| | |

KUBURIYYUN

Golongan penyembah kubur atas nama Islam.

Dibuat binaan atas kubur kemudian kubur itu dijadikan sebagai tempat ibadah memuja si mati meminta tolong daripadanya atas nama tawassul dan syafaat.

Inilah amalan syirik di kubur yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah sejak dahulu sampai hari ini.

Dukacitanya sebahagian kaum Muslimin pun terjebak dalam amalan-amalan serupa tanpa sedar bahawa ia boleh membatalkan kalimah syahadah mereka.

Dapat dilihat bagaimana kubur dikeramatkan dengan ditinggikan binaannya dengan dinding dan atap sedangkan ia dilarang oleh Agama.

Dalam hadis Jabir, katanya:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ ‌يُجَصَّصَ ‌الْقَبْرُ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ.

“Rasulullah ﷺ melarang perbuatan menyimen kubur, membuat binaan atasnya dan duduk di atasnya.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Sebetulnya tanah kubur perlu diratakan tanpa sebarang binaan atau hiasan di atasnya.

Memadai diletakkan sebuah batu sebagai tanda ia kubur agar tiada sesiapa yang duduk atau melangkah atasnya.

Justeru menziarahi kubur dianjurkan untuk melunakkan hati serta mengingatkan diri akan hari kematian dan Hari Akhirat tetapi jangan lebih daripada itu.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Safar 1445H
23 Ogos 2023

Similar Posts

  • |

    BAHAYA UJUB

    Ujub berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud angkuh, ego dan kagum dengan diri sendiri. Orang yang ujub melihat dirinya memiliki sesuatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Sifat mazmumah ini haram bahkan dosa besar. Kerana itu Nabi ﷺ memberi ancaman akan bahaya sifat ini. Sabda Nabi ﷺ: ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ…

  • ASWAJA

    Mereka tolak Allah ﷻ di atas langit kerana akal mereka tidak dapat terima, tetapi percaya guru mereka boleh bertemu Rasulullah ﷺ secara Yaqazah (dalam keadaan jaga, bukan mimpi), tidak mustahil menurut akal, kata mereka. Ini bahana mendahulukan akal atas wahyu. Berikut dalil-dalil Al-Quran dan hadis bahawa Allah ﷻ di atas…

  • | |

    KHAWARIJ AL-QAIDIYYAH

    Salah satu cabang kumpulan Khawarij yang bergerak menghasut pemikiran masyarakat Muslim supaya membenci pemerintah negara, menolak dan melawannya. Mengkritik untuk menjatuhkan, tidak pernah mahu membina. Jauh daripada sikap sabar dan bersyukur. Kumpulan perosak, gunting dalam lipatan kaum Muslimin. Semoga Allah ﷻ pelihara kita dan anak-anak kita daripada pemikiran Khawarij yang…

  • | |

    JAWAPAN KEPADA USTAZ ENGKU AHMAD FADZIL

    – 3 Hadis Boleh Minta Tolong Orang Mati Beberapa hari yang lalu Ustaz Engku Ahmad Fadzil mengejutkan ramai orang apabila mendakwa bahawa Muslim boleh ‘istianah’ meminta tolong dengan makhluk termasuklah dengan orang-orang yang sudah meninggal dunia. Beliau menegaskan “Yang sabit dalam hadis Nabi ﷺ adalah dia itu boleh mendoakan. Jadi…

  • | |

    BIDAAH PROGRAM ZIARAH KUBUR

    Syariat mengharuskan ziarah kubur untuk mengingatkan kematian dan hari akhirat sebagaimana sabda Nabi ﷺ: كُنْتُ ‌نَهَيْتُكُمْ ‌عَنْ زِيَارَةِ القُبُورِ فَزُورُوهَا فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الآخِرَةَ. “Sesungguhnya dahulu aku melarang kalian daripada menziarahi kubur, maka ziarahilah ia kerana ia mengingatkan kalian kepada akhirat.” [Sahih, riwayat Tirmizi, no. 1054] Walau bagaimanapun, terdapat larangan bermusafir…

  • |

    KHURAFAT HABIB & KORONAVIRUS

    KHURAFAT HABIB & KORONAVIRUS Seorang habib terkenal yang pernah datang membuat konsert di Malaysia, HABIB SYECH BIN ABDUL QADIR AS-SEGAF menjelaskan bahawa beliau tahu bagaimana menghilangkan penyakit KORONAVIRUS (Covid-19). Ini berdasarkan perbualan beliau dengan penyakit KORONAVIRUS itu sendiri! Perbualan antara beliau dengan penyakit KORONAVIRUS telah berlangsung melalui aplikasi WHATSAPP! Sangat…