MENJAGA HUBUNGAN

MENJAGA HUBUNGAN

Bukan semua hubungan yang terputus memerlukan perhatian bagi mengembalikannya. Terdapat hubungan yang terputus yang menjadi rahmat serta memberi ketenangan fikiran.

Sebaliknya keprihatinan perlu diberikan kepada perhubungan yang wajib ada manakala menjaganya menjadi fardu atau sunat serta diberi ganjaran pahala. Perhubungan inilah yang memerlukan kesungguhan serta kesabaran dalam menjaganya.

Adapun perhubungan yang menjebakkan diri dalam dosa, mengundang maksiat atau menimbulkan penyakit-penyakit hati maka menjauhinya merupakan suatu keuntungan.

———————

Firman Allah ﷻ:

إِن يَدۡعُونَ مِن دُونِهِۦٓ إِلَّآ إِنَٰثٗا وَإِن يَدۡعُونَ إِلَّا شَيۡطَٰنٗا مَّرِيدٗا .

“Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka.”

[Al-Quran, an-Nisaa’, 4:17]

Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Jamadilakhir 1443H /
16 Januari 2022

Similar Posts

  • ISLAM MODERATE

    ISLAM MODERATE Akibat terkesan dengan gaya fikir orang Barat dan terpukau dengan syubhat mereka, terdapat segelintir orang Islam merasa kagum dengan sikap sebahagian pemimpin Barat, NGO dan institusi di sana yang ‘zahirnya’ menyokong Islam, memperjuangkan hak-hak Muslim dan menuntut keadilan buat mereka. Betapa bijaknya syaitan mempermainkan pemikiran mereka yang dangkal…

  • RACUN DOSA

    Dosa umpama racun. Sekiranya ia tidak membinasakan maka paling tidak ia akan melemahkan orangnya. Dan jika orangnya sudah jadi lemah maka dia tidak akan dapat melawan penyakit-penyakit yang datang. Berkata ulama besar Abdullah bin Mubarak (wafat 181H): رَأيْتُ الذُّنُوبَ تُمِيتُ القُلُوبِ، وَقَدْ يُورِثُ الذُّلَّ إدْمَانُهَا، وَتَرْكُ الذُّنُوبِ حَيَاةُ القُلُوبِ. “Aku…

  • #3 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #3 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Ramai ilmuwan terpedaya. Antara mereka ialah: 1. Bekas Mufti Mesir Muhammad Abduh (meninggal 1905M); 2. Syeikh Rashid Reda – pengarang Majalah al-Manar. Bertaubat setelah mengetahui muslihat Syiah (meninggal 1935M); 3. Dr. Mustafa as-Sibaie – pengasas gerakan Ikhwan al-Muslimin Syria (meninggal 1964M); 4. Dr. Yusof al-Qardawi…

  • SAHABAT NABI ﷺ

    SAHABAT NABI ﷺ Sesudah Al-Quran dan hadis, para Sahabat Nabi ﷺ merupakan rujukan dalam segala ilmu Islam, kebaikan dan petunjuk. Mereka adalah sebaik-baik umat ini. Generasi yang paling tinggi ilmu agamanya, paling faham Al-Quran serta perkataan, perbuatan serta perakuan Nabi ﷺ. Ini kerana mereka adalah satu-satunya generasi manusia yang telah…

  • KEJUT ISTERI SOLAT SUBUH

    KEJUT ISTERI SOLAT SUBUH Ada yang mencadangkan jika suami susah kejutkan isteri bangun untuk solat Subuh maka boleh cuba memanggil isteri dengan nama perempuan lain. Tetapi perlu berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga. ———————— Hakikatnya cara sebegini tidak menepati as-Sunah. Sebaliknya suami boleh merenjis sedikit air ke muka isteri dengan lemah…