KEBENARAN TIDAK DIUKUR DENGAN ORANG

KEBENARAN TIDAK DIUKUR DENGAN ORANG

#Kaedah-Kaedah Ilmiah (5)

الحَقُّ لا يُعْرَفُ بِالرِّجَالِ وَإنَّمَا الرِّجَالُ يُعْرَفُونَ بِالحَقِّ.

Kebenaran tidak diukur dengan mana-mana individu. Sebaliknya seseorang itu diukur dengan kebenaran.

“The truth is not known by men, rather men are known by the truth”.

Kebenaran ialah apa yang menepati dalil tanpa mengira berapa ramai yang menerimanya atau menolaknya.

Hanya kerana sesuatu itu diterima atau ditolak oleh orang-orang tertentu, sedikit atau ramai, ia bukan dalil tanda kebenaran atau kebatilannya.

Maka setiap pendapat perlu kepada dalil yang menyokongnya dan kenyataan seseorang itu bukanlah dalil melainkan sabda Nabi ﷺ.

Tiada sesiapa daripada kalangan ulama muktabar yang menyelisihi Sunah Nabi ﷺ dengan sengaja. Mereka semua menegaskan kewajipan ittiba’ mengikuti Sunah Nabi ﷺ.

Justeru sekiranya terdapat pendapat tokoh yang bertentangan dengan as-Sunah maka as-Sunah perlu sentiasa didahulukan manakala pendapat tokoh itu diketepikan secara hormat dan diberi keuzuran.

Tiada sesiapa yang maksum kecuali Nabi ﷺ.

#Kaedah 1
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221735747254764&id=1588241794

#Kaedah 2
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221736159945081&id=1588241794

#Kaedah 3
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221749875487961&id=1588241794

#Kaedah 4
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221754700368580&id=1588241794

# al-Mausu’ah al-Aqadiyyah ad-Durar as-Saniyyah

Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Rejab 1442H /
03 Mac 2021

Similar Posts

  • Air Ruqyah vs Air Yasin

    Air Ruqyah vs Air Yasin Tegahan Mengkhususkan Malam Jumaat / Siangnya dengan Ibadah-Ibadah tertentu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أن رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال “لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي وَلا تَخْتَصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومهُ أحدكُم” Daripada Abu…

  • IKUT FAHAM SAHABAT NABI ﷺ

    IKUT FAHAM SAHABAT NABI ﷺ -Bukan faham tok guru-Kesesatan mereka yang menyalahi fahaman Sahabat Firman Allah ﷻ: “Dan sesiapa yang menyalahi Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk dan dia pula mengikut jalan SELAIN DARI JALAN ORANG-ORANG BERIMAN maka Kami akan palingkan dia ke arah jalan yang dipilihnya, dan Kami…

  • BERTENANG JANGAN RESAH

    BERTENANG JANGAN RESAH Banyakkan ZIKIR, sentiasa ingat ALLAH. Ucapkan: حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلِ (Hasbunallah Wa Ni’ma al-Wakil) “Cukup bagi kita ALLAH dan DIA lah sebaik-baik tempat bergantung.” Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH jiwa akan merasa TENANG. Idris bin Sulaiman Kajang 27 Rejab 1441H / 22 Mac 2020 https://www.facebook.com/idrissulaiman

  • HARAMNYA DEMONSTRASI

    HARAMNYA DEMONSTRASI Demonstrasi adalah haram di sisi para ulama yang tidak terpengaruh dengan fahaman haraki Ikhwan Muslimin (IM). IM merupakan gerakan yang banyak bersekongkol dengan musuh-musuh Islam yang berselindung. Antara sebab haramnya demonstrasi ialah: 1. Menzahirkan nasihat kepada pemerintah sedangkan cara sedemikian dilarang Agama. Sabda Nabi ﷺ: من أراد أن…