MENYAMAKAN ANTARA YANG SAMA & MEMBEZAKAN ANTARA YANG BERLAINAN

MENYAMAKAN ANTARA YANG SAMA & MEMBEZAKAN ANTARA YANG BERLAINAN

# Kaedah-Kaedah Ilmiah
# Kaedah 13

Kaedah ini bersesuaian dengan akal yang sihat serta fitrah yang benar.

Atas kaedah inilah Syariah didirikan di mana hukum atas sesuatu diberikan bersesuaian dengan apa yang semisalnya manakala apa yang sebaliknya diberikan hukum yang berbeza.

Tidak boleh membalikkan kaedah ini sama sekali iaitu dengan membezakan antara apa yang sama dan menyamakan antara apa yang berlainan.

Allah ﷻ mencela orang Yahudi dalam firmanNya:

أَفَتُؤۡمِنُونَ بِبَعۡضِ ٱلۡكِتَٰبِ وَتَكۡفُرُونَ بِبَعۡضٖ.

“Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (daripada isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain?”

Surah al-Baqarah; 2:85.

Ayat di atas merujuk kepada perbuatan kaum Yahudi pada zaman Rasulullah ﷺ yang berperang antara sesama mereka (sedangkan ia dilarang menurut agama mereka) tetapi dalam masa yang sama membebaskan tawanan perang daripada kalangan saudara Yahudi mereka yang kalah atas alasan menuruti perintah yang terkandung dalam kitab suci Taurat sedangkan sepatutnya mereka menuruti segala suruhan dan larangan yang terkandung dalam kitab suci Taurat itu.

Allah ﷻ turut mencela mereka dalam firmanNya:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ قَالُواْ نُؤۡمِنُ بِمَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا وَيَكۡفُرُونَ بِمَا وَرَآءَهُۥ وَهُوَ ٱلۡحَقُّ مُصَدِّقٗا لِّمَا مَعَهُمۡ.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad), mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat). Lalu mereka mengingkari (Kitab) lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka.”

Surah al-Baqarah; 2:91.

Mereka mengkufuri Al-Quran yang diturunkan atas Nabi Muhammad ﷺ walhal kedua-dua kitab suci Taurat dan Al-Quran datang daripada sumber yang sama. Perbuatan mereka menerima sebahgian kitab dan menolak kitab yang lain dikira menolak semuanya.

Ini dari sudut membezakan antara apa yang sama.

Adapun dari sudut menyamakan antara apa yang berbeza pula, kaum Yahudi telah menyamakan antara Tuhan Yang Maha Perkasa dengan makhluk yang serba lemah dengan memberikan sifat-sifat makhluk kepada Allah dengan berkata:

يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌ.

“Tangan Allah terbelenggu (bakhil – kedekut)”.

Surah al-Ma’idah; 5:64.

Mereka juga mengatakan:

إِنَّ ٱللَّهَ فَقِيرٞ وَنَحۡنُ أَغۡنِيَآءُ .

“Sesungguhnya Allah miskin dan kami orang-orang kaya.”

Surah Aali Imran; 3:181.

Mereka, sepertimana kaum Nasrani turut menisbahkan anak kepada Allah.

Justeru sesiapa yang membezakan antara apa yang sama dan menyamakan antara apa yang berbeza dikira mempunyai ciri-ciri kesesatan yang ada pada kaum Yahudi dan Nasrani.

Sebagai contohnya, golongan Syiah membeza-bezakan antara para Sahabat Nabi ﷺ dengan mengangkat sebahagian mereka dan menolak majoriti yang lain walhal sewajibnya didukung seluruh Sahabat Nabi ﷺ itu. Dalam masa yang sama, mereka menyamakan antara Rasulullah ﷺ dengan tokoh-tokoh pilihan mereka dalam soal mendakwa mereka maksum walhal sewajibnya dibezakan antara para rasul dengan yang lain.

Demikian juga mereka yang membezakan antara hujah Al-Quran dengan hujah As-Sunah lalu mendakwa menerima hujah Al-Quran tetapi berbolak-balik tentang hujah As-Sunah dengan membeza-bezakan antara hadis hukum dengan hadis akidah, hadis mutawatir dengan hadis ahaad dan sebagainya.

Ini semua dikira kontradiksi, percanggahan dan pertentangan sedangkan kaedah menetapkan supaya disamakan antara apa yang sama dan dibezakan antara apa yang berlainan.

# Kaedah-Kaedah Pendalilan Di sisi Ahli Sunah Wal Jemaah

# al-Mausu’ah al-Aqadiyyah ad-Durar as-Saniyyah

Idris bin Sulaiman
Kajang
24 Syaaban 1442H /
07 April 2021
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • MUSLIM MUNAFIK

    MUSLIM MUNAFIK Seorang lelaki berkata kepada Abdullah bin Mas’ud r.a.: “Aku takut diriku seorang munafik!” Kata Abdullah bin Mas’ud r.a.: “Jika engkau seorang munafik nescaya engkau tidak akan rasa takut daripadanya”. – Hilyat al-Awliya’. Maksudnya, tidaklah yang rasa takut daripada sifat munafik melainkan orang beriman. Adapun orang munafik, mereka merasa…

  • MAULID NABI MEMBUKA PINTU SEMBAH BERHALA?

    MAULID NABI MEMBUKA PINTU SEMBAH BERHALA? Sambutan Maulid Nabi tidak pernah diajar oleh Nabi ﷺ ataupun disambut oleh para Sahabat dan para Tabi’in. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223114724528334&id=1588241794 Justeru bagi mereka yang menyambutnya, kita mendapati bahawa mereka tidak sepakat dalam caranya. Maka sambutnya dilakukan dengan pelbagai cara dan rupa antaranya dengan berarak, berselawat beramai-ramai,…

  • HOMOSEKS / ĻĠɃŤǬ / PONDAN

    HOMOSEKS / ĻĠɃŤǬ / PONDAN Ustaz Idris bin Sulaiman Jenayah homoseks adalah di antara sebesar-besar jenayah, seburuk-buruk dosa dan sekeji-keji perbuatan. Allah telah menghukum golongan yang melakukannya dengan hukuman yang tidak pernah ditimpakan ke atas mana-mana umat terdahulu. Ia menunjukkan betapa fitrah orangnya telah terpesong, cahaya hatinya telah hilang, lemahnya…

  • NEW WÖRLD ÖRDER

    NEW WÖRLD ÖRDER # Order Baru Dunia Perancangan besar golongan elit satanis globalis. Tun M Menyokong rancangan New Wörld Örder? https://www.facebook.com/12411993651/posts/10158199599933652/ Novus Ordo Seclorom – New Wörld Örder https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220067594191980&id=1588241794 DSN mendakwa Tun M telah bekerjasama dengan Geörge Sörös menjatuhkan kerajaan BN dahulu https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157836701335952/ Geörge Sörös dituduh terlibat dalam pergolakan yang…

  • JAMAK SOLAT JUMAAT & ASAR

    JAMAK SOLAT JUMAAT & ASAR Tiada dalam Syarak hadis atau athar yang mengharuskan jamak antara solat Jumaat dan Asar. Apa yang ada hanya jamak antara solat Zohor dan Asar; bukan Jumaat. Asal hukum Syarak adalah tauqif. Tetapi mereka yang mengharuskan jamak Jumaat dan Asar berhujah dengan alasan bahawa Jumaat mengambil…