JAWAPAN KE-2 TERHADAP PENULIS YANG TIDAK DIKENALI YANG MENGKRITIK BUKU PILIHAN RAYA MALAYSIA KARANGAN USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN, USTAZ DR FADLAN BIN MOHD OTHMAN & DATO DR. FATHUL BARI BIN MAT JAHYA

JAWAPAN KE-2 TERHADAP PENULIS YANG TIDAK DIKENALI YANG MENGKRITIK BUKU PILIHAN RAYA MALAYSIA KARANGAN USTAZ IDRIS BIN SULAIMAN, USTAZ DR FADLAN BIN MOHD OTHMAN & DATO DR. FATHUL BARI BIN MAT JAHYA
.
Oleh Ustaz Idris bin Sulaiman
.
.
Berikut adalah jawapan saya ke atas kritikan ke-2 terhadap buku kami yang berjudul Pilihan Raya Malaysia oleh penulis yang tidak dikenali. Kritikan ini disampaikan oleh seorang sahabat melalui WhatsApp.
.
Apa yang saya faham ialah bahawa penulis yang tidak diketahui namanya ini adalah penulis yang sama yang menulis kritikan yang pertama. Saya telah paparkan jawapan saya di facebook pada 1 April 2018.
.
Kata pengkritik: Terima Kasih buat Al-Fadil Ustaz Idris hadahullah kerana sudi menjawab kritikan umum terhadap buku beliau.
.
Jawapan saya: Mengikut kefahaman saya, ungkapan ‘hadahullah’ kebiasaannya digunakan oleh para ulama dalam ucapan dan tulisan mereka apabila menyebut nama seseorang yang dianggap sesat atau menyeleweng. Kerana itu selepas disebut namanya, mereka tambah ucapan ‘hadahullah’ yang bermaksud, “semoga Allah memberi hidayah kepadanya.”
.
Berdasarkan kefahaman ini, saya melihat gelaran ‘Al-Fadil’ yang diletakkan sebelum nama saya seolah-olah tidak kena pada tempatnya. Al-Fadil membawa maksud orang yang baik, yang diberi keutamaan, yang ada kelebihan dan seumpamanya. Ia bercanggah dengan maksud ‘hadahullah’ yang seperti yang telah dijelaskan, kebiasaannya diucapkan kepada orang yang sesat atau menyeleweng.
.
Oleh itu, saya syorkan buat penulis yang tidak diketahui namanya, supaya memilih salah satu daripada dua ungkapan ini, sama ada yang di hadapan ataupun yang di belakang nama, jangan dihimpunkan kedua-duanya kerana ia membawa maksud yang bertentangan. Apa pun pilihan saudara, terpulang kepada saudara. Sekadar mahu membetulkan penggunaan ungkapan-ungkapan ini.
.

Kata pengkritik: “1- Pertama sekali mengapa saya sengaja tidak meletakkan nama saya kerana saya hanya mahu mengelakkan nama saya dipalit dengan perbuatan Cybertroopers Kerajaan yang selalunya akan menukil dan membawa kalam Ustaz untuk mengkhawarijkan sesiapa sahaja yang mereka tidak setuju, sudah diketahui antara pandangan Ustaz bahawa Cybertroopers yang dilantik oleh Kerajaan tidak boleh dikritik, jika dikritik maka mereka dikira mengkritik “Kerajaan”.
.
Jawapan saya: Sekiranya saudara yakin di atas kebenaran, bukan seorang yang membawa ideologi sesat Khawarij, mengapa saudara perlu takut? Kritikan dan barangkali tuduhan-tuduhan adalah lumrah. Apa yang penting ialah kedudukan kita, sama ada di pihak yang benar ataupun tidak.
.
Walau bagaimanapun, sama-sama kita nilai kedudukan saudara dalam tulisan ini.
.
Kata pengkritik: “Sudah diketahui antara pandangan Ustaz bahawa Cybertroopers yang dilantik oleh Kerajaan tidak boleh dikritik, jika dikritik maka mereka dikira mengkritik “Kerajaan”.
.
Jawapan saya: Saya tidak tahu daripada mana saudara membuat kesimpulan ini. Apa yang dapat saya katakan ialah bahawa ia tidak tepat.
.
Sesiapa sahaja boleh dikritik kerana setiap manusia itu tidak lari daripada kesalahan, dan Agama itu ialah nasihat. Kritikan yang membina, tegur-menegur dan nasihat-menasihati dituntut oleh Agama. Cuma apa yang perlu dipastikan ialah CARANYA. Hendaklah kita menggunakan cara dan saluran yang betul.
.
Fahami hal ini kerana antara penyimpangan golongan Khawarij ialah kegagalan mereka memahami cara yang betul untuk menasihati pemerintah. Maka kritikan dan teguran ada caranya yang perlu diberi perhatian.
.
.

Kata pengkritik: “2- Juga perlu diperbetulkan konsep Isnad (mengetahui kesahihan sanad) adalah apabila khabar atau maklumat itu tidak diketahui sama ada benar atau dusta, atau ia melibatkan hadith-hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang berkaitan akidah, hukum hakam dan syariat secara umum dan Ahli Ilmu berbeza metodologi dalam mempraktikkan penilaian Isnad dalam setiap lapangan Ilmu yang berbeza, dalam mengkritik secara umum sesuatu Buku yang sudah tersebar maka tidaklah penting diketahui siapa yang menulisnya yang penting adalah apa isi kandungannya dan kritikannya.
.
Jawapan saya: Tak perlu saya membuang masa menjelaskan peri-pentingnya sanad dalam menilai suatu khabar atau maklumat, kerana ia maklum dan jelas.
.
Apakah saudara ingin mengatakan bahawa kritikan seorang ulama rabbani SAMA seperti kritikan seorang ahli bidaah, yang penting isi kandungan kritikannya? TIDAK SAMA sekali.
.
Kritikan para ulama rabbani akan diberi perhatian yang sewajarnya, dikaji dan didalami setiap patah perkataannya dalam kritikannya supaya mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dengan betul dan tindakan yang perlu dapat diambil.
.
Adapun kritikan ahli bidaah dan pengikut hawa nafsu, lazimnya ia berasaskan kepada tujuan dan maklumat yang salah, atas dasar hasad dengki, iri hati, menyeru pihak yang dikritiknya kepada fahaman bidaahnya dan seumpamanya. Justeru, kita mendapati para ulama tidak memberi perhatian kepada pendapat dan pandangan ahli bidaah terhadap karya mereka. Masakan ketam dapat mengajar anaknya berjalan lurus.
.
Maka saya masih berkira-kira tentang saudara berada dalam kelompok mana; yang pertama atau yang kedua. Setakat ini, ibarat ungkapan Inggeris, “I give you the benefit of the doubt.”
.

Kata pengkritik: “Jika mahu tanyakan Isnad juga, saya juga mahukan Al-Fadhil Ustaz Idris bawakan (sanad dan matan) yang sahih penisbatan fatwa salah seorang Ulama Salafi yang “mewajibkan” mengundi parti tertentu dalam pilihanraya.”
.
Jawapan saya: Saya tidak nampak ia relevan. Saya tidak pernah mendakwa ada fatwa sedemikian sampai perlu untuk saya kemukakan sanad dan matannya. Sebaliknya saudara yang ada mendakwa ini dan itu, tanpa menamakan sumbernya. Saya agak kecewa dengan penghujahan saudara ini.
.
Kata pengkritik: “3- Banyak tulisan atau Kitab Bantahan yang ditulis oleh Ulama tetapi mereka menggunakan nama samaran atau nama pena bertujuan untuk menjaga privasi mereka atau keselamatan diri mereka contohnya Kitab Bazlul Majhud fi Ithbat Musyabahatil Rafidhah bil Yahud karya Abdullah Al-Jumaili ( yang sampai sekarang tidak dikenali siapakah penulisanya namun Para Ulama memuji dan menasihati penuntut Ilmu merujuk dan membaca Kitab tersebut)”
.
Jawapan saya: Sudah saya berikan jawapan di atas.
.
Saya kira keselamatan saudara tidaklah sampai diancam mana-mana pihak. Jika ada, laporlah kepada pihak berwajib.
.
.
Kata pengkritik: “4- Juga dimaklumi akhlak pengikut-pengikut Ustaz di media sosial terutamanya di kalangan Cybertroopers kerajaan yang kuat memfitnah, menghina, mengintip-intip, dan mengaibkan orang lain serta pelbagai perbuatan lain yang tak diizinkan Syariat. Apabila mereka ini dinasihati, mereka akan menjadikan Kalam Ustaz dan Buku Ustaz sebagai dalil yang menghalalkan perbuatan mereka. Bagi saya juga melihat Ustaz turut sama ada saham dalam membiarkan mereka bertindak liar dan angkuh dalam menuduh orang lain lebih-lebih lagi Asatizah Sunnah yang lain dengan tuduhan Khawarij dan lain-lain tuduhan yang tidak sepatutnya.”
.
Jawapan saya: Ini tuduhan berat yang tidak wajar. Mengapa saudara menuduh mereka pengikut saya? Yang pasti, saya hanya pendakwah bebas. Saya tidak mempunyai pengikut. Jika ada, itu tanpa pengetahuan saya. Saya tiada apa-apa kuasa, dan tidak memberi apa-apa arahan kepada sesiapa pun. Ia hanya andaian saudara yang saya kira – sekali lagi – satu sangkaan buruk terhadap saya.
.
Kata pengkritik: “Apabila mereka ini dinasihati, mereka akan menjadikan Kalam Ustaz dan Buku Ustaz sebagai dalil yang menghalalkan perbuatan mereka.”
.
Jawapan saya: Maaf jika saya rekodkan ini sebagai dakwaan bohong saudara terhadap saya.
.
Tunjukkan di mana kalam saya membenarkan ‘perbuatan memfitnah, menghina, mengintip-intip dan mengaibkan orang lain serta pelbagai perbuatan lain yang tak diizinkan Syariat’?
.
Tunjukkan di mana dalam buku Pilihan Raya Malaysia (jika Buku ini yang saudara maksudkan) membenarkan perbuatan-perbuatan di atas?
.
Izinkan saya catatkan ini sebagai pembohongan dan pendustaan keji saudara terhadap saya yang saudara perlu tarik balik.
.
Kata pengkritik: “Bagi saya juga melihat Ustaz turut sama ada saham dalam membiarkan mereka bertindak liar dan angkuh dalam menuduh orang lain lebih-lebih lagi Asatizah Sunnah yang lain dengan tuduhan Khawarij dan lain-lain tuduhan yang tidak sepatutnya.”
.
Jawapan saya: Nampaknya saudara bermudah-mudah menuduh ini dan itu.
.
Apa maksud saudara ‘membiarkan mereka bertindak liar dan angkuh’? Apakah saudara mengira cybertrooper kerajaan adalah di bawah belaan dan arahan saya? Subhanallah. Saudara sudah melampau.
.
Izinkan saya catatkan ini sebagai pembohongan saudara yang kedua dalam tulisan ini.
.
.
Kata pengkritik: “5- Saya tidak menafikan keilmuwan mereka yang disebutkan oleh Ustaz di atas dan perlu diingat Kebenaran itu tidak sesekali boleh dilihat dan diukur berdasarkan usia mahupun ketokohan tokoh tetapi kebenaran itu di atas dalil Al-Quran dan Al-Sunnah serta apa yang ditunjukkan oleh Manhaj Salaf. Saya rasa Ustaz tahu akan hal ini kerana Ustaz sering mengajar hal ini dalam kuliah-kuliah Ustaz. Sebagaimana perkataan:

الحق لا يعرف بالرجال ولكن الرجال هم الذين يعرفون بالحق

” Kebenaran itu tidak diketahui dengan Tokoh-Tokoh akan tetapi Tokoh-tokoh itu dikenali dengan Kebenaran ”
.
Jawapan saya: Ayat saudara agak tunggang-langgang untuk difahami.
.
Walau apa pun, saya melihat tiada poin yang relevan di sini. Saya tidak pernah mendakwa bahawa kebenaran itu diketahui dengan tokoh-tokoh.
.
Saudara terburu-buru mungkin dalam membuat kesimpulan.
.
.
Kata pengkritik: “6- Berkenaan dengan isu ejaan Piliharaya, saya yakin ia tidaklah memudaratkan apa yang nak saya sampaikan sepertimana Firaun yang mengejek Nabi Musa alaihissalam:
.
أم أنا خير من هذا الذي هو مهين ولا يكاد يبين
.
‏’Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya [ Al-Zukhruf:52 ]”
.
Jawapan saya: Subhanallah. Ini pun saudara nak dijadikan sebagai isu sampai membawakan dalil. Saudara seakan-akan melatah dalam perkara ini. Walhal, saya hanya membetulkan ejaan tulisan saudara. Ucapan terima kasih daripada saudara sudah memadai, sekalipun saya tidak mengharapkannya.
.
.

Kata pengkritik: “6- Walaupun saya tahu Ustaz juga ada kesalahan ejaan dalam Buku tersebut, namun saya masih bersangka baik ia mungkin hanya kesalahan teknikal atau salah cetakan jauhlah lagi saya nak bersikap sombong seperti Firaun yang memperlekehkan Nabi Musa.”
.
Jawapan saya: Allahuakbar. Saudara masih membicarakan perkara remeh yang sama. .
Saudara membesar-besarkan apa yang tidak penting. Apakah saudara tiada poin yang lain?
.
Kata pengkritik: “Walaupun saya tahu Ustaz juga ada kesalahan ejaan dalam Buku tersebut”
.
Jawapan saya: Ya akhi, jika ada kesalahan ejaan dalam buku Pilihan Raya Malaysia, sayalah orang paling gembira di dunia sekiranya ada orang yang menegurnya. Itulah sikap sesama saudara Muslim yang saling tegur-menegur. Mengapa pula saudara seolah-olah berkecil hati? Pelik.
.
.
Kata pengkritik: “7- Lagi persoalan Utama yang hendak diajukan apakah pandangan “Mewajibkan Undi” kepada Parti tertentu yang terkandung dalam buku karya Al-Fadil Ustaz tersebut ada asas dan dasarnya dari fatwa mana-mana Ulama Kibar Salafi yang dikenali? Cukup sahaja Ustaz bawakan fatwa atau kalam mereka tanpa perlu ada olahan menurut kefahaman Ustaz sendiri.”
.
Jawapan saya: Saya kurang faham apa maksud saudara. Jika saudara maksudkan fatwa ulama supaya mengundi ‘Barisan Nasional’ atau ‘UMNO’ secara spesifik, jawapannya: Tiada. Saya tidak pun pernah mendakwa bahawa fatwa sedemikian ada.
.
Walau apa pun, saya telah mengemukakan dalam buku Pilihan Raya Malaysia beberapa fatwa ulama Salafi tentang pilihan raya secara amnya. Fatwa-fatwa Syeikh Bin Baz, Syeikh Al-Albani, Syeikh Al-Uthaimin dan yang lain-lain. Saudara boleh lihat di halaman 164-172.
.
Antara kesimpulan yang dikemukakan dalam Buku ini ialah, “Umat Islam di Malaysia wajib mengundi bagi mengekalkan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan demi menjaga keamanan dan kesatuan umat. Ini termasuklah mengundi calon-calon parti-parti gabungan pemerintah kerana mereka saling menyokong antara satu sama lain. Kedudukan Perdana Menteri dan kerajaan sangat bergantung pada kemenangan calon-calon ini.” (Pilihan Raya Malaysia, halaman 198)
.
Untuk makluman saudara, buku Pilihan Raya Malaysia yang jumlah muka suratnya hampir 250 lebih muka, semuanya berkisar tentang bagaimana kesimpulan di atas di capai berserta dengan dalil-dalil dan sebab-sebabnya.
.
Sekiranya saudara belum membacanya, saya syorkan supaya saudara baca. Semoga Allah Subhanahuwataala membuka hati saudara untuk menerima kebenaran.
.
Adapun sekiranya setelah membacanya saudara tetap tidak setuju dengan kesimpulan di atas, saya minta supaya saudara kemukakanlah penghujahan saudara pula. Ini kerana, kami telah pun mengemukakan penjelasan, dalil dan hujahan kami. Tinggal saudara sahaja yang belum. Usahlah meminta tambahan fatwa ini dan itu sebagai prasyarat. Apakah Buku setebal 250 lebih muka tidak memadai?
.
Oh ya, barangkali saudara lupa, tetapi saya tidak. Saudara masih belum menjawab soalan-soalan saya dalam JAWAPAN PERTAMA saya. Izinkan saya mengulangi soalan-soalan tersebut:
.
1. Adakah menyokong pemerintah pusat dan mempertahankannya dalam pilihan raya termasuk dalam perkara hizbiyyah yang tercela?
.
2. Adakah Barisan Nasional adalah satu entiti hizbiyyah yang tercela di mana seorang Muslim wajib berlepas diri daripadanya? Jika ya, bukankah ini selangkah ke arah menjatuhkan kerajaan sedia ada? Bukankah ini lebih membantu musuh-musuh kerajaan dan negara yang sememangnya mahu menjatuhkan pemerintah dan menukar kerajaan, dan keadaan ini tentu akan mengancam kestabilan kerajaan dan negara?
.
Diharapkan jika saudara mahu meneruskan penulisan selepas ini, fokus dahulu kepada menjawab soalan-soalan di atas sebelum yang lain.
.
.
Kata pengkritik: “8- Saya tidak menuduh Ustaz sebagai mana-mana ahli Parti Politik, yang saya katakan Buku Ustaz ini hanya dilihat sebagai satu manifesto Politik parti tertentu, bagi sesiapa yang ada sedikit pengetahuan Am dan isu semasa di Malaysia ini akan tahu bahawa nama Dato’ Dr Fathul Bari itu tidak asing lagi dalam arena politik Malaysia kerana beliau ialah ahli Umno dan bertanding di atas Parti tersebut. Justeru hal ini tidak perlukan apa-apa bukti pun kerana ia sudah terang ibarat sinaran matahari.”
.
Jawapan saya: Nampaknya saudara masih berdegil dengan tuduhan saudara bahawa buku Pilihan Raya Malaysia adalah manifesto parti politik tertentu.
.
Maaf jika saya katakan bahawa saudara sendiri mempunyai pola pemikiran ‘hizbiyyah’, yakni apa sahaja yang dilihat memenangkan parti tertentu maka ini bererti bahawa orangnya bersama parti tersebut, dan dia akan berusaha untuk memenangkan partinya ‘by hook or by crook’.
.
Sangkaan saudara ini sangat tidak wajar. Ini kerana buku Pilihan Raya Malaysia jelas telah mengemukakan dalil-dalil dan hujah-hujah yang jelas, rasional dan mudah difahami. Ia bukan berdasarkan fakta atau dalil yang dipesongkan atau dipaksa untuk menurut satu kefahaman tertentu yang bertentangan. Sama sekali tidak.
.
Malah untuk makluman saudara, terdapat dalam buku Pilihan Raya Malaysia, satu bahagian bertajuk ‘Tidak kira siapa pemerintah, prinsipnya tetap sama’.
.
Di nyatakan di bawah tajuk ini, “Perlu ditegaskan bahawa andainya Kerajaan Pusat jatuh ke tangan pembangkang – nauzubillah – prinsip taat kepada pemerintah tetap akan kekal; tidak berubah” (Pilihan Raya Malaysia, halaman 202) yakni taat kepada kerajaan pusat yang baharu.
.
Nah, apakah saudara masih mahu mengatakan bahawa buku ini manifesto parti politik tertentu? Bertakwalah kepada Allah. Berlaku adillah, sungguh ia lebih hampir kepada takwa. Bukan semua perkara perlu dipolitikkan. Perkara-perkara ilmiah perlu dibahaskan secara ilmiah.
.
.

Kata pengkritik: “9- Untuk tidak memanjangkan tulisan ini saya terus kembali kepada persoalan-persoalan lain. Apakah maksud kenyataan Ustaz yang mendakwa mereka yang tidak menyatakan pendirian menyokong mana-mana parti Politik terutamanya BN sebagai ” Syaitan Bisu” sebagaimana yang disebut dalam buku Ustaz. Bukankah itu juga salah satu bentuk Suu’ Zhon (bersangka buruk) terhadap Asatizah Sunnah lain yang tidak terlibat dalam Politik dan Pilihanraya atau mereka memilih Parti Politik yang lain?”
.
Jawapan saya: Kami tidak pernah mengatakan, “Mereka yang tidak menyatakan pendirian menyokong mana-mana parti Politik terutamanya BN..” Mohon saudara berhati-hati dalam menukilkan kalam.
.
Apa yang kami katakan ialah, “Maka setelah diberikan penjelasan tentang peri pentingnya menjaga keamanan negara dan kesatuan umat, lebih-lebih lagi apabila musuh-musuh Agama mahu menjatuhkan pemerintah Muslim negara, dan bahawasanya kewajipan Agama untuk taat pemerintah merangkumi tuntutan untuk mempertahankannya daripada cubaan-cubaan musuh, setelah menyedari hakikat ini, tiada ruang sebenarnya untuk berpeluk tubuh, tidak berbuat apa-apa atas alasan mahu berkecuali dan berdiri di atas pagar.”
.
Kemudian dijelaskan, “Barangkali kita tidak bersekongkol secara lisan atau fizikal menjatuhkan pemerintah, tetapi realitinya kita telah membantu ke arah itu secara tidak langsung (yakni jika kita berdiam diri tidak mempertahankan pemerintah). Sebagaimana sebahagian ulama Salaf mengatakan: “Orang yang diam tidak menjelaskan kebenaran adalah syaitan bisu.”
.
Kami nukilkan kenyataan Syeikh Bin Baz yang berkata, “Orang yang tidak menjelaskan kebenaran sedangkan dia mampu, dia tidak mengajak kepada kebaikan, tidak pula melarang perkara mungkar, tidak mencegah apa yang sepatutnya dicegah, dan dia berdiam diri sedangkan dia mampu berkata, maka orang yang seperti ini disebutkan sebagai syaitan bisu daripada kalangan syaitan manusia.” (Pilihan Raya Malaysia, 231-233)
.
Bahagian mana yang saudara tidak jelas tentang maksud ‘syaitan bisu’ di atas?
.
Kata pengkritik: “Bukankah itu juga salah satu bentuk Suu’ Zhon (bersangka buruk) terhadap Asatizah Sunnah lain yang tidak terlibat dalam Politik dan Pilihanraya atau mereka memilih Parti Politik yang lain?”
.
Jawapan saya: Maaf jika saya katakan bahawa saudara sama ada belum membaca Buku ini, atau jika sudah, saudara tidak membacanya dengan teliti.
.
Kenyataan saudara bertentangan sama sekali dengan apa yang kami telah jelaskan dalam buku Pilihan Raya Malaysia.
.
Kami mengatakan, “Dalam konteks pilihan raya di Malaysia, tidak dinafikan bahawa mereka yang mengambil pendekatan berkecuali adalah lebih baik berbanding mereka yang memilih untuk mengundi menjatuhkan pemerintah dan menukar kerajaan. Pendirian ini wajar sekiranya kita keliru tidak tahu mana yang baik, tidak faham situasi dalam negara dan jahil hukum Agama.” (Pilihan Raya Malaysia, halaman 230)
.
Bukan sahaja kami tetapkan bahawa dibolehkan untuk tidak mengundi dalam pilihan raya, malah ianya satu pendekatan yang dipuji dan dianggap wajar dalam keadaan-keadaan yang telah diperincikan di atas.
.
Adapun sekiranya ada dalam kalangan Asatizah Sunnah yang memilih mana-mana parti pembangkang seperti yang saudara andaikan dalam kritikan saudara di atas, saya secara terus terang mengatakan bahawa ia adalah satu pilihan yang tidak wajar. Sebabnya telah kami jelaskan secara panjang lebar dalam buku Pilihan Raya Malaysia.
.
Atas dasar apa ‘Asatizah Sunnah’ berkenaan boleh merelakan dirinya memilih calon parti yang pemimpinnya ANTI HADIS, SYIAH, LGBT atau KAFIR?
.
Atas dasar apa dia memilih calon parti yang mendapat dana daripada pihak-pihak berkepentingan daripada dalam dan luar negara yang memusuhi Islam dan mahu menghapuskannya?
.
Atas dasar apa dia memilih calon daripada pihak pembangkang sedangkan perbuatannya itu kemuncaknya ia boleh menyebabkan keselamatan negara terancam, menyebabkan kerajaan yang sedia ada jatuh dan barisan pemimpin negara bertukar, lalu berlakunya pergolakan dalam negara, huru-hara dan barangkali perang saudara, dan ribuan nyawa terkorban???
.
Saya mohon saudara jelaskan perkara-perkara di atas.
.
Kata pengkritik: “Ustaz marah bila orang mengatakan kepada Ustaz”
Jawapan saya: Saya tidak akan marah jika diberikan kritikan membina. Malah saya menghargainya. Apa yang saya tidak dapat terima ialah perbuatan melemparkan tuduhan-tuduhan palsu, andaian-andaian tidak berasas, berbohong dan berdusta. Saya kira sesiapa pun akan memberikan reaksi yang sama.
.
Kata pengkritik: ”Tapi adakah Ustaz sedar yang kenyataan Ustaz dalam buku tersebut juga boleh mengguris hati ramai Asatizah yang tidak terlibat dalam politik mahupun pilihanraya?
.
Jawapan saya: Saya ulangi jawapan kami. Telah kami jelaskan, “Dalam konteks pilihan raya di Malaysia, tidak dinafikan bahawa mereka yang mengambil pendekatan berkecuali adalah lebih baik berbanding mereka yang memilih untuk mengundi menjatuhkan pemerintah dan menukar kerajaan. Pendirian ini wajar sekiranya kita keliru tidak tahu mana yang baik, tidak faham situasi dalam negara dan jahil hukum Agama.” (Pilihan Raya Malaysia, halaman 230)
.
Kata pengkritik: “Apakah Ustaz juga mahu menarik semua Asatizah juga terjerumus dalam tong-tong najis politik demokrasi yang kotor?”
.
Jawapan saya: Ini andaian saudara. Jangan berburuk sangka.
.
Kami tidak menyeru sedemikian. Demokrasi memudaratkan, manakala sistem kepartian menyebabkan umat Islam berpecah-belah. Demokrasi bukan sistem politik Islam.
.
Fahami asas ini. Usah mengulangi andaian-andaian buruk saudara ini kerana “Sesungguhnya sebahagian sangka-sangka itu adalah dosa.” [Al-Hujuraat, 12]
.
Apa yang kami katakan, dalam keadaan terpaksa, “Umat Islam di Malaysia wajib mengundi bagi mengekalkan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan demi menjaga keamanan dan kesatuan umat. Ini termasuklah mengundi calon-calon parti-parti gabungan pemerintah kerana mereka saling menyokong antara satu sama lain. Kedudukan Perdana Menteri dan kerajaan sangat bergantung pada kemenangan calon-calon ini.” (Pilihan Raya Malaysia, halaman 198)
.
.
Kata pengkritik: “10- Adakah Ustaz bawakan semua Fatwa-fatwa Ulama Salafi secara holistik dan menyeluruh dalam buku Ustaz tersebut? Atau Ustaz hanya bertindak memilih-milih fatwa yang menepati kehendak dan citarasa Ustaz sendiri?”
.
Jawapan saya: Maafkan saya jika saya mengatakan bahawa saudara semakin menampakkan sangkaan buruk saudara kepada saya. Saya serahkan saudara kepada Allah untuk pengadilan.
.
Soalan saudara ini membayangkan seolah-olah kami ada menyembunyikan fatwa-fatwa tertentu kerana tidak menepati cita rasa kami.
.
Saudara, jika saudara benar-benar mahu membuat tuduhan, kemukakan buktinya. Mudah bukan? Inilah kaedah Islam.
.
Nabi bersabda yang mafhumnya, “Bukti perlu dikemukakan oleh pihak yang mendakwa, manakala sumpah (bagi menafikan dakwaan) ialah bagi pihak yang didakwa.” (Riwayat Tirmizi dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani)
.
Berdasarkan hadis ini, cukup saya bersumpah, “Wallahi kami telah sedaya upaya membawakan fatwa-fatwa para ulama dalam buku Pilihan Raya Malaysia.”
.
Saudara perlu mengemukakan bukti sekiranya benar-benar mahu menuduh. Adapun membuat tuduhan dalam bentuk pertanyaan, ia hanyalah satu bentuk helah, tipu daya untuk menimbulkan persepsi buruk ke atas pihak yang didakwa. Ini tidak wajar.
.
Saudara tidak mencerminkan akhlak Muslim apatah lagi akhlak seorang Salafi.
.
.

Kata pengkritik: “11- Apakah Ustaz sudah merujuk mereka yang benar-benar Arif dalam Perlembagaan, atau Ustaz hanya membuat kenyataan berdasarkan citarasa Ustaz?”
.
Jawapan saya: Maaf, saudara masih menggunakan taktik yang sama seperti dalam nombor 10. Melemparkan tuduhan dalam bentuk soalan.
.
Saudara sudah membaca buku Pilihan Raya Malaysia atau belum? Jawab dengan jujur. Sekiranya sudah, saudara tidak akan menanyakan soalan ini.
.
Dalam menjelaskan perlembagaan negara, kami telah bawakan pandangan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Salleh Abas dalam ‘Bab 5: Perdana Menteri’ dan ‘Bab 6: Pilihan Raya Umum’.
.
Semestinya beliau adalah antara orang yang paling layak untuk mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan selaku orang yang mempunyai pengalaman luas berkhidmat dalam salah satu daripada tiga institusi Perlembagaan yang utama iaitu Badan Kehakiman atau Mahkamah, yang antara lain berperanan untuk memutuskan apa yang dimaksudkan oleh undang-undang negara.
.
Beliau antara lain menegaskan, “APABILA PARLIMEN DI BUBAR, PERDANA MENTERI dan menteri-menteri lain TIDAK PERLU MELETAK JAWATAN melainkan jika mereka kalah dalam pilihan raya umum yang diadakan berikutan pembubaran Parlimen itu.” (Prinsip Perlembagaan dan Pemerintah di Malaysia, halaman 115)
.
Walau apa pun, sekiranya saudara merasakan bahawa kami ada mengemukakan pendapat dan pandangan berdasarkan ‘cita rasa’ kami semata-mata, tolong tunjukkan dan perbetulkan.
.
Tidak perlu kita tuduh-menuduh, melemparkan persepsi buruk dan membuat andaian-andaian tanpa mengemukakan hujah dan dalil. Tidak ilmiah namanya.
.
.

Kata pengkritik: “12- Apakah juga status mereka yang mengundi calon kafir dari kalangan komponen BN lalu dalam masa yang sama ada calon Muslim daripada parti yang berbeza? Apakah dobit “Aslah” yang hendak dikira ketika itu? Apakah perlu dilihat dari sudut Parti juga?”
.
Jawapan saya: Hal ini telah dijelaskan secara panjang lebar dalam buku Pilihan Raya Malaysia. Saudara boleh mendapatkan jawapan di sana. Ini tujuan kami menulis Buku ini, supaya soalan-soalan seperti yang saudara kemukakan ini dapat dijelaskan secara terperinci dan tuntas.
.
Tidak dinafikan antara cabaran pada masa sekarang ialah masyarakat kurang membaca. Ini satu masalah yang perlu diberi perhatian.
.
Secara ringkasnya kami jelaskan, “Umat Islam di Malaysia wajib mengundi bagi mengekalkan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan demi menjaga keamanan dan kesatuan umat. Ini termasuklah mengundi calon-calon parti-parti gabungan pemerintah kerana mereka saling menyokong antara satu sama lain. Kedudukan Perdana Menteri dan kerajaan sangat bergantung pada kemenangan calon-calon ini.” (Pilihan Raya Malaysia, halaman 198)
.
Dengan kata lain, mengundi selain daripada calon-calon parti-parti gabungan pemerintah adalah selangkah ke arah menukar pemerintah dan menjatuhkannya. Ini boleh menggugat keamanan negara dan melebarkan lagi perpecahan dalam kalangan masyarakat.
.
.

Kata pengkritik: “13- Apakah mereka yang tidak mengundi atau menyokong pemerintah yang sedia ada termasuk dalam kalangan Khawarij? Apakah dhobit Ustaz berkenaan Khawarij? Apakah tidak mengundi Parti Pemerintah juga dikira Khawarij? Adakah kenyataan Ustaz ini didahului oleh mana-mana fatwa Ulama Salafi yang makruf?”
.
Sebenarnya isu ini secara spesifik kami sengaja tidak membahaskannya dalam buku Pilihan Raya Malaysia. Ini kerana ia adalah isu sampingan berbanding isu yang kami cuba ketengahkan.
.
Cuma kami ada jelaskan dalam Bab 3: Golongan Penentang Pemerintah tentang definisi, pendirian dan pegangan Khawarij, siapa itu Khawarij Qaidiyyah, sejarah kemunculan, pemimpin-pemimpin serta pendirian ulama terhadap Khawarij. Kami turut membawakan penjelasan para ulama kontemporari tentang apakah itu ciri-ciri Khawarij.
.
Secara dasarnya Khawarij sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Asy-Syahrastani dalam Al-Milal Wa An-Nihal, ialah semua mereka yang keluar menentang pemerintah Muslim yang sah sepanjang zaman.
.
Kami difahamkan bahawa Al-Fadhil Ustaz Rasul Dahri sedang dalam kerangka menulis tentang Khawarij di Malaysia. Sama-sama kita nantikan buku beliau. Saya sarankan kepada saudara, ambillah manfaat daripada guru-guru yang istiqamah di atas Manhaj seperti Al-Fadhil Ustaz yang terdiri daripada kalangan mereka yang berusia dan berpengalaman.
.
Oh, sebelum saya lupa, jangan pula saudara ulang apa yang saudara lakukan terhadap buku Pilihan Raya Malaysia, gopoh mahu mengkritik tak tentu fasal.
.
Apa yang kami cuba ketengahkan dalam buku Pilihan Raya Malaysia ialah tentang keutamaan menjaga keamanan negara serta kesatuan umat Islam. Kami melihat bahawa perbuatan menukar pemerintah pusat sedia ada akan menggugat keamanan dan kestabilan negara. Ia juga akan terus melebarkan jurang perpecahan umat Islam yang pada hari ini sudah berada pada tahap yang cukup dahsyat.
.
Syariat Islam apabila mewajibkan ketaatan kepada pemerintah Muslim dalam hal makruf serta larangan keluar menentangnya, ia adalah bertujuan untuk menjaga dua perkara asas ini; keamanan negara dan juga kesatuan umat Islam.
.
Justeru kami melihat bahawa perbuatan tidak mempertahankan pemerintah pusat, khususnya dalam keadaan sekarang dalam pilihan raya, ia akan memberi kesan buruk terhadap negara dan umat.
.
Saudara lebih banyak melontarkan soalan-soalan berbanding membuat kenyataan dan memberi penjelasan. Izinkan saya menyoal kembali.
.
Saudara boleh jelaskan siapa itu Khawarij dalam konteks negara kita pada hari ini dan mengapa perbuatan menukar dan menjatuhkan pemerintah dalam pilihan raya tidak dianggap sebagai Khawarij. Harap saudara dapat memberikan jawapan secara tuntas berserta dalil.
.
.
Kata pengkritik: “14- Adakah mereka yang tidak mengundi Parti Pemerintah atau yang langsung tidak terlibat dalam mengundi dikira berdosa?, kerana Ustaz menyatakan dalam buku Ustaz “Wajib mengundi Perdana Menteri?” Apabila Ustaz berfatwa “wajib” maka ia bermaksud sesiapa yang tidak mengundi maka dia berdosa.”
.
Jawapan saya: Sekali lagi saudara lebih banyak bertanya berbanding mengemukakan penjelasan.
.
If you want to say something just say it. Saudara seolah-olah takut-takut untuk mengemukakan pendapat dan pandangan saudara. Bukankah sudah cukup dengan saudara menyembunyikan nama saudara? Apa yang saudara takutkan lagi? Takut tersingkap belang?
.
Apa yang dapat saya katakan ialah, yang pastinya, apa jua perbuatan yang menjurus kepada menggugat keamanan negara dan menyemarakkan lagi perpecahan dalam kalangan umat Islam adalah mungkar lagi haram, dan golongan-golongan yang berkenaan wajib dibanteras dan ditentang, termasuk mereka yang menimbulkan syubhah-syubhah yang menjurus kepada membolehkan kemungkaran-kemungkaran ini.
.
.
Kata pengkritik: “15- Benarkah fatwa Ulama Salafi yang membenarkan pilihanraya bermaksud mereka membenarkan masuk bergabung dengan Parti Politik atau fatwa Ulama tersebut bermaksud lain?”
.
Jawapan saya: Ini adalah poin saudara yang keenam yang diakhiri dengan tanda soal.
.
Kini saya musykil adakah saudara mahu mengemukakan komen dan kritikan terhadap Buku kami, atau saudara mahu melakukan soal-siasat yang berbentuk ‘interogasi’?
Untuk makluman, kami tidak membahaskan soal menyertai mana-mana parti pemerintah untuk menjadi ahli, dan tidak pula kami berkempen untuknya dalam Buku kami.
.
Apa yang kami bahaskan ialah soal mengundi dalam pilihan raya. Kami simpulkan bahawa, “Umat Islam di Malaysia wajib mengundi bagi mengekalkan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan demi menjaga keamanan dan kesatuan umat. Ini termasuklah mengundi calon-calon parti-parti gabungan pemerintah kerana mereka saling menyokong antara satu sama lain. Kedudukan Perdana Menteri dan kerajaan sangat bergantung pada kemenangan calon-calon ini.” (Pilihan Raya Malaysia, halaman 198)
.
Oleh itu, saya musykil tentang maksud sebenar pertanyaan saudara. Tambah pula, daripada cara saudara bertanya, seolah-olah saudara sudah mempunyai pandangan yang tersendiri dalam apa yang saudara tanyakan. Lalu mengapa masih bertanya?
.
Kemukakan sahaja pandangan saudara, jika saudara mahu. Saya tidak.
.
.
Kata pengkritik: “16- Kredibiliti Ustaz dalam menukilkan fatwa Ulama bagi saya agak tidak baik, terutama sekali selepas isu fatwa Syeikh Al-Albani berkenaan isu Jihad di Palestin dahulu. Berapa ramai dari kalangan mereka yang terkeliru akibat kenyataan Ustaz, Alhamdulillah setelah mendengar dari murid Syeikh Al-Albani sendiri iaitu Syeikh Salim Al-Hillali segala kekeliruan dapat dirungkai.”
.
Jawapan saya: Di sini saya kira saudara telah melampau apabila saudara mempersoalkan kredibiliti saya , dan saudara membuat kesimpulan melulu tanpa bertanya dan mengkaji lanjut. Terserlah kejahilan saudara.
.
Oleh itu, saya mengandaikan saudara bukan seorang ustaz dan tidak mempunyai seorang ustaz yang menasihati saudara dengan baik. Kritikan saudara ini lebih berbalik kepada saudara dan guru-guru saudara (jika ada).
.
Izinkan saya jelaskan satu kaedah untuk saudara jadikan sebagai panduan, sama ada dalam hal-hal dunia apatah lagi dalam urusan Agama.
Apabila saudara mendengar daripada pihak A mengatakan sesuatu, lalu kemudian saudara mendengar daripada pihak B mengatakan sebaliknya, jangan saudara cepat menuduh pihak A berbohong atau tersilap semata-mata bersandarkan kepada kenyataan pihak B.
.
Ini kerana apa yang pasti, kedua-dua pihak A dan B sekadar mendakwa. Sedang