ISU PALESTIN & MASJIDIL AQSA

ISU PALESTIN & MASJIDIL AQSA

Tiada yang baharu tentangnya kerana Masjidil Aqsa masih dijajah oleh kafir.

Sehingga kini tiada sesiapa yang mampu mengambil semula tanahnya dan memberinya kepada yang lain.

Apa yang pasti Masjidil Aqsa adalah milik orang Islam dan ia telah dirampas daripada mereka.

Semua kenyataan dan resoulusi mempertahankan isu Palestin dan Masjidil Aqsa bukanlah sesuatu yang luar biasa, manakala pihak yang mengeluarkannya tidaklah melakukan sesuatu yang baharu. Dia memberi apa yang tidak dimilikinya dan membicarakan sesuatu yang bukan di bawah kuasanya. Kerana itu kenyataan dan resolusinya tidak mengubah apa-apa.

Sewajarnya kita semua sedar bahawa tanggungjawab kita terhadap Agama dan umat Islam ialah untuk kita berusaha ke arah apa yang memuliakannya dan memperkasakannya.

Sedangkan umat Islam tidak akan menjadi kuat melainkan dengan mereka mengamalkan isi ajaran Agama secara betul berasaskan kepada ikhlas dan ittiba’ – mengikuti apa yang ditunjukkan oleh Nabi ﷺ, di samping merealisasikan makna tauhid, menekankan keutamaannya serta mengajak manusia kepadanya.

Sekiranya hal ini dilaksanakan maka umat Islam akan menjadi kuat, dan waktu itu mereka telah melayakkan diri mereka untuk diberi kemenangan oleh Allah ﷻ.

Perlu ditegaskan bahawa kemenangan Allah ﷻ buat umat Islam tidak akan datang melalui jalan sekular, liberlisme, Syiah Rafidah mahupun golongan yang memusuhi as-Sunah. Sebaliknya kemenangan Allah ﷻ hanya akan datang melalui jalan Ahli Sunah apabila mereka merealisasikan makna tauhid, menyeru manusia kepadanya dan menjadikannya perkara paling utama yang hati mereka akan merasa sangat gusar jika melihat Allah ﷻ disekutukan.

Adalah menjadi kewajipan atas para pemerintah Muslim supaya berusaha ke arah mengembalikan tanah Palestin dan Masjidil Aqsa kepada kaum Muslimin melalui jalan kebijaksanaan, ketegasan dan kerjasama antara sesama mereka.

Adapun kaum Muslimin secara amnya, mereka perlu menyerahkan urusan politik yang melibatkan hubungan antara negara-negara dunia kepada ahlinya dengan iringan doa agar Allah ﷻ mengurniakan mereka kejayaan dan kemenangan.

Dengan kata lain, masing-masing dengan kedudukan dan peranan masing-masing.

Sama sekali isu Palestin dan Masjidil Aqsa tidak boleh ditangani dengan cara melemahkan negara-negara Islam seperti mana yang dilakukan oleh golongan sesat Syiah Rafidah, pengekor-pengekor mereka serta kumpulan-kumpulan hizbi yang terus menerus menunggang isu ini sebagai jalan untuk mendapat pengaruh dan kuasa.

Seharusnya kita berwaspada kerana isu Palestin ini digunakan oleh musuh-musuh Islam serta musuh-musuh Ahli Sunah bagi merosakkan hubungan baik antara sesama kaum Muslimin dan melemahkan negara-negara Islam. Terdapat ramai penghasut dan pembohong yang menangguk di air keruh dengan jalan melemahkan umat Islam dan mengucar-ngacirkan mereka.

Sebagai contohnya kumpulan Brigade al-Quds (سرايا القدس) yang mengatasnamakan Masjidil Aqsa tetapi dalam masa yang sama membunuh orang-orang Islam di Syria, Iraq dan Yaman seraya melalungkan ‘maut ke atas Israel’. Mereka berdusta dan berbohong dengan mengambil kesempatan atas kejahilan dan emosi sebahagian kaum Muslimin.

Justeru menjadi kewajipan atas umat Islam supaya berhati-hati dan memperbanyakkan doa buat kaum Muslimin di Palestin. Moga-moga Allah memberi kesempatan kepada kita untuk dapat solat di Masjidil Aqsa satu hari nanti.

Idris bin Sulaiman
Kajang
6 Syawal 1442H /
18 Mei 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • “JANGAN MENTUHANKAN VAKSIN”

    “JANGAN MENTUHANKAN VAKSIN” – Sahibus Samahah, Mufti. 06 September 2021 —————— Vaksin adalah ikhtiar, bukan penentu. Mendatangi bomoh akan merosakkan akidah walaupun atas alasan ikhtiar. Demikian dengan pengambilan vaksin sekiranya keyakinan kepadanya melangkaui keyakinan kepada Allah ﷻ sebagai Asy-Syafi, Yang menyembuhkan segala penyakit. Allah ﷻ jua sebaik-baik penjaga. Dialah Yang…

  • LIMA RUKUN BERSYUKUR

    LIMA RUKUN BERSYUKUR Terdapat lima rukun bagi mensyukuri sesuatu nikmat yang ALLAH ﷻ berikan kepada kita. PERTAMA: Memperakui nikmat itu. KEDUA: Memperakui ALLAH ﷻ sebagai pemberi nikmat itu. KETIGA: Memperakui individu yang menjadi sebab musabab sampainya nikmat itu kepada kita. KEEMPAT: Menggunakan nikmat itu pada jalan yang diredai ALLAH ﷻ….

  • ANTARA KESALAHAN KETIKA UMRAH

    ANTARA KESALAHAN KETIKA UMRAH # Berzikir beramai-ramai # Berzikir secara menyanyi Alhamdulillah umrah sudah dibuka kembali. Bagi mereka yang berhajat untuk ke Tanah Suci mengerjakan umrah, pastikan anda mempelajari tatacara ibadah umrah dengan betul supaya tidak mensia-siakan peluang ketika di sana. Perlu ditegaskan bahawa apa jua amal ibadah yang dikerjakan…

  • UTAMAKAN PRODUK MUSLIM

    UTAMAKAN PRODUK MUSLIM Seruan ini selari dengan prinsip ‘Walak dan Barak’ yang ditetapkan oleh Syariat. Ia bertunjangkan kepada iman dan menjadi manifestasi ikatan ukhuwah sesama saudara Muslim. Walak ialah kecintaan kepada orang-orang beriman kerana keimanan mereka, membantu, menolong dan mempertahankan mereka serta menunaikan segala hak yang berkaitan dengan sesama saudara…

  • DUA JENIS PENDAKWAH

    DUA JENIS PENDAKWAH Menurut Syeikh Raslan, Pendakwah terbahagi kepada dua: PENDAKWAH yang MENYERU ke JALAN ALLAH secara jujur dan ikhlas, yang menelusuri jalan yang benar tanpa kecacatan atau penyimpangan. Golongan jenis pendakwah ini telah bermula dengan Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasallam. PENDAKWAH jenis kedua ialah golongan pendakwah yang MENYERU kepada…