MAULID NABI MEMBUKA PINTU SEMBAH BERHALA?

MAULID NABI MEMBUKA PINTU SEMBAH BERHALA?

Sambutan Maulid Nabi tidak pernah diajar oleh Nabi ﷺ ataupun disambut oleh para Sahabat dan para Tabi’in.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223114724528334&id=1588241794

Justeru bagi mereka yang menyambutnya, kita mendapati bahawa mereka tidak sepakat dalam caranya.

Maka sambutnya dilakukan dengan pelbagai cara dan rupa antaranya dengan berarak, berselawat beramai-ramai, mengadakan majlis jamuan dan sebagainya.

Ini semua dilakukan dengan bertemakan ‘Cinta Nabi’.

Boleh dikatakan bahawa asalkan motifnya ‘Cinta Nabi’ maka apa sahaja cara yang digunakan untuk menzahirkan rasa cinta tersebut maka mereka membolehkannya sekalipun cara yang digunakan itu tidak pernah diajarkan oleh Nabi ﷺ ataupun diamalkan oleh para Sahabatnya yang mulia seperti mana dalam amalan berarak membawa sepanduk dan berselawat beramai-ramai.

Masakan tidak, sambutannya pun tidak pernah diajarkan, apatah lagi caranya.

Ibarat pepatah ‘Masakan bayang-bayang akan lurus jika tiangnya bengkok’.

Apa yang merisaukan ialah apabila melihat sebahagian orang Islam bertindak melampau dengan memuji-muji Nabi ﷺ dengan puji-pujian yang hanya layak bagi Allah ﷻ seperti mengatakan “Anta nurun” (Engkau adalah cahaya), “Anta miftah as-suduri” (Engkau adalah pembuka hati) dan seumpamanya sedangkan Allah berfirman “Allah adalah cahaya yang menerangi langit dan bumi” [an-Nuur, 24:35] dan “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi” [al-Qasas, 28:56]

Bertambah sulit apabila ada yang sampai melampau mengagung-agungkan capal Nabi manakala yang terbaru di negara jiran sebuah patung replika manusia sedang sujud dibawa berarak semasa sambutan Maulid Nabi ini.

Adakah ini bibit-bibit penyembahan berhala dalam kalangan masyarakat Islam?

Apa yang pasti, ia merupakan antara tanda-tanda akhir zaman sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

لا تَقُوم السَّاعة حَتَّى تُعْبَد قَبَائِل مِنْ أمَّتِي الأوْثَان.

“Tidak akan tiba Hari Kiamat melainkan apabila sebahagian kabilah daripada kalangan umatku menyembah berhala.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

KESIMPULAN

Perlu ditegaskan bahawa cinta Nabi ﷺ adalah sebahagian daripada iman. Tetapi cara dizahirkan cinta itu haruslah dengan dihayati sepenuhnya Sunah Nabi ﷺ dalam segala aspek Agama itu dengan dilakasnakan segala apa yang diajarkan oleh baginda dan ditinggalkan apa yang ditinggalkan oleh baginda ﷺ. Inilah cara cinta Nabi ﷺ yang hakiki.

Nabi ﷺ menitahkan supaya ditinggalkan segala tokok tambah dalam Agama sebagaimana dalam sabdanya:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (Agama) maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Maka sewajarnya amalan Maulid Nabi ini ditinggalkan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Rabiulawal 1443H /
21 Oktober 2021

Similar Posts

  • BANYAKKAN DOA DI BULAN RAMADAN

    BANYAKKAN DOA DI BULAN RAMADAN # Doa orang puasa mustajab. Firman Allah ﷻ: وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ. “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (khabarkan kepada mereka): Sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (dengan mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia…

  • DOA QUNUT WITIR

    DOA QUNUT WITIR • Bacaan DOA QUNUT WITIR jika SOLAT BERSENDIRIAN: اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لي فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِني شَرَّ ما قَضَيْتَ، إنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلا يَعِزُّ مَنْ عادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، لا مَنْجَى مِنْكَ إلا…

  • GRUP WHATSAPP TADARUS & KHATAM AL-QURAN

    GRUP WHATSAPP TADARUS & KHATAM AL-QURAN Soalan tentang bacaan tadarus dan khatam al-Quran pada bulan Ramadan. Banyak tersebar di grup-grup media sosial seperti WhatsApp di mana setiap orang dibahagikan berapa juz untuk dibaca dengan tujuan tadarus dan khatam al-Quran. Adakah dibolehkan? JAWAPAN: Ini bukan tadarus dan khatam al-Quran. Perlu ditinjau…

  • MENJAWAB SYUBHAH-SYUBHAH

    MENJAWAB SYUBHAH-SYUBHAH TENTANG HUBUNGAN ANTARA RAKYAT & PEMERINTAH . Oleh Ustaz Idris bin Sulaiman . . 1. Retorik ‘Taat Kepada Pemerintah’ . Terdapat sebahagian kelompok yang mendakwa berpegang kepada prinsip taat kepada pemerintah, tetapi jika diperhalusi, ternyata bahawa apa yang mereka maksudkan dengan pemerintah ialah Yang di-Pertuan Agong sahaja; tidak…

  • SOLAT DI KUBUR

    SOLAT DI KUBUR Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada. Nabi bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد “ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?…