|

MASJID / SURAU / MUSALA / MADRASAH

Boleh dikatakan bahawa masjid dan surau membawa maksud yang sama dari sudut syariat iaitu tempat yang diwakafkan untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan hukum hakam serta adab-adab yang tertentu seperti tuntutan mengerjakan solat Tahiyat Masjid, beriktikaf di samping larangan berjual beli, mengumumkan barang hilang dan sebagainya.

Adapun musala ialah tempat yang dikhaskan untuk solat sama ada di rumah, pasar raya, R&R atau lapangan terbuka bagi solat hari raya dan solat jenazah.

Madrasah pula bermaksud sekolah, atau sekolah agama secara khusus.

Sekalipun demikian, istilah-istilah ini ada kalanya ditukar ganti antara satu maksud dengan maksud yang lain.

Contohnya surau yang turut digunakan bagi merujuk kepada musala dan madrasah.

Keadaan ini tentunya boleh menimbulkan kekeliruan terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hakam sama ada perlu dikerjakan solat Tahiyat Masjid dan sebagainya.

Justeru keadaan ini memerlukan supaya Muslim memahami asal maksud istilah-istilah ini dan tidak keliru sekiranya ia digunakan untuk maksud-maksud lain yang berbeza.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
24 Zulhijah 1444H
13 Julai 2023

Similar Posts

  • |

    ARAB SAUDI BENARKAN JUALAN ARAK?

    Sejak dua menjak ini timbul desas-desas di medsos bahawa negara Arab Saudi akan membenarkan jualan minuman beralkohol. Sejauh mana benar atau tidak, wallahuaklam. Hanya sahaja dikhuatiri desas-desus ini psyop untuk memburukkan negara berkenaan oleh anasir-anasir Syiah dan Ikhwan yang sangat benci negara berkenaan. Kerana apa yang pasti, negara tercinta ini…

  • |

    ZUHUD

    – Pengertian zuhud – Rusuhan bola sepak Muslim dianjurkan supaya berzuhud dengan dunia. Sabda Nabi ﷺ: ازهَدْ في الدُّنيَا يُحِبَّكَ اللهُ، وازهَدْ فِيمَا عِندَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ. “Berzuhudlah di dunia nescaya engkau akan dicintai Allah dan berzuhudlah daripada apa yang dimiliki oleh manusia nescaya mereka akan mencintaimu.” [Hasan. Riwayat Ibnu…

  • |

    TIADA KEBAIKAN KECUALI NABI ﷺ SUDAH AJAR

    Tiada kebaikan dan amal ibadah yang mendekatkan manusia ke syurga melainkan telah diajar oleh Nabi ﷺ, dan tiada keburukan yang membawa manusia ke neraka melainkan baginda ﷺ sudah larang. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: لَيْسَ مِنْ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى ‌الْجَنَّةِ إِلَّا قَدْ ‌أَمَرْتُكُمْ ‌بِهِ، وَلَا عَمَلٌ يُقَرِّبُ إِلَى النَّارِ إِلَّا قَدْ…

  • |

    Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu

    Kata Syeikh Saleh al-Fauzan hafizahullah: “Hari datang silih berganti manakala umur hayat terus berkurang. Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu sedangkan apa yang akan datang tidak diketahui. Sebaliknya apa yang ada ialah waktu yang engkau berada padanya.” Justeru jangan dilepaskan peluang yang ada di tangan. Dr. Idris bin SulaimanKajang05…

  • |

    ‘MAZHAB TIDAK BERMAZHAB’?

    – Allamazhabiyyah – Mazhab Salaf al-Soleh Khatib dalam khutbah Jumaat semalam membuat analogi menyamakan antara golongan liberal sesat dengan golongan yang dinamakan sebagai golongan ‘mazhab tidak bermazhab’ atau Allamazhabiyyah kerana menurutnya kedua-dua modusnya dikatakan menjatuhkan kredibiliti dan autoriti ulama-ulama silam. Tidak dinyatakan siapa golongan Allamazhabiyyah ini secara spesifik. Apa yang…