|

HATI YANG TERPADAM

Ketika mana engkau lihat hati itu tidak lagi cinta dan bersedia untuk bertemu Allah ﷻ, sebaliknya ia bergelumang dengan cinta manusia dan merasa selesa dengan hidup di dunia maka ketahuilah bahawa hati itu sudah terpadam, tidak lagi bercahaya.

– Ibnu al-Qayyim, Bada’i al-Fawaid, 3/224

Daripada Allah ﷻ jua kita memohon perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Makkah al-Mukarramah
18 Jamadilakhir 1444
12 Januari 2023

Similar Posts

  • TESIS KEDOKTORAN (PhD)

    Apabila diuji bersabar, apabila diberi bersyukur. Itulah khalikah Muslim. Liku-liku mencabar sepanjang lapan tahun bukanlah masa yang singkat tetapi itulah perjalanan yang terpaksa diharungi bagi menyiapkan tesis kedoktoran yang akhirnya pada hari Jumaat yang berkat ini dapat diserahkan kepada institut pengajian selepas dibuat pembetulan seperti yang diminta. Segala puji hanya…

  • |

    PENDAKWA ILMU MAHDI & DAJAL

    Barang siapa mendakwa tahu perkara ghaib maka dia jatuh kufur menurut ijmak kesepakatan ulama Islam. Tidak kira sama ada dia menggelar dirinya bomoh, dukun, pawang, tukang tilik, tukang ramal, ahli sihir, pempengaruh, ustaz, syeikh dan sebagainya. Kerana tiada sesiapa yang tahu perkara ghaib kecuali Allah. Firman Allah ﷻ: قُل لَّا…

  • |

    MUZIK DISEMAT AL-QURAN DIPINGGIRKAN

    Ternyata sebahagian umat Muhammad ﷺ memilih untuk meminggirkan Al-Quran. Firman Allah ﷻ: وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا “Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan, tidak dipakai.” [Al-Quran, al-Furqan, 25:30] Menurut Ibnu Kathir, termasuk dalam erti meminggirkan Al-Quran ialah tidak…

  • |

    AGAMA ISLAM SUDAH SEMPURNA JANGAN KONTRADIK

    Umum mengetahui bahawa agama Islam bersifat syumul dan sempurna. Berdasarkan firman Allah: ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ. “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian.” [Al-Quran, al-Ma’idah, 5:30] Pihak di sebelah sana mengakui akan hal ini. Berdegar-degar kedengaran mereka berkata “Agama Islam sudah sempurna!” Ironinya, mereka kemudiannya membuat tokok-tambah,…

  • |

    SIKAP MUSLIM DENGAN IBADAHNYA

    Muslim sentiasa melihat amal ibadahnya sedikit. Dan amalan ibadahnya memang sedikit dan dia melihatnya begitu. Sama sekali dia tidak akan menganggapnya banyak ataupun merasa ujub kagum dengannya. Sebaliknya dia senantiasa melihatnya serba kurang. Sikap sebegini penting kerana ia akan membuatkan orangnya terus berusaha menambahkan lagi amalannya serta berusaha untuk memperbaikinya….

  • |

    BUKU: PILIHAN RAYA MALAYSIA

    Perkembangan politik negara kebelakangan ini membuatkan saya terus yakin dengan apa yang telah kami tulis dalam buku ini. Saya merasa lega kerana segala apa yang hendak dikata telah pun disampaikan manakala tanggungjawab dapat ditunaikan. Secara ringkasnya buku ini menjelaskan perihal keadaan politik negara waktu itu (sebelum PRU14) di mana jurang…