mencemarkan nama baik negara. Mengapa saluran berita ini bertindak sedemikian? Jika dilihat QATAR, negara ini memang banyak melakukan onar…

  • BUNUH DIRI

    BUNUH DIRI Membunuh diri termasuk antara sebesar-besar dosa. ALLAH ﷻ berfirman: وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِیمࣰا. “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengasihani kamu.” [Al-Quran; an-Nisa’: 29] Sabda Nabi ﷺ: “Barang siapa membunuh dirinya dengan sesuatu maka dia akan diseksa dengannya pada Hari Kiamat.”…

  • MENJAWAB SYUBHAH-SYUBHAH

    MENJAWAB SYUBHAH-SYUBHAH TENTANG HUBUNGAN ANTARA RAKYAT & PEMERINTAH . Oleh Ustaz Idris bin Sulaiman . . 1. Retorik ‘Taat Kepada Pemerintah’ . Terdapat sebahagian kelompok yang mendakwa berpegang kepada prinsip taat kepada pemerintah, tetapi jika diperhalusi, ternyata bahawa apa yang mereka maksudkan dengan pemerintah ialah Yang di-Pertuan Agong sahaja; tidak…

  • BEZA TAKBUR & UJUB

    BEZA TAKBUR & UJUB Takbur: Memandang rendah terhadap orang lain. Ujub: Melihat diri ada kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Ibnu Mubarak “Aku tidak melihat sesuatu yang lebih merbahaya bagi orang yang solat berbanding ujub”. [Siyar A’laam an-Nubala’, 8/407]