‘KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN’?

‘KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN’?

Mungkin kita pernah mendengar seseorang menukilkan hadis dengan lafaz:

النَّظَافَةُ مِنَ الإيمَانِ

“Kebersihan sebahagian daripada iman”

Sekalipun maknanya sahih tetapi ia HADIS LEMAH.

Maka hadis ini TIDAK SABIT DARIPADA NABI.

Ungkapan ini masyhur, sering diucapkan dan dinisbahkan sebagai hadis.

Perlu ditegaskan bahawa BUKAN semua ungkapan MASYHUR dalam masyarakat yang dinisbahkan kepada NABI adalah SAHIH.

Sekalipun MASYHUR tetapi itu BUKAN JAMINAN bahawa ia HADIS SAHIH.

HADIS-HADIS LEMAH / PALSU DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Berikut adalah sebahagian kecil ungkapan-ungkapan MASYHUR dalam masyarakat yang DIANGGAP sebagai HADIS sedangkan ia BUKAN HADIS SAHIH:

اخْتِلَافُ أمَّتِي رَحْمَةٌ

“Perselisihan umatku adalah rahmat”

– HADIS PALSU.

حُبُّ الوَطَنِ مِن الإيمَانِ

“Cinta negara sebahagian daripada iman”

– HADIS PALSU.
جَنِّبُوا مَسَاجِدَكُمْ صِبْيَانَكُمْ

“Jauhkan anak-anak kamu daripada masjid-masjid kamu”

– HADIS LEMAH.

اطْلُبُوا العِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ

“Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke China”

– HADIS PALSU.

رَجَعْنَا مِن الجِهَادِ الأصْغَرِ إلَى الجِهَادِ الأكْبَر

“Kami pulang daripada jihad kecil ke jihad besar”

– HADIS PALSU. Sering diguna pakai jemaah SUFI dan TABLIGH.

ANACAMAN BERDUSTA ATAS NAMA NABI

Dalam hadis Nabi bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta sekiranya dia menyampaikan segala apa yang dia dengar.”

Riwayat Muslim.

Dalam hadis lain, Nabi bersabda:

مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ، فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ
Maksudnya:

“Barang siapa menyatakan sebuah hadis tentangku yang dia melihatnya sebagai DUSTA maka dia termasuk dalam kalangan para PENDUSTA.”

Kata Ibnu Hibban:

“TERMASUKLAH mereka yang meriwayatkan hadis dalam keadaan DIA TIDAK PASTI HADIS ITU SAHIH ATAU TIDAK.”

Dia dikira berdusta kerana menisbahkannya kepada NABI dan menganggapnya sebagai HADIS walhal dia tidak pasti.

Jika dia tahu hadisnya DAIF apatah lagi jika PALSU maka ITU LEBIH BERAT.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Safar 1441H / 14 Oktober 2019
Cuaca cerah sedikit panas

Similar Posts

  • HADIS SAHIH SYÍAĤ

    HADIS SAHIH SYÍAĤ Berbeza dengan Ahli Sunah, golongan Syĩaħ mempunyai kaedah mereka yang tersendiri bagi menentukan sama ada sesebuah hadis itu sahih atau tidak. Syĩaħ membahagikan hadis kepada sahih, dipercayai (muwath’thaq), lemah (daif) serta tertolak (mardud) atau palsu (makdhub). Bagi Syĩaħ hadis sahih ialah apa yang datang daripada riwayat Ahlul…

  • PERDAGANGAN AGAMA

    PERDAGANGAN AGAMA # Air Mineral dijampi dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran? Sekalipun para ulama sepakat mengharuskan ruqyah, doa perlindungan melalui bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tetapi adakah wajar air ruqyah diperluaskan, dikomersialkan dan dikeluarkan secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak mutakhir ini? Tidak dan tidak sama sekali. Bukan sahaja…

  • COVID-19 PELUANG UNTUK RESET EKONOMI?

    Kata Perdana Menteri Kanada: “Pandemik ini telah membuka satu peluang untuk ‘RESET’. Ini adalah peluang bagi kita mempercepatkan usaha-usaha sebelum ini untuk mengimaginasikan semula sistem-sistem ekonomi bagi menghadapi cabaran-cabaran global seperti kemiskinan melampau, ketaksamaan dan perubahan iklim”. Apa maksud beliau ‘RESET EKONOMI’? Adakah maksudnya negara-negara semua kembali miskin? Kerana nampak…

  • SIMBOL CAPAL

    SIMBOL CAPAL Sejak kebelakangan ini masyarakat Islam dalam negara diperkenalkan dengan SIMBOL CAPAL – simbol selipar yang merujuk kepada selipar Nabi sallalahu alaihi wasallam. SIMBOL ini bertujuan untuk menzahirkan rasa CINTA NABI. Persoalan di sini, sejauh mana SIMBOL CAPAL ini selari dengan SYARIAT dan adakah ia benar-benar boleh dijadikan sebagai…

  • MENGUTUK SERANGAN KE ATAS ARAB SAUDI

    MENGUTUK SERANGAN KE ATAS ARAB SAUDI Sewajarnya dunia umat Islam mengutuk serangan ke atas ARAB SAUDI yang berlaku baru-baru ini sebagai tanda solidariti ikatan ukhuwah sesama negara MUSLIM. Siapa lagi yang patut tampil ke hadapan memberi sokongan dan bantuan kepada negara MUSLIM seperti ARAB SAUDI jika bukan negara-negara MUSLIM lain…