LEKA BERMAIN PUBG PS5

LEKA BERMAIN PUBG PS5

Sama-sama mengingatkan antara satu sama lain, khususnya buat ibubapa dan golongan muda.

Firman Allah:

فَذَرۡهُمۡ یَخُوضُوا۟ وَیَلۡعَبُوا۟ حَتَّىٰ یُلَـٰقُوا۟ یَوۡمَهُمُ ٱلَّذِی یُوعَدُونَ.

“Oleh itu, biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka.”

Surah al-Ma’arij, 42.

Sabda Rasulullah ﷺ:

لا تزول قدما ابن آدم يوم القيامة من عند ربه حتى يسأل عن خمس عن عمره فيما أفناه وعن شبابه فيما أبلاه وماله من أين اكتسبه وفيما أنفقه وماذا عمل فيما علم.

Maksudnya:

“Tidak akan berganjak kedua-dua kaki anak Adam pada Hari Kiamat kecuali setelah ditanya tentang lima perkara; umurnya bagaimana dia telah menghabiskannya, MASA MUDANYA BAGAIMANA DIA TELAH MELUANGKANNYA, hartanya dari mana dia telah memperolehnya serta bagaimana dia telah membelanjakannya dan apa yang dia telah lakukan dengan ilmu yang diketuainya.”

Hadis sahih. Riwayat Tarmizi.

Usah leka bermain di dunia.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Rabiul Akhir 1442H /13 Disember 2020
Musuh Islam mahu melalaikan Muslimin khususnya anak muda
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • AL JAZEERA – QATAR

    AL JAZEERA – QATAR Saluran berita AL JAZEERA yang berpangkalan di QATAR baru-baru ini membuat laporan memburuk-burukkan Malaysia kononnya tidak berperi kemanusiaan terhadap pendatang asing. https://www.facebook.com/115795798453909/posts/3333853379981452/?vh=e&d=n Tuduhan ini berat dan boleh mencemarkan nama baik negara. Mengapa saluran berita ini bertindak sedemikian? Jika dilihat QATAR, negara ini memang banyak melakukan onar…

  • AMBILLAH PENGAJARAN

    AMBILLAH PENGAJARAN # Agamawan berideologi Ikhwani 1. Matlamat tidak menghalalkan cara Mahu MENEGAKKAN KEADILAN tetapi dengan cara KEZALIMAN menghina, memfitnah, menabur kebencian, menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Umat Islam… Ini semua HARAM. KESALAHAN tidak boleh dibalas dengan KESALAHAN. Buktinya, segala natijahnya menjadi TIDAK BERKAT dan TIDAK KEKAL LAMA. 2. Apa…

  • SYIRIK: RAJA BOMOH & MANDI SAFAR

    SYIRIK: RAJA BOMOH & MANDI SAFAR Hanya Allah ﷻ sahaja yang benar-benar berkuasa di dunia ini dalam menentukan hal-hal kehidupan dan kematian, menurunkan hujan, mengeluarkan tanaman dan menurunkan rezeki. Tiadalah bala bencana seperti gempa bumi, ribut taufan dan banjir datang kecuali dengan ketetapan dan izinNya. Firman Allah ﷻ: “Allah jualah…

  • ZIARAH KUBUR PADA PAGI HARI RAYA

    ZIARAH KUBUR PADA PAGI HARI RAYA Ia adalah sesuatu yang menyalahi Syarak. Kerana hal tersebut dianggap mengadakan ibadah baru dalam Agama (ziarah kubur adalah ibadah yang dianjurkan tanpa mengira waktu) apabila satu ibadah yang tidak ditetapkan waktunya oleh Syarak dikhususkan waktunya dengan dilakukan pada Hari Raya. Tambah lagi ia menyalahi…