HUKUM NYANYIAN & MUZIK

HUKUM NYANYIAN & MUZIK
.
Pandangan keempat-empat Ulama Mazhab
.
.
MAZHAB HANAFI
.
Kata Imam Abu Hanifah rahimahullah:
.
“Muzik adalah haram menurut SEMUA agama.”
.
Kata Ibnul Qayyim:
.
“Mazhab Abu Hanifah dalam perkara ini adalah yang paling keras dan tegas.”
.
Kata Abu At-Tiib At-Tabari:
.
“Imam Abu Hanifah benci kepada nyanyian dan menganggap mendengar nyanyian termasuk dalam perkara-perkara DOSA.”
.
.
MAZHAB MALIKI
.
Kata Ishaq bin Isa At-Tabba’:
.
“Aku bertanya Imam Malik bin Anas tentang apa yang dibolehkan oleh penduduk Madinah dalam hal nyanyian?”
.
Kata beliau:
.
“Sesungguhnya ia hanya dilakukan oleh ORANG-ORANG FASIK dalam kalangan kami.”
.
– Diriwayatkan oleh Imam Al-Khallal dalam Al-Amru Bil Makruf Wa An-Nahyu An Al-Munkar dengan sanad yang sahih.
.
.
MAZHAB SYAFIE
.
.
Kata Imam Syafie rahimahullah:
.
“Aku telah meninggalkan Iraq di mana di sana ada sesuatu yang disebutkan sebagai At-Taghbir (sejenis nyanyian) yang diada-adakan oleh kaum ZANADIQAH (kaum MUNAFIK) untuk menghalang manusia daripada Al-Quran.”
.
– Athar sahih, dikeluarkan oleh Abu Naim dalam Al-Hilyah.
.
Kata Ibnu Taimiyyah dalam Majmuk Fatawanya:
.
“Apa yang disebutkan oleh Imam Syafie bahawa ia adalah sesuatu yang diada-adakan oleh kaum Zanadiqah adalah kenyataan daripada seorang Ulama yang sangat mendalam pengetahuannya tentang asas Agama. Ini kerana tidaklah yang mendengarnya ataupun yang menganjurkan kepadanya melainkan seorang yang dituduh sebagai ZINDIQ (MUNAFIK).”
.
Kata Imam Ibnu Al-Jauzi:
.
“Sahabat-sahabat Imam Syafie radiallahu anhu mengingkari perbuatan mendengar nyanyian.”
.
Kata Abu At-Tayyib At-Tabari:
.
“Tidak dibolehkan menyanyi, mendengarnya mahupun memukul dengan tongkat. Barang siapa mendakwa bahawa Imam Syafie mengharuskannya maka dia telah berbohong.”
.
.
Kata Imam Syafie dalam kitabnya Al-Umm:
.
“Sesungguhnya nyanyian adalah makruh menyerupai sesuatu yang batil, dan barang siapa yang banyak melakukannya maka dia seorang yang bodoh dan ditolak kesaksiannya.”
.
.
MAZHAB HANBALI
.
.
Daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, katanya: Aku bertanya kepada ayahku tentang nyanyian lalu beliau berkata:
.
“Nyanyian akan menumbuhkan KEFASIQAN dalam hati jantung. Aku tidak menggemarinya.”
.
– Athar sahih yang diriwayatkan oleh Al-Khallal dalam Al-Amru Bil Makruf Wa An-Nahyu An Al-Mungkar.
.
.
Kata Ibnu Taimiyyah dalam Majmuk Fatawanya:
.
“Maka mazhab keempat-empat Imam tentang alatan MUZIK ia adalah HARAM.”
.
Kata Ibnu Al-Qayyim dalam kitabnya Ighathatul Lahfan:
.
“Hendaklah diketahui bahawa rebana, seruling dan nyanyian jika dihimpunkan, maka mendengarnya adalah HARAM di sisi PARA ULAMA MAZHAB dan yang lain daripada kalangan para Ulama Islam.”
.
Kata Ibnu Taimiyyah dalam Minhaj As-Sunah:
.
“Para ulama Empat Mazhab sepakat tentang HARAMNYA ALATAN MUZIK iaitu alatan yang melalaikan yang diperbuat daripada kayu dan sebagainya.”
.
.
Kata Syeikh Nasiruddin Al-Albani dalam kitabnya Tahrim Aalat At-Tarab:
.
“Sesungguhnya para ulama dan fuqaha termasuk para ulama empat SEPAKAT dalam MENGHARAMKAN ALATAN MUZIK sejajar dengan hadis-hadis Nabawi dan athar-athar as-salafiyyah.”
.
.
KESIMPULAN
.
Golongan yang mengharuskan muzik jelas mereka hanya mengikut pandangan yang ganjil dan lemah, yang tidak bersandarkan kepada dalil yang kuat dan tepat. Bahkan mereka menyelisihi pandangan para ulama mazhab dan ulama yang lain, serta menyelisihi athar-athar para Sahabat serta generasi Salaf As-Soleh.
.
Wallahul musta’an
.
– Ustaz Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
.
==========
.
SHARE
.
Like FB: www.facebook.com/ilmusalafdotcom
.
.
[ ADMIN ]

Similar Posts

  • VIDEO KULIAH: PEMBETULAN TAFSIR SURAH AR-RAHMAN, AYAT 29

    VIDEO KULIAH: PEMBETULAN TAFSIR SURAH AR-RAHMAN, AYAT 29 Ada yang berkongsi rakaman video kuliah saya yang disisipkan di bawah. Video ini merujuk kepada kuliah saya membaca kitab Akidah Sahih karangan Syeikh Abdul Salam Barjas pada bulan lepas di mana ketika membahaskan rukun iman keenam: Beriman dengan qada dan qadar, terdapat…

  • DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM

    DEMONSTRASI TUNJUK PERASAAN BUKAN DARIPADA ISLAM Jangan sekali-kali kita membudayakan demonstrasi tunjuk perasaan. Perbuatan mengganggu pengguna jalan raya, berteriak dan terlolong, mencaci dan memaki hamun, bergaduh dan melawan pihak berkuasa, merosakkan harta benda dan mengganggu ketenteraman awam, ini semua jelas bukan daripada ajaran Islam. Budaya demonstrasi tunjuk perasaan pada hari…

  • “KECUALI PETIR YANG MENGECEWAKAN”??

    “KECUALI PETIR YANG MENGECEWAKAN”?? # Beriman dengan qada & qadar # Doa mendengar petir Tersebar di media sosial sebuah poster ucapan terima kasih daripada sebuah rangkaian restoran terkenal di negara. Di dapati bahawa di akhir poster ini tertera ayat “kecuali petir yang mengecewakan”. Sebenarnya perkataan ini tidak wajar bagi seorang…

  • MENJERNIHKAN FIKIRAN

    MENJERNIHKAN FIKIRAN Bagaimana cara untuk menjernihkan fikiran dan menghilangkan keserabutan? PERTAMA: Berzikir mengingati Allah ﷻ. Afdalnya dengan ucapan ‘Lailahaillallah’ dan ‘Astaghfirullah’. KEDUA: Solat. “Rasulullah ﷺ apabila berhadapan dengan sesuatu perkara maka baginda akan segera melakukan solat.” [Sahih. Riwayat Abu Daud] KETIGA: Berdoa. Mengadap Allah dan merintih kepadaNya. Sebaik-baiknya semasa sujud….

  • BEZA NASIHAT DENGAN MENGHASUT

    BEZA NASIHAT DENGAN MENGHASUT Para ulama zaman berzaman gigih menggalas tanggungjawab nasihat yang diperintahkan oleh Syariat, yang menjadi antara ciri utama kelebihan umat ini sebagai ‘khayru ummah’. Ia termasuk dalam erti amar makruf nahi mungkar. Demikian Imam Malik mempertahankan pandangannya tentang tidak sahnya talak suami yang dipaksa walaupun beliau dihukum…

  • DOA QUNUT WITIR

    DOA QUNUT WITIR • Bacaan DOA QUNUT WITIR jika SOLAT BERSENDIRIAN: اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لي فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِني شَرَّ ما قَضَيْتَ، إنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلا يَعِزُّ مَنْ عادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، لا مَنْجَى مِنْكَ إلا…