HUKUM MAIN KUTU

HUKUM MAIN KUTU

Iaitu perbuatan mengumpul wang pada setiap bulan (minggu dan lain-lain) daripada para peserta lalu ditentukan giliran orang yang menerimanya secara undian dan seumpamanya.

Syeikh Al-Albani rahimahullah menegaskan bahawa perbuatan ini adalah satu bentuk PERJUDIAN.

Oleh yang demikian ia TIDAK DIBENARKAN.

Kata beliau, “Ia adalah perjudian jika ia bukan termasuk dalam bab:

Setiap keuntungan daripada piutang adalah RIBA”.

Mengapa ia satu perjudian?

Syeikh menjelaskan, ini memandangkan tiada jaminan bahawa setiap peserta akan memperoleh bahagian mereka masing-masing lebih-lebih lagi mereka yang berada di tangga giliran akhir.

Berbagai kemungkinan boleh berlaku; ada yang menarik diri, tidak mampu bayar dan sebagainya. Demikian juga kemungkinan ada peserta yang meninggal dunia.

Keadaan ini membuatkan para peserta terdedah kepada keuntungan dan kerugian atas sebab nasib semata-mata.

Ini yang dinamakan sebagai JUDI.

Syeikh menegaskan, kecuali sekiranya ditulis satu perjanjian antara para peserta tentang bagaimana sekiranya ada peserta yang tidak dapat meneruskan bayaran atas apa jua alasan; sama ada akan dituntut atau dimaafkan; bagi memastikan hak-hak para peserta dipelihara.

Selagi mana tiada PERJANJIAN YANG JELAS maka ia tidak dibolehkan.

Rujukan: Rakaman suara ‘Silsilah Al-Huda Wa An-Nuur’: no 573: minit 42.

Barakallahu fikum.

✍ Ustaz Idris Sulaiman
21 Rabiul akhir 1438H bersamaan 20 Januari 2017

Klik di sini untuk sertai channel telegram t.me/penaustazidrissulaiman

#penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • MUSIBAH BANJIR BESAR HUKUMAN ATAU UJIAN?

    MUSIBAH BANJIR BESAR HUKUMAN ATAU UJIAN? Hukuman kerana dosa manakala ujian bagi menghapuskannya. Apa yang pasti segala bentuk musibah seperti gunung berapi, gempa bumi, kemarau, tanah runtuh dan banjir besar berlaku dengan izin Allah ﷻ. Semestinya ia terjadi dengan sebab serta hikmah yang tertentu. Boleh jadi Allah ﷻ mendatangkan musibah…

  • MADINAH TETAP BUMI SUCI

    MADINAH TETAP BUMI SUCI Ada yang berkongsi berita bahawa Pertubuhan Kesihan Sedunia (WHO) memperakui bumi Madinah Nabi ﷺ sebagai antara bandar paling sihat di dunia. Sumber: https://origin.bharian.com.my/dunia/asia/2021/01/779344/madinah-antara-bandar-paling-sihat-di-dunia Seolah-olah ia satu kebanggaan buat Muslim apabila bumi Nabi ﷺ ini diiktiraf oleh Pertubuhan dunia ini. Musykil. Sebagai seorang Muslim seharusnya kelebihan dan…

  • MELAMPAU DALAM AGAMA

    MELAMPAU DALAM AGAMA # Ghuluw menghormati guru & orang soleh Banyak penyimpangan dan kesesatan yang timbul dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam akibat sikap melampau dan berlebih-lebihan dengan guru dan orang soleh. Sikap melampau ini membuatkan mereka mengagung-agungkan individu-individu tertentu seperti Ali, al-Husain dan al-Badawi di Mesir, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani…

  • DOA MUSTAJAB KETIKA HAMPIR BERBUKA PUASA?

    DOA MUSTAJAB KETIKA HAMPIR BERBUKA PUASA? # Meluruskan salah faham Dianjurkan bagi orang yang berpuasa supaya memperbanyakkan doa sepanjang hari dia berpuasa berdasarkan sabda Nabi ﷺ: ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ. “Tiga (golongan) yang doa mereka tidak akan ditolak.” Kemudian Nabi ﷺ menyebutkan salah satu golongan tersebut ialah: الصَّائِمُ ‌حَتَّى ‌يُفْطِرَ….

  • RACUN DOSA

    Dosa umpama racun. Sekiranya ia tidak membinasakan maka paling tidak ia akan melemahkan orangnya. Dan jika orangnya sudah jadi lemah maka dia tidak akan dapat melawan penyakit-penyakit yang datang. Berkata ulama besar Abdullah bin Mubarak (wafat 181H): رَأيْتُ الذُّنُوبَ تُمِيتُ القُلُوبِ، وَقَدْ يُورِثُ الذُّلَّ إدْمَانُهَا، وَتَرْكُ الذُّنُوبِ حَيَاةُ القُلُوبِ. “Aku…