| | |

HARI JUMAAT

HARI JUMAAT

1. Sebetulnya MANDI JUMAAT hanya bagi mereka yang solat Jumaat.

Adapun mereka yang TIDAK solat Jumaat seperti perempuan dan lelaki yang berkeuzuran maka TIDAK PERLU.

2. Tetap dianjurkan memperbanyakkan SELAWAT, membaca SURAH AL-KAHFI, berdoa saat WAKTU MUSTAJAB walaupun tidak solat Jumaat.

3. Mereka yang TIDAK SOLAT JUMAAT kerana keuzuran masjid ditutup hendaklah SOLAT ZOHOR 4 RAKAAT.

Pahala SOLAT JUMAAT tetap terjamin.

4. TIDAK BOLEH mengerjakan SOLAT JUMAAT di RUMAH dengan berkumpul beramai-ramai di rumah tertentu ataupun bersama penghuni rumah yang ada.

5. Solat Jumaat tidak boleh dikerjakan di SELAIN MASJID JAMEK dengan tanpa azan yang diluangkan buat orang ramai hadir.

Semoga ALLAH menghilangkan wabak penyakit yang melanda dengan secepatnya, sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Catatan: Tetap mengharapkan keberkatan hari Jumaat dalam keadaan masjid-masjid ditutup.

Idris bin Sulaiman
Kajang
25 Rejab 1441H / 20 Mac 2020
Www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    MASJID SYEIKH ABDUL MUHSIN AL-ABBAD

    Alhamdulillah, semalam berkesempatan mengunjungi Masjid al-Quddus al-Salam di taman perumahan berhampiran Universiti Islam Madinah. Masjid ini terletak tidak berapa jauh dari rumah ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr. Memang hajat di hati hendak bersua dan bersalaman dengannya, jika beliau ada. Itu tujuan utama kami singgah solat Isyak di…

  • |

    MAJLIS ZIKIR BERGENDANG MENARI

    Celaan Allah ﷻ ke atas mereka yang menjadikan urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan. Firman Allah ﷻ: ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوٗا وَلَعِبٗا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَىٰهُمۡ كَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ هَٰذَا وَمَا كَانُواْ بِآيَٰتِنَا يَجۡحَدُونَ. “Orang-orang yang menjadikan urusan-urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan, dan orang-orang yang…

  • |

    BUKIT AMAN

    BUKIT AMAN Seperti baru hendak menarik nafas lega selesai peperiksaan lisan (viva) ijazah kedoktoran apabila sepasukan polis Bukit Aman datang ke rumah tengah hari semalam untuk bertemu berkaitan isu cuci kuil yang tular baru-baru ini. Esok Jumaat perlu ke sana untuk diambil keterangan. Semoga Allah permudahkan. Daripada Allah ﷻ jua…

  • | |

    AGAMA IKUT SUNAH; BUKAN PETUA

    Ada pihak menyarankan untuk mendapat fadilat malam Lailatulqadar dianjurkan membaca surah al-Fatihah tiga kali, al-Zalzalah dua kali, al-Kafirun empat kali, al-Ikhlas tiga kali dan Yaasin sekali. Ini berdasarkan petua ulama, menurutnya. Perlu ditegaskan bahawa amalan ini tiada asasnya dalam al-Sunah dan tidak pernah dilakukan oleh generasi pendahulu umat Islam Salaf…

  • | | |

    1 ZULHIJAH 1444H – LARANGAN POTONG RAMBUT & KUKU

    Pengumuman Penyimpan Mohor semalam mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444H ialah pada hari Selasa, 20 Jun 2023. Maka Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia adalah pada hari Khamis, 29 Jun 2023. Bagi yang akan melaksanakan ibadah korban, Nabi ﷺ bersabda: مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أَهَلَّ هِلَالُ…