Bedroom with cot and double bed
|

NAMA-NAMA YANG PERLU DIELAKKAN

Ibu bapa dianjurkan memberikan nama yang baik kepada anak.

Ini termasuklah dengan menggantikan nama-nama yang tidak elok sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ yang menggantikan nama anak perempuan Omar al-Khattab r.a. daripada A’siah kepada Jamilah.

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 2139]

A’siah bermaksud ‘penderhaka’ sedangkan Jamilah bermaksud ‘cantik’.

Berikut ialah nama-nama yang berasal daripada perkataan-perkataan Arab yang perlu dielakkan kerana ia membawa makna yang tidak baik.

Abiqah – Yang lari dari tuannya
Abkam – Tidak celik atau buta
Afinah – Yang bodoh
Amah – Hamba suruhan
Asyar – Paling jahat
Asyirah – Yang tidak bersyukur
Aznie – Aku berzina
Baghiah – Yang zalim, jahat
Bahimah – Binatang
Bakiah – Yang menangis, merengek
Balidah – Yang bodoh, bebal
Baqarah – Lembu Betina
Batilah – Yang batil, tidak benar
Dabbah – Binatang
Dahisyah – Goncang, tertekan
Dahriyah – Yang menafikan tuhan
Dami’ah – Yang mengalir air matanya
Daniyah – Yang lemah dan hina
Darakah – Kedudukan yang rendah
Faji’ah – Kecelakaan
Fajirah – Yang jahat, yang berdosa
Fasidah – Yang rosak, yang binasa
Fasiqah – Yang jahat, si fasik
Fasyilah – Gagal, kalah
FATIN – Yang membawa dugaan
Ghafilah – Yang lalai, yang leka
Ghaibah – Yang hilang
Ghailah – Kecelakaan, bencana
Ghamitah – Yang tidak bersyukur
Ghasibah – Perampas, perompak
Ghawiah – Yang sesat
Haqidah – Yang dengki
Hasidah – Yang hasad
Hazinah – Yang sedih
Huzn – Kesedihan
Jafiah – Yang tidak suka berkawan
Jariah – Hamba suruhan perempuan
Kafirah – Yang kafir, yang ingkar
Kaibah – Yang sedih
Kamidah – Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah – Pendusta, pembohong
Khabithah – Yang jahat, yang keji
Khali’ah – Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah – Arak
Khasirah – Yang rugi
Khati’ah – Yang bersalah, yang berdosa
Laghiah – sia-sia, tidak berfaedah
Lahab – Bara api
Lahifah – Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah – Yang tercela
Lainah – Yang terkutuk
Majinah – Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah – Agama menyembah api atau matahari
Maridah – Yang menderhaka
Munafikah – Yang munafik
Najisah – Yang najis dan kotor
Nariah – Api
Nasyizah – Yang menderhaka
Qabihah – Yang buruk
Qasitah – Yang melampaui batasan
Qatilah – Pembunuh
Qazurah – Kejahatan
Rajimah – Yang direjam
Razi’ah – Kecelakaan
Razilah – Yang keji dan hina
Safilah – Yang rendah
Sahiah – Yang pelupa
Sakirah – Pemabuk
Sakitah – Yang hina
Syafihah – Yang bodoh
Syani’ah – Yang buruk
Syaqiyah – Yang menderita
Syaridah – Yang diusir
Syariqah – Pencuri
Syarisah – Yang buruk akhlak
Syatimah – Yang memaki hamun
Tafihah – Karut
Talifah – Yang rosak
Talihah – Yang tidak baik
Tarbiyah – Yang papa kedana
Tarikah – Anak dara tua
Wahiah – Yang lemah
Wahimah – Yang lemah
Wahinah – Penakut
Wailah – Bencana
Wajilah – Penakut
Waqi’ah – Pertempuran peperangan
Waqihah – Yang kurang sopan
Wasikhah – Yang kotor
Wasyiah – Yang mengumpat
WATIE – Bersetubuh
Yabisah – Yang kering
Yaisah – Yang berputus asa
Zalijah – Kebinasaan
Zalilah – Yang hina
Zalimah – Yang zalim
ZANA – Telah berzina
Zaniyah – Penzina, pelacur
Zufafah – Racun pembunuh

CATATAN

Perhatikan nama Fatin, Watie dan Zana.

Trend menamakan anak mengikut ejaan Barat juga seharusnya dielakkan seperti Aaron (Harun), Isaac (Ishaq) dan sebagainya kerana Muslim harusnya berbangga dengan identitinya sendiri.

Kredit AA, AH, AM

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
05 Rabiulakhir 1444H
31 Oktober 2022

Similar Posts

  • |

    ARAB SAUDI BENARKAN JUALAN ARAK?

    Sejak dua menjak ini timbul desas-desas di medsos bahawa negara Arab Saudi akan membenarkan jualan minuman beralkohol. Sejauh mana benar atau tidak, wallahuaklam. Hanya sahaja dikhuatiri desas-desus ini psyop untuk memburukkan negara berkenaan oleh anasir-anasir Syiah dan Ikhwan yang sangat benci negara berkenaan. Kerana apa yang pasti, negara tercinta ini…

  • |

    ‘PENTAKSUBER’ & FITNAH

    ‘Pentaksuber’ ialah golongan fanatik yang sanggup mempertahankan sesuatu walaupun bukti dalil menunjukkan sebaliknya. Termasuklah mempertahankan kata cela nista guru dengan pelbagai alasan dan sebab. Ini tidak wajar. Muslim dilarang bersikap demikian. Lebih 10 tahun lalu kami dihamburkan oleh beliau dengan kata nista, termasuklah menuduh kami menerima suapan RM15 ribu sebulan…

  • |

    ROKOK HARUS?

    Semalam tular poster fatwa yang agak mengelirukan tentang hukum merokok Merokok dalam keadaan tertentu adalah harus, menurut poster itu. Perlu ditegaskan bahawa fatwa sebegini jelas bertentangan dengan realiti dan hukum syarak. Rata-rata majlis fatwa dunia sama ada di Arab Saudi, Mesir atau Jordan semuanya mengharamkan rokok kerana mudaratnya yang jelas….

  • |

    YAHUDI TIDAK AKAN KEKAL DI PALESTIN

    Kata Syeikh al-Albani(meningal 1999): “Orang-orang Yahudi tidak akan kekal di Palestin. Ini bukan optimis tetapi berdasarkan kefahaman daripada banyak hadis yang menunjukkan sedemikian.” [Rakaman AudioSilsilah al-Huda Wa al-Nur,no. 633] Sabda Nabi ﷺ: لَا ‌تَقُومُ ‌السَّاعَةُ ‌حَتَّى ‌يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يختبئ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ…