|

LARANGAN BERDIRI HORMAT

Syariat Islam melarang perbuatan berdiri hormat untuk orang lain. Muslim ditegah daripada meminta orang lain supaya berdiri hormat, sama ada untuk dirinya atau orang lain. Malah terdapat ancaman keras ke atas mereka yang suka jika orang lain berdiri hormat untuk dirinya.

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَتَمَثَّلَ لَهُ النَّاسُ قِيَامًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار.

“Sesiapa yang suka orang lain berdiri untuknya maka hendaklah dia bersiap sedia untuk mengambil tempatnya di dalam api neraka.”

[Sahih, Riwayat Abu Daud, no. 5229]

Justeru para Sahabat walaupun mereka sangat hormat dan sayang kepada Rasulullah ﷺ tetapi apabila baginda ﷺ masuk ke dalam majlis, mereka akan tetap duduk di tempat masing-masing, mereka tidak akan berdiri hormat untuk baginda ﷺ.

Anas berkata:

لَمْ يَكُنْ شَخْصٌ أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ، وَكَانُوا إِذَا رَأَوْهُ لَمْ يَقُومُوا لِمَا يَعْلَمُونَ مِنْ كَرَاهِيَتِهِ لِذَلِكَ.

“Tiada seorang pun yang lebih mereka cintai daripada Rasulullah ﷺ. Namun, apabila mereka melihat baginda, mereka tidak berdiri untuk baginda kerana mereka tahu baginda tidak menyukai perbuatan itu.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi, no. 2754]

Daripada Allah jua kita memohon taufik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Zulkaedah 1446H
26 Mei 2025
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    AL-TAGHAFUL

    – Buat-buat tak endah al-Taghaful ialah pendekatan buat-buat tak endah, tidak mempedulikan sesuatu kesalahan dalam keadaan tahu dan sedar akan kesalahan itu demi menjaga kehormatan diri serta menyantuni pihak berkenaan. Orang yang buat-buat tak endah itu sedar akan kesalahan yang dilakukan dan dia mampu mengambil tindakan ke atas pesalah itu…

  • |

    YANG SUSAH JADI SENANG

    – Bergantung pada Allah ﷻ Kata Ibnu al-Qayyim: بِاللهِ يَهُونُ كُلّ صَعْبٍ، وَيَسْهَلُ كُلّ عَسِيرٍ، وَيَقْرَبُ كُلّ بَعِيدٍ، وَبِاللهِ تَزُولُ الهُمُوم وَالغُمُوم وَالأَحْزِان، فَلا هَمّ مَعَ اللهِ وَلا غَمّ وَلا حَزَن. “Dengan bergantung pada Allah segala yang susah jadi senang, segala yang payah jadi mudah dan segala yang jauh jadi…

  • KETAWA MENDENGAR KENTUT

    KETAWA MENDENGAR KENTUT # Kentut sebagai gurauan Dari sudut hukum ia membatalkan wuduk, manakala dari sudut budaya ia boleh memberi aib jika berlaku di hadapan khalayak. Dari sudut adab pula, Nabi ﷺ melarang perbuatan mentertawakan orang yang terkentut. Nabi ﷻ bersabda: لِمَ ‌يَضْحَكُ ‌أَحَدُكُمْ مِمَّا يَفْعَلُ. “Mengapakah ada yang mentertawakan…

  • KEMULIAAN MUSLIM & BUDAYA LUCAH

      Kehidupan Muslim yang sebenar dan kebahagiaan mereka yang kekal ialah apabila agama Islam dimartabatkan manakala Muslim saling membantu antara satu sama lain untuk memenangkan agama Allah ﷻ ini. Firman Allah ﷻ: “Sesiapa yang beramal soleh sama ada lelaki atau perempuan dalam keadaan dia beriman maka sesungguhnya Kami akan memberikannya…

  • |

    SIBUK TANYA “DARI MANA? PERGI MANA?”

    Imam Bukhari meriwayatkan daripada Mujahid, katanya: يُكْرَهُ ‌أَنْ ‌يُحِدَّ ‌الرَّجُلُ النَّظَرَ إِلَى أَخِيهِ أَوْ يُتْبِعَهُ بَصَرَهُ إِذَا قَامَ، أَوْ يَسْأَلَهُ مِنْ أَيْنَ جِئْتَ وَأَيْنَ ذَهَبْتَ. “Makruh jika seseorang itu merenung orang lain, memerhatinya apabila dia bangun, bertanya kepadanya dari mana dan pergi mana?” [al-Adab al-Mufrad, no. 771] 4 perkara yang…

  • | |

    KEMUNCAK ZIKIR SECARA KUAT & BERAMAI-RAMAI

    KEMUNCAK ZIKIR SECARA KUAT & BERAMAI-RAMAI Adakah ini ISLAM? Tidak sama sekali. Zikir menuntut kepada ketenangan, khusyuk, tawaduk, bersendirian, berzikir secara perlahan dengan tadabur dan muhasabah. Cara zikir seperti dalam video-video ini bertentangan sama sekali. Antara hikmah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), cara zikir mengikut Sunah Nabi dapat dihidupkan. Semoga kita…