JIHAD DI PALESTIN

JIHAD DI PALESTIN

Bertahun sudah topik ni dipolimikkan oleh sesetengah kelompok untuk tujuan-tujuan tertentu di samping untuk nampak ‘hero’ kononnya mereka pejuang Agama serta prihatin terhadap keadaan Umat Islam di sana.

Musykil. Dari satu sudut, jika ada yang mahu berjihad di sana, dia akan terpalit dengan kumpulan-kumpulan seperti Al-Qaedah, ISIS, gerakan-gerakan jihadi, dan barangkali akan dituduh sebagai pelampau atau teroris.

Dari sudut lain pula, jika mengatakan tiada jihad di Palestin, akan ada pula tuduhan mengatakan ini Ustaz Wahabi tali barut Yahudi, Amerika, sesat dan sebagainya.

Lihat bagaimana mereka mengelirukan Umat Islam dan mempermainkan emosi serta perasaan mereka.

Sebagaimana dijelaskan oleh para Ulama Salafi zaman berzaman, jihad adalah ibadah dan juga tuntutan Syarak. Dalam masa yang sama, seperti mana-mana ibadah, jihad mempunyai syarat-syarat, batasan-batasan dan juga garis-garis panduannya.

Bukan semberono dengan hanya berbekalkan semangat kosong, laungan takbir dan lastik di tangan!

Semestinya perlu ada persediaan dari sudut ketenteraan dan persenjataan bertepatan dengan firman Allah:

“Dan SEDIAKANLAH untuk menentang mereka (musuh) SEGALA JENIS KEKUATAN yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, UNTUK MENGGERUNKAN dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu.”

Surah Al-Anfaal: ayat 60

Jika hal ini sudah jelas, dapat kita simpulkan bahawa laungan jihad perlu datang daripada pemerintah. BUKAN di bawah PANJI BUTA tanpa ada penglima dan bala tentera tersusun dan terlatih.

Selagi itu, Umat Islam perlu bersabar dan fokus kepada asas kekuatan mereka iaitu Akidah. Perlu dipastikan kemurniannya di atas landasan TAUHID, bebas daripada sebarang unsur syirik, kufur dan fahaman khurafat.

Apa gunanya berjihad jika badan penuh dengan tangkal azimat syirik, melaungkan ucapan syirik meminta bantuan di alam ghaib daripada selain Allah sebagaimana ucapan: “Madad madad ya Hussain!” (Bantuan-bantuan, wahai Hussain!) dan sebagainya…

Apabila Umat Islam kembali kepada Agama Islam yang murni, berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah mengikut kefahaman para Sahabat, ketika itulah Umat Islam akan mendapat kekuatan, kemuliaan serta bantuan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sebagaimana firman Allah:

“Wahai orang-orang beriman, jika kamu tegakkan Agama Allah nescaya Allah akan memberikan kemenangan ke atas kamu.”

Surah Muhammad, ayat 7

Buat para pedagang darah dan maruah Umat Islam Palestin, yang mencari ‘mileage’ keuntungan membuat kutipan-kutipan derma yang entah ke mana kesudahannya, yang bergegar-gegar melaungkan jihad Palestin, bilakah anda mahu ke Palestin berjihad? Atau sekadar retorik?

Awas dengan kaum AHBASY pengkafir ulama, Syiah berbaju Sunni yang turut sama mahu mencari nama atas keperitan Umat Islam Palestin.

Wallahul musta’an

Similar Posts