NAFSU BERCAKAP

NAFSU BERCAKAP

Bercakap ada nafsunya.

Iaitu kemahuan dan keinginan yang kuat untuk bercakap lebih-lebih lagi di media sosial yang pada hari ini telah membolehkan semua memberi pendapat dan meluahkan perasaan.

Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:

“Barang siapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Nafsu dalam diri manusia pula sering mendorong kepada kejahatan sebagaimana Allah ﷻ jelaskan dalam firmanNya:

“Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan.”

[Al-Quran, Yusuf, 12:53]

Justeru bercakap tidak lari daripada empat keadaan:

Keadaan Pertama: Bercakap tentang sesuatu yang baik.

Keadaan Kedua: Bercakap tentang sesuatu yang buruk.

Keadaan Ketiga: Bercakap tentang sesuatu yang bukan baik ataupun buruk.

Keadaan Keempat: Bercakap tentang sesuatu yang mengandungi kedua-duanya; baik dan buruk.

Hadis Nabi ﷺ di atas menuntut supaya Muslim lebih banyak berdiam dan hanya bercakap dalam keadaan yang pertama sahaja.

Belajar Diam:

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10222809643581501/

Idris bin Sulaiman
Kajang
20 Jamadilawal 1443H /
25 Disember 2021

Similar Posts

  • TAKUT DICEMUH

    TAKUT DICEMUH Kebanyakan manusia menjadi binasa gara-gara takut dicemuh di samping mahu mendapat restu orang-orang di sekelilingnya. Akhirnya segala tindak tanduknya akan menurut keredaan orang-orang di sekeliling dengan harapan supaya dipuji dan kerana takut dicemuh. Jelas ini merupakan antara apa yang membinasakan maka sewajarnya sikap ini diperbetulkan. – Ibnu Qudamah…

  • KARUT MARUT KAUM HABIB

    KARUT MARUT KAUM HABIB Mahu hidup sampai umur 300 tahun? Dengarkan ini cerita. Tiada firman Allah, tiada sabda Rasulullah ataupun amalan Sahabat. Hanya rekayasa kaum Habib berdasarkan rekaan, mimpi dan cerita waktu tidur yang tak masuk akal. Perhatikan. Amalan Sunnah Nabi yang sahih disisihkan manakala rekaan mimpi itulah yang menjadi…

  • MAKAN BERSUAP

    MAKAN BERSUAP #Berkat Sisa Makanan Tuan Guru Capal Adakah dibolehkan bertabaruk (mengambil berkat) daripada para ulama dan orang-orang soleh? Jawapan: Tidak boleh bertabaruk dengan sesiapa selain Nabi ﷺ tidak kira sama ada sisa wuduknya, makanannya, rambutnya, peluhnya atau apa jua dari tubuh badannya. Hal ini semua khas buat Nabi ﷺ…

  • DOA QUNUT NAZILAH

    DOA QUNUT NAZILAH Jika Umat Islam ditimpa suatu musibah seperti kemarau, banjir, ketakutan, serangan musuh dan seumpamanya, maka dianjurkan untuk mereka melakukan QUNUT NAZILAH pada rakaat terakhir sebelum atau selepas rukuk, dalam semua solat fardu, secara kuat dan dengan lafaz doa yang bersesuaian dengan musibah yang menimpa. Ini sebagaimana dalam…