Ilmuwan Kata Harus ‘Selamat Hari Krismas’ Perlu Tampil Membetulkan Keadaan

Ilmuwan Kata Harus ‘Selamat Hari Krismas’ Perlu Tampil Membetulkan Keadaan

Antara maqasid utama Syariat Islam ialah memelihara akidah.

Sekiranya satu pendapat atau fatwa dikeluarkan atas apa jua sebab walaupun atas nama maqasid syariat itu sendiri seperti mengharuskan ucapan ‘Selamat Hari Krismas’ lalu kesannya mengakibatkan sebahagian umat Islam jadi keliru tentang erti sebenar akidah Islam yang tidak mengiktiraf kebenaran mana-mana agama selain Islam dan menyebabkan mereka turut serta dalam sambutan perayaan hari kelahiran anak tuhan (Merry Christmas), maka sebetulnya hendaklah pendapat dan fatwa itu ditarik semula.

Haramnya ucapan ‘selamat’ untuk perayaan kekufuran jelas dalam al-Quran, hadis dan ijmak.

Hakikat bahawa tiada walau satu riwayat pun daripada Rasulullah ﷺ atau daripada mana-mana tiga generasi umat Islam terawal yang terbaik iaitu para Sahabat, Tabiin ataupun Tabi’ at-Tabiin memberi ucapan sedemikian apatah lagi turut serta dalam perayaan orang kafir sudah jelas menunjukkan kebatilan pendapat atau fatwa yang mengharuskannya.

Agama Islam merupakan agama wahyu yang berteraskan kepada al-Quran, as-Sunah serta fahaman dan amalan Salaf as-Soleh.

Apa jua pendapat dan fatwa yang menyalahi sumber-sumber Agama ini adalah terbatal dan tertolak.

Akuilah bahawa generasi umat Islam terawal lebih faham dan faqih daripada kita. Mereka dipuji Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ atas kefahaman dan ketakwaan mereka.

Adapun andaian bahawa suatu hukum itu boleh berubah mengikut perubahan dan kesesuaian zaman kerana maqasid syariah maka hakikatnya ia keliru.

Perlu ingat bahawa syariat Islam bersifat syumul dan menyeluruh yang datang daripada Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang sesuai buat hambaNya untuk setiap zaman dan tempat.

Sekiranya suatu hukum itu hanya untuk zaman dan keadaan tertentu nescaya telah dijelaskan hal itu dalam al-Quran atau as-Sunah.

Tidak dinafikan bahawa pengecualian diberikan buat suatu hukum yang bersandarkan kepada uruf dan adat yang boleh berubah mengikut perubahan adat dan uruf itu.

Adapun hukum yang berteraskan kepada dalil syarak yang tidak bergantung pada uruf dan adat maka ia tidak akan berubah.

Contohnya, hukum haram minum arak yang merupakan hukum syarak yang tidak bersandarkan kepada uruf atau adat. Maka ia tidak akan berubah dengan perubahan zaman.

Bagaimana pula dengan larangan ucapan ‘selamat’ untuk perayaan agama kufur?

Realitinya ia adalah hukum syarak yang tiada kaitan dengan uruf atau adat, yang bertujuan untuk memelihara akidah dan menolak kebatilan. Justeru masakan ia boleh berubah menjadi harus.

Artikel berkaitan:

Hukum Mengucapkan ‘Merry Christmas’
https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10215374842316116

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah

Idris bin Sulaiman
Kajang
Memelihara akidah tanggungjawab semua
12 Jumadil Awal 1442H /
27 Disember 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • ISTILAH WAHABI & SYIAH BERPISAH TIADA

    ISTILAH WAHABI & SYIAH BERPISAH TIADA Berbeza pendapat sesama saudara Muslim, sesama Ahli Sunah satu perkara. Tetapi jangan pula sampai bersekongkol dengan SYIAH menggelar saudara Muslim – Wahabi. Bagi SYIAH, seseorang Muslim itu sama ada dia SYIAH atau ‘Nasibi’ – Wahabi. Bagi mereka, “Anda sama ada bersama kami atau LAWAN…

  • JIKA TAKUT LARI KECUALI…

    JIKA TAKUT LARI KECUALI… Manusia jika takut daripada sesuatu maka dia akan lari menjauhkan diri daripadanya kecuali ALLAH ﷻ. Jika takut kepada ALLAH ﷻ maka hendaklah terus mendekatkan diri kepadaNYA ﷻ. Firman ALLAH ﷻ: فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّي لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٞ مُّبِينٞ. “(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu…

  • MEREKA MAHU ARAB SAUDI JADI LIBERAL

    MEREKA MAHU ARAB SAUDI JADI LIBERAL DAN MEDIA NEGARA TUMPANG GEMBIRA Negara tersebut berdepan dengan cabaran besar dari kedua-dua arah kanan dan kiri; anasir pelampau Agama berfahaman Khawarij Takfiri di sebelah kanan manakala di sebelah kiri pula adalah golongan liberal yang berkiblatkan kafir Barat. Sumber berita media negara: https://premium.sinarharian.com.my/article/153654/rencana-/jendela-dunia/perubahan-pesat-sosial-di-arab-saudi Semoga…

  • MENURUT ARAB SAUDI

    MENURUT ARAB SAUDI Apabila dikatakan kepada mereka: Firman ALLAH dan RasulNYA serta fatwa Ulama Rabbaniyyin.. Mereka berdalih seraya memberi alasan mengatakan: “Tetapi ARAB SAUDI kata BOLEH?!?” Untuk kesekelian kalinya, dikatakan kepada mereka: Arab Saudi BUKAN sumber hukum pensyariatan! Wallahul musta’an – Ustaz Idris Sulaiman (hafizahullah) – ========== . SHARE ….

  • ZIKIR PAGI NABI ﷺ

    – Hidupkan as-Sunah, tinggalkan tokok tambah أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ للهِ وَالْحَمْدُ للهِ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، ربِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ،…