|

MASJID / SURAU / MUSALA / MADRASAH

Boleh dikatakan bahawa masjid dan surau membawa maksud yang sama dari sudut syariat iaitu tempat yang diwakafkan untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan hukum hakam serta adab-adab yang tertentu seperti tuntutan mengerjakan solat Tahiyat Masjid, beriktikaf di samping larangan berjual beli, mengumumkan barang hilang dan sebagainya.

Adapun musala ialah tempat yang dikhaskan untuk solat sama ada di rumah, pasar raya, R&R atau lapangan terbuka bagi solat hari raya dan solat jenazah.

Madrasah pula bermaksud sekolah, atau sekolah agama secara khusus.

Sekalipun demikian, istilah-istilah ini ada kalanya ditukar ganti antara satu maksud dengan maksud yang lain.

Contohnya surau yang turut digunakan bagi merujuk kepada musala dan madrasah.

Keadaan ini tentunya boleh menimbulkan kekeliruan terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hakam sama ada perlu dikerjakan solat Tahiyat Masjid dan sebagainya.

Justeru keadaan ini memerlukan supaya Muslim memahami asal maksud istilah-istilah ini dan tidak keliru sekiranya ia digunakan untuk maksud-maksud lain yang berbeza.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
24 Zulhijah 1444H
13 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    KUMPULAN ‘MADKHALI’

    KUMPULAN ‘MADKHALI’ Mereka tidak mengkafirkan pemerintah Islam, Tidak mengkafirkan sesama saudara Muslim, Tidak menyertai demonstrasi, Tidak terlibat dalam revolusi menjatuhkan pemerintah, Tidak mencela ulama, Tidak menimbulkan fitnah kekacauan. Kerana itu mereka dimusuhi oleh golongan Ikhwani dan dimomokkan dengan istilah ‘Madkhali’ ini. ——————— Syeikh Rabi’ Membongkar Hakikat Gerakan Ikhwan Muslimin: https://www.facebook.com/1588241794/posts/10211289074014462/…

  • |

    MENJAGA NASAB & NAMA KELUARGA

    MENJAGA NASAB & NAMA KELUARGA Syariat Islam mengutamakan NASAB dan memerintahkan supaya ia dipelihara dan dijaga. Ia termasuk dalam lima prinsip Maqasid Syariah, di samping menjaga Agama, nyawa, akal dan harta. Atas sebab ini Syariat Islam mengharamkan zina, dan menganggapnya sebagai perbuatan terkutuk dan tercela. Ini kerana zina antara lain…

  • |

    HALAU ANAK KECIL

    Ada pihak halau anak kecil dari saf depan masjid kerana anggap najis sedangkan jemput penceramah ajar benda syirik khurafat dianggap baik pula. Dr. Idris bin SulaimanKajang08 Zulkaedah 1445H17 Mei 2024https://idrissulaiman.com

  • |

    MATI SYAHID BUKAN ‘MARTYR’

    Perkataan ‘martyr’ dalam bahasa Inggeris merujuk kepada seseorang yang dibunuh atau dipaksa menanggung penderitaan kerana kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang dianutinya. Adapun istilah syahid dalam syariat Islam merujuk kepada orang yang mati di medan perang kerana mempertahankan agama Islam. Kedua-dua istilah ini membawa maksud yang berbeza sama sekali. Oleh…

  • |

    TIDAK TAHU DALIL TIDAK BERMAKNA DALIL TIDAK ADA

    TIDAK TAHU DALIL TIDAK BERMAKNA DALIL TIDAK ADA # Tidak jumpa tidak bererti tidak ada # Kaedah-Kaedah Ilmiah # Kaedah 10 Sering kali dalam perbahasan kita mendapati seseorang itu menjadikan ketidaktahuannya tentang sesebuah dalil sebagai hujah bahawa dalil berkenaan tidak wujud. Sedangkan secara prinsipnya ketidaktahuan tentang sesebuah dalil tidak bererti…

  • |

    MAKSIAT DI ARAB SAUDI?

    MAKSIAT DI ARAB SAUDI? Muslim diperintahkan supaya menjauhi maksiat dan mencegahnya tidak kira di mana jua. Ini kerana maksiat mengundang dosa serta kemurkaan ALLAH ﷻ. Baru-baru ini ada pihak membangkitkan acara-acara maksiat yang berlaku di Arab Saudi lalu mengkritik negara berkenaan serta mempersalahkan para ulamanya. Kita bersetuju bahawa maksiat tetap…