Saudi Arabia Flag Close up with Warm Lighting on Black Background
| |

IKHWAN MUSLIMIN PENGGANAS & SESAT: FATWA BADAN PEMBESAR ULAMA ARAB SAUDI

Badan Pembesar Ulama Arab Saudi (Hai’ah Kibar Ulama) dalam kenyataannya baru-baru ini mengisytiharkan kumpulan Ikhwan Muslimin (IM) sebagai pengganas dan sesat kerana membawa matlamat-matlamat hizbiah (kepartian) yang bertentangan dengan syariat.

Kumpulan yang bertopengkan agama ini banyak melakukan perkara-perkara yang menyalahi Agama, memecah belah masyarakat Islam, melakukan kekacauan dan keganasan.

Justeru umat Islam disarankan supaya berwaspada dengan kumpulan ini, tidak menyertainya atau bersimpati dengannya.

CATATAN:

1. Sejarah Mesir (negara kelahiran IM) menunjukkan banyak pergolakan dalam negara disebabkan oleh anasir-anasir IM dan kemuncaknya ialah ‘Musim Bunga’ (Arab Spring) yang menyaksikan pemerintah digulingkan dan negara menjadi kucar-kacir.

2. IM telah mempelopori usaha taqrib Sunni – Syiah sejak sekian lama dan kesan buruknya dirasai sehingga ke hari ini seperti mana yang dapat dilihat di Lubnan, Iraq, Syria dan Yaman. Ribuan orang-orang Islam dibunuh oleh Syiah.

3. Hubungan rapat IM dengan Iran menjadikan mereka ‘musuh dalam selimut’ dan ‘gunting dalam lipatan’ kerana sering mempertahankan Iran dan menyebelahi agenda-agenda mereka. Ini menjadi ancaman atas negara dan umat Islam.

Daripada Allah jua kita memohon perlindungan dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
IM – Tak kenal maka tak benci
http://www.facebook.com/idrissulaiman
11 Rabiul Awal 1442H /
26 November 2020

Similar Posts

  • |

    HALLOWEEN

    – Mata pelajaran darjah satu – Diayah musuh Islam Baru-baru ini tular di media sosial gambar-gambar segelintir warga Riyadh, Arab Saudi menyambut perayaan pagan Halloween. Ada sebahagian netizen menyindir dengan berkata “Wahabi mengharamkan sambutan Maulid tetapi menghalalkan Halloween pula.” Apakan daya, ibarat ‘Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata…

  • APABILA IMAN TIDAK LAGI BERGUNA

    Akan tiba suatu masa bila mana iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu tidak akan berguna. Sebagaimana dalam firman Allah ﷻ: يَوۡمَ يَأۡتِي بَعۡضُ ءَايَٰتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفۡسًا إِيمَٰنُهَا لَمۡ تَكُنۡ ءَامَنَتۡ مِن قَبۡلُ “Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu tidak lagi berguna iman seseorang yang tidak…

  • | | |

    SYIRIK DI KUBURAN SYIAH

    Perkuburan Syiah di Najf, Iraq, dikatakan sebagai tanah perkuburan terbesar di dunia dengan dianggarkan hampir enam juta kubur terdapat di sini. Namun amat menyedihkan, hampir setiap kubur dibuat binaan di atasnya. Ini ditambah dengan pelbagai amalan khurafat dan perbuatan syirik turut berlaku di tempat ini. Firman Allah: وَأَنَّ ٱلۡمَسَٰجِدَ لِلَّهِ…

  • |

    Huraian erti penyembahan kubur

    Allah Melaknat Penyembah Kubur Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : لَعَنَ اللَّهُ اليَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ» ، لَوْلاَ ذَلِكَ أُبْرِزَ قَبْرُهُ غَيْرَ أَنَّهُ خَشِيَ – أَوْ خُشِيَ – أَنَّ يُتَّخَذَ مَسْجِدًا ”Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani karena mereka menjadikan kubur Nabi mereka sebagai masjid, (Aisyah berkata),…

  • |

    PETUA MENDIRIKAN RUMAH KEDIAMAN & MENCARI PASANGAN?

      # Percaya kepada kesialan # Kepercayaan orang dulu-dulu Orang-orang jahiliah dahulu apabila hendak melakukan sesuatu akan pergi ke sarang burung dan menyergah burung yang ada di dalamnya untuk melihat ke arah mana ia terbang. Sekiranya burung tersebut terbang ke kanan maka itu adalah petanda kebaikan namun jika ke kiri…