KETAWA MENDENGAR KENTUT

KETAWA MENDENGAR KENTUT

# Kentut sebagai gurauan

Dari sudut hukum ia membatalkan wuduk, manakala dari sudut budaya ia boleh memberi aib jika berlaku di hadapan khalayak.

Dari sudut adab pula, Nabi ﷺ melarang perbuatan mentertawakan orang yang terkentut.

Nabi ﷻ bersabda:

لِمَ ‌يَضْحَكُ ‌أَحَدُكُمْ مِمَّا يَفْعَلُ.

“Mengapakah ada yang mentertawakan sesuatu yang dia sendiri lakukan?”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Daripada Jabir bin Abdullah RA, katanya:

أنَّ النَّبِيَّ ﷺ نَهَى ‌عَنِ ‌الضَّحِكِ مِنَ الضَّرْطَةِ.

“Sesungguhnya Nabi ﷺ melarang perbuatan tertawa kerana kentut.”

[Sahih. Riwayat at-Tabarawi dalam al-Awsat]

Berkata an-Nawawi:

فِيهِ ‌النَّهْيُ ‌عَنِ ‌الضَّحِكِ مِنَ الضَّرْطَةِ يَسْمَعُهَا مِنْ غَيْرِهِ بَلْ يَنْبَغِي أَنْ يَتَغَافَلَ عَنْهَا وَيَسْتَمِرَّ عَلَى حَدِيثِهِ وَاشْتِغَالِهِ بِمَا كَانَ فِيهِ مِنْ غَيْرِ الْتِفَاتٍ وَلَا غَيْرِهِ وَيُظْهِرُ أَنَّهُ لَمْ يَسْمَعْ.

“Di dalamnya terdapat larangan ketawa apabila mendengar orang lain kentut. Sebaliknya hendaklah dia bertindak seolah-olah dia tidak mendengarnya, meneruskan perbualannya atau urusan yang sedang dilakukannya tanpa memberi sebarang reaksi dan hendaklah dia menzahirkan seperti dia tidak mendengarnya.”

[Syarah Sahih Muslim, 17/188]

BUDAYA JAHILIAH

Mentertawakan kentut adalah budaya zaman jahiliah.

Berkata al-Mubarakfuri:

‌وَكَانُوا ‌فِي ‌الْجَاهِلِيَّةِ ‌إِذَا ‌وَقَعَ ‌ذَلِكَ ‌مِنْ ‌أَحَدٍ ‌مِنْهُمْ ‌فِي ‌مَجْلِسٍ ‌يَضْحَكُونَ ‌فَنَهَاهُمْ ‌عَنْ ‌ذَلِكَ.

“Mereka pada masa jahiliah akan mentertawakan sesiapa yang kentut dalam majlis mereka sehinggalah Nabi ﷺ melarang mereka daripada berbuat demikian.”

[Tuhfat al-Ahwadhi, 9/189]

CATATAN

Kini ia menjadi trend di negara Barat sehingga dicipta alat khas yang mengeluarkan bunyi kentut untuk dijadikan sebagai bahan gurauan.

Keruntuhan moral?

Idris bin Sulaiman
Kajang
Kemerdekaan sebenar ialah daripada belenggu syirik
20 Muharram 1443H /
30 Ogos 2021

Similar Posts

  • ZIKIR MENGINGATI ALLAH ﷻ

    ZIKIR MENGINGATI ALLAH ﷻ 1. LA ILAHA ILLA ALLAH / لا إله إلا الله Nama: Kalimah Tauhid Makna: Tiada Sembahan Kecuali Allah Bila Sesuai Disebut: Sebaik-baik zikir. Hendaklah lidah sentiasa basah menyebutnya. 2. SUBHANALLAH / سبحان الله Nama: Tasbih / تسبيح Makna: Maha Suci Allah Bila Sesuai Disebut: Apabila melihat…

  • SEMANGAT TOLERANSI DENGAN KEKUFURAN

    SEMANGAT TOLERANSI DENGAN KEKUFURAN ‘MENGUCAPKAN MERRY CHRISTMAS’ Sebahagian mahu umat ISLAM bersikap toleransi, memaafkan, membiarkan, jangan ditegur dan jangan dilarang perkara-perkara maksiat dan mungkar. Kita perlu menzahirkan keterbukaan kita, kata mereka. Atas sikap penerimaan, kebersamaan dan kesatuan. Jangan terlalu keras, syadid, jumud, sempit fikiran, segala apa semua tidak boleh. Haram,…

  • “KENAPA MALU SANGAT?”

    “KENAPA MALU SANGAT?” # Pentingnya rasa malu Barangkali kita biasa dengar soalan seperti ini. Tahukah anda bahawa Nabi ﷺ pernah menegur seorang lelaki yang berkata sedemikian kepada saudaranya? Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Omar radiallahuanhu, bahawasanya Nabi ﷺ melewati seorang lelaki yang sedang menegur saudaranya kerana sifat malunya….

  • ‘WAHN’ vs WUHAN

    ‘WAHN’ vs WUHAN Antara dua saranan: 1. SARANAN MENGELAK JANGKITAN KORONAVIRUS Elakkan berjabat tangan. 2. SARANAN MENGELAK AZAB API NERAKA Elakkan berjabat tangan dengan wanita bukan mahram. RENUNGAN: Antara dua saranan ini yang manakah yang lebih penting dan lebih bahaya? Jangan terkejut sekiranya KEBANYAKAN ORANG memilih SARANAN PERTAMA. Sedangkan Nabi…

  • SAHABAT NABI ﷺ

    SAHABAT NABI ﷺ Sesudah Al-Quran dan hadis, para Sahabat Nabi ﷺ merupakan rujukan dalam segala ilmu Islam, kebaikan dan petunjuk. Mereka adalah sebaik-baik umat ini. Generasi yang paling tinggi ilmu agamanya, paling faham Al-Quran serta perkataan, perbuatan serta perakuan Nabi ﷺ. Ini kerana mereka adalah satu-satunya generasi manusia yang telah…