‘MENORMALISASIKAN’ BUDAYA KAFIR BARAT
‘MENORMALISASIKAN’ BUDAYA KAFIR BARAT
Kini ada usaha sesetengah pihak untuk ‘menormalisasikan’ budaya kafir Barat dalam kalangan masyarakat Islam; untuk ‘desensitise’; supaya masyarakat Muslim tidak lagi merasa sensitif atau janggal terhadap budaya-budaya kafir ini.
Bermula dengan budaya LGBT, perkahwinan sejenis dan memelihara anjing dalam rumah.
Awas! Jangan pandang mudah rancangan halus mereka untuk menusuk jarum racun dalam masyarakat.
Mereka berjaya melakukannya di negara-negara Barat.
Jika pada tahun 60-an dan 70-an budaya LGBT masih dipandang jijik oleh masyarakat di sana. Kemudian sedikit demi sedikit mereka tabur racun mereka.
Kini membantah LGBT secara terbuka di sesetengah negara Barat adalah satu kesalahan yang boleh didakwa di mahkamah! Atas alasan diskriminasi, hak-hak kemanusiaan dan bermacam-macam alasan.
Kini kita lihat rancangan mereka sedang digerakkan di negara kita oleh watak-watak yang mungkin tak sedar bahawa mereka diperalatkan oleh pihak-pihak ini.
Wallahul musta’an.
– Ustaz Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
=======
Dapatkan ARTIKEL tulisan UIS dalam format PDF secara PERCUMA.
.
KOMEN EMEL anda yang AKTIF di bawah.
.
Artikel tulisan UIS akan dihantar secara berkala.
.
.
Please SHARE
.
[ ADMIN ]