| | |

DAPAT PAHALA PUASA SETAHUN DUA KALI

Muslim boleh menjana pahala puasa setahun dua kali (dalam masa setahun) dengan cara:

  1. Puasa tiga hari setiap sebulan.

Berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

‌صِيَامُ ‌ثَلَاثَةِ ‌أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ صِيَامُ ‌الدَّهْرِ.

“Puasa tiga hari setiap bulan seperti puasa setahun.”

Sahih. Riwayat Ahmad.

  1. Puasa 6 hari pada bulan Syawal.

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

‌مَنْ ‌صَامَ ‌رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ ‌شَوَّال كَانَ كصيام الدَّهْر.

“Barang siapa berpuasa Ramadan disusuli dengan puasa enam hari pada bulan Syawal maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun.”

Sahih. Riwayat Muslim.

Dua hadis di atas anjuran bagi Muslim berpuasa 3 hari pada setiap bulan di samping 6 hari pada bulan Syawal dan bahawasanya barang siapa berbuat demikian kesudahannya akan dapat menjana pahala puasa setahun sebanyak dua kali.

Sebolehnya didahulukan puasa ganti Ramadan (jika ada) sebelum puasa sunat 6 hari bulan Syawal.

Puasa tiga hari setiap bulan boleh dilakukan sama ada pada ‘Hari-hari Putih’ (tanggal 13, 14 dan 15 bulan Hijrah) atau pada hari-hari lain.

Puasa 6 Syawal boleh diniatkan sekali dengan puasa sunat 3 hari setiap bulan.

Allah jua sebaik-baik pemberi petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Syawal 1445H
19 April 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    ORANG TIDAK PUASA BOLEH SAMA PAHALA ORANG BERPUASA

    Kepada mereka yang tidak berpuasa pada awal sepuluh hari Zulhijah hendaklah memperbanyakkan syukur apabila makan dan minum. Kerana sabda Nabi ﷺ: إِنَّ ‌لِلطَّاعِمِ ‌الشَّاكِرِ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلَ الصَّائِمِ الصَّابِرِ. “Sungguh orang yang tidak berpuasa yang bersyukur apabila makan mendapat pahala seperti orang yang sabar berpuasa.” [Sahih. Riwayat al-Hakim] Muslim sentiasa…

  • INOVASI BAHARU AGAMA – QIAMULAIL BERJEMAAH MALAM ARAFAH

    Qiamullail dianjurkan oleh agama sepanjang tahun dengan kelebihan dan fadilatnya yang besar. Tinggal lagi pelaksanaannya perlu dengan mengikut contoh Nabi ﷺ. Kecuali pada bulan Ramadan, ibadah qiamullail dilaksanakan secara bersendirian. Afdalnya dilaksanakan di rumah selari sabda Nabi ﷺ: أَفْضَلَ الصَّلَاةِ صَلَاةُ الْمَرْءِ ‌فِي ‌بَيْتِهِ ‌إِلَّا ‌الْمَكْتُوبَة. “Sebaik-baik solat ialah solat…

  • | | |

    SAMBUTAN NISFU SYAABAN

    Tidak ada sambutan Nisfu Syaaban dalam Islam. Kerana syariat tidak mengkhususkan sebarang amalan pada sebelah malam ataupun siang 15 Syaaban. Hadis-hadis mengenai fadilatnya semua lemah, malah sebahagiannya palsu. Demikian ditegaskan oleh Syeikh Bin Baz dalam fatwanya dan dijelaskan oleh al-Hafis Ibnu Rajab dalam kitabnya Lataif al-Maarif. https://binbaz.org.sa/articles/24/حكم-الاحتفال-بليلة-النصف-من-شعبان Kata Imam al-Syaukani:…

  • |

    DOA BUAT PALESTIN DARI MASJID NABAWI MADINAH

    Usai kuliah beliau pada hari Rabu, 01 November 2023 di Masjid Nabawi, Madinah, Syeikh Sulaiman al-Ruhaili, pensyarah Universiti Islam Madinah dan juga imam serta khatib Masjid Quba meminta para hadirin agar mengaminkan doa beliau buat saudara-saudara Muslim di Palestin susulan penganiayaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim penjajah di sana…

  • | | |

    TULANG KORBAN BOLEH DIBUANG

    Tulang haiwan korban boleh dibuang, tidak wajib tanam. Pandangan sebahagian bahawa tulang haiwan korban perlu ditanam tidak berasas sama sekali. Tiada dalil suruhan atau anjuran daripada syariat supaya tulang haiwan korban ditanam. Hanya pandangan akal sebahagian pihak semata-mata. Sedangkan Muslim tidak boleh sewenang-wenangnya menganjurkan sesuatu dalam bab hukum agama kecuali…

  • | |

    SOLAT SUNAT DUA RAKAAT SUBUH

    – Tatacara pelaksanaan – Jangan lebih dua rakaat Muslim dianjurkan mengerjakan solat sunat (qabliyah) sebelum Subuh sebanyak dua rakaat. Daripada Hafsah radiallahuanha, katanya: كَانَ رَسُولُ اللهِ ﷺ إذا ‌طَلَعَ ‌الْفَجْرُ ‌لَا ‌يُصَلِّي إِلَّا رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ. “Rasulullah ﷺ jika sudah terbit fajar baginda tidak akan solat (sunat) kecuali dua rakaat ringkas.”…