HUKUM MAIN KUTU

HUKUM MAIN KUTU

Iaitu perbuatan mengumpul wang pada setiap bulan (minggu dan lain-lain) daripada para peserta lalu ditentukan giliran orang yang menerimanya secara undian dan seumpamanya.

Syeikh Al-Albani rahimahullah menegaskan bahawa perbuatan ini adalah satu bentuk PERJUDIAN.

Oleh yang demikian ia TIDAK DIBENARKAN.

Kata beliau, “Ia adalah perjudian jika ia bukan termasuk dalam bab:

Setiap keuntungan daripada piutang adalah RIBA”.

Mengapa ia satu perjudian?

Syeikh menjelaskan, ini memandangkan tiada jaminan bahawa setiap peserta akan memperoleh bahagian mereka masing-masing lebih-lebih lagi mereka yang berada di tangga giliran akhir.

Berbagai kemungkinan boleh berlaku; ada yang menarik diri, tidak mampu bayar dan sebagainya. Demikian juga kemungkinan ada peserta yang meninggal dunia.

Keadaan ini membuatkan para peserta terdedah kepada keuntungan dan kerugian atas sebab nasib semata-mata.

Ini yang dinamakan sebagai JUDI.

Syeikh menegaskan, kecuali sekiranya ditulis satu perjanjian antara para peserta tentang bagaimana sekiranya ada peserta yang tidak dapat meneruskan bayaran atas apa jua alasan; sama ada akan dituntut atau dimaafkan; bagi memastikan hak-hak para peserta dipelihara.

Selagi mana tiada PERJANJIAN YANG JELAS maka ia tidak dibolehkan.

Rujukan: Rakaman suara ‘Silsilah Al-Huda Wa An-Nuur’: no 573: minit 42.

Barakallahu fikum.

✍ Ustaz Idris Sulaiman
21 Rabiul akhir 1438H bersamaan 20 Januari 2017

Klik di sini untuk sertai channel telegram t.me/penaustazidrissulaiman

#penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • JIKA TAKUT LARI KECUALI…

    JIKA TAKUT LARI KECUALI… Manusia jika takut daripada sesuatu maka dia akan lari menjauhkan diri daripadanya kecuali ALLAH ﷻ. Jika takut kepada ALLAH ﷻ maka hendaklah terus mendekatkan diri kepadaNYA ﷻ. Firman ALLAH ﷻ: فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّي لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٞ مُّبِينٞ. “(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu…

  • SYIRIK: RAJA BOMOH & MANDI SAFAR

    SYIRIK: RAJA BOMOH & MANDI SAFAR Hanya Allah ﷻ sahaja yang benar-benar berkuasa di dunia ini dalam menentukan hal-hal kehidupan dan kematian, menurunkan hujan, mengeluarkan tanaman dan menurunkan rezeki. Tiadalah bala bencana seperti gempa bumi, ribut taufan dan banjir datang kecuali dengan ketetapan dan izinNya. Firman Allah ﷻ: “Allah jualah…

  • ANTARA PENGEBOMAN MEKAH & KOTA LONDON

    ANTARA PENGEBOMAN MEKAH & KOTA LONDON Apabila kota-kota negara kafir seperti London, Paris dan Brussels bergegar dengan letupan bom pengganas, ketika itu ramailah yang akan membincangkannya, menyuarakan bantahan mereka dan mengutuk perbuatan tersebut. Tetapi apabila hal yang sama berlaku di Kota Suci Islam, tempat letaknya Rumah Allah, Kaabah, Kiblat Umat…

  • SALMAN AL-AUDAH

    SALMAN AL-AUDAH . . Kata Imam Ibnu Uthaimin rahimahullah: . “Golongan pentakfir adalah pewaris kaum Khawarij… Dengarlah kaset-kaset Syeikh Bin Baz dan Al-Albani, dan jangan pula kamu mendengar kaset-kaset Salman Al-Audah dan Safar Hawali.” . . Semoga Allah merahmati para Ulama Salaf dan membalas kebaikan mereka dengan ganjaran pahala atas…

  • KEJUT ISTERI SOLAT SUBUH

    KEJUT ISTERI SOLAT SUBUH Ada yang mencadangkan jika suami susah kejutkan isteri bangun untuk solat Subuh maka boleh cuba memanggil isteri dengan nama perempuan lain. Tetapi perlu berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga. ———————— Hakikatnya cara sebegini tidak menepati as-Sunah. Sebaliknya suami boleh merenjis sedikit air ke muka isteri dengan lemah…

  • ISTILAH WAHABI & SYIAH BERPISAH TIADA

    ISTILAH WAHABI & SYIAH BERPISAH TIADA Berbeza pendapat sesama saudara Muslim, sesama Ahli Sunah satu perkara. Tetapi jangan pula sampai bersekongkol dengan SYIAH menggelar saudara Muslim – Wahabi. Bagi SYIAH, seseorang Muslim itu sama ada dia SYIAH atau ‘Nasibi’ – Wahabi. Bagi mereka, “Anda sama ada bersama kami atau LAWAN…